Showing posts with label WBIranun. Show all posts
Showing posts with label WBIranun. Show all posts

30 August 2010

Boleh kah suku iranun belajar dan adaptasi fenomena baru?

Suku Iranun adalah suku pemimpin. Kenapa OKB katakan demikian, menurut cerita orang tua-tua, perahu yang ditumpangi bersama akan dibiarkan tenggelam, kerana tiada yang sanggup "mengayong air" yang masuk dalam perahu.

Memimpin buka perkara baru daripada suku tersebut. Jika kita membaca sejarah, suku tersebut mempunyai andil yang cukup ketara dalam isu mempertahankan tanah air di masa penjajahan.

Di ambang kemerdekaanpun suku iranun tetap berperanaan, namun kerana jumlahnya yang minoriti, maka nama-nama para pejuang tersebut tidak dicantumkan dalam sebarang dokumen bagi menggambarkan peranan kaum itu.

Disebabkan sifatnya yang suka memimpin, maka media politiklah yang menjadi sasaran perjuangan.

Diambang kemeredekaan, pengelibatan kaum tersebut dalam politik sudah bermula. Pada kongress USNO pertama di Kudat, nama Haji Mulia Sharif Takupan merupakan orang dari suku iranun yang terlibat.

Dikeranakan peranan kaum iranun dalam parti Usno tidak diambilkira oleh pemimpin tempatan masa itu, maka muncullah salah seorang dari suku iranun berjuang dalam politik, yakni Pinjaman Hassin. Tokoh politik veteran iranun itu, pernah menubuhkan USAP( United Sabah Action Party). Apabila parti itu dibubarkan kerana sebahagian para pemimpinnya berjaya dibeli oleh USNO, maka Pinjaman menyertai parti PEKEMAS, parti Semenanjung pimpinan Dr Tan Chee Khon-Ayah kepada Tokoh DAP Dr Tan Sing Giow-MP Kepong hingga kini.

Politik boleh dikatakan sangat sinonim dengan suku itu, kerana itu hingga kini sebahagian besar suku kaum itu sangat akrab dengan politik, baik diperingkat akar umbi mahupun nasional.

Disebabkan sifatnya yang suka berpolitik, maka tidak ramai daripada suku tersebut berjaya dibidang lain, misalnya perniagaan.

Sesungguhnya menjadi pemimpin itu, tidak hanya terletak pada bidang politik.Pemimpin dalam agama juga adalah pemimpin. Pemimpin dalam perniagaan juga pemimpin. Pemimpin dalam pendidikan juga pemimpin. Selain itu pemimpin dalam keluarga juga pemimpin.

Pendeknya, menjadi pemimpin itu, mempunyai definisi luas.

Namun bagi maksud tulis ini; sanggupkah suku iranun menjadi pemimpin dibidang lain selain politik?

Adalah sukar dan memerlukan masa yang panjang mempelajari sesuatu yang bukan bidang; umpamanya bidang perniagaan. Bidang perniagaan adalah bidang yang kurang didekati oleh kaum iranun, kerana itu, kaum ini tidak mahir dalam bidang ini; sedangkan dalam perniagaanlah, sumber pendapatan yang terbanyak bersumber.

Membangun iranun agar supaya kaum yang minoriti tersebut berkembang maju, ada baiknya diarahkan kepada bidang perniagaan.

OKB rasa, apabila bidang perniagaan kaum tersebut berkembang, secara otomatik, penyatuan dan kesatuannya akan ternoktah.

Melalui perniagaan jalinan (net working) antara satu sama lain berkembang. Sesuatu perniagaan tidak akan berkembang tanpa jalinan.

Semakin rancak jalinan, maka semakin majulah perniagaan itu.

Datuk Musa Aman sebelum menjadi Ketua Menteri Sabah memperggunakan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah untuk maju. Jika Musa Amanpun mempergunakan DPBS untuk maju dan membuat rangakain, kenapa tidak suku iranun?

Sesuai dengan pendapat veteran pemimpin iranun Tuan Haji Jabarkhan Napi, Dewan Perniagaan iranun perlu ditubuhkan agar supaya melaluinya, penyatuan dan kesatuan iranun dapat dirungkai.

OKB merasakan WADAH penyatuan dan kesatuan iranun boleh dicapai melalui DEWAN tersebut.

Dalam politik, iranun telah mempunyai WADAH... dalam PBS ada, dalam UMNO ada, dalam PAS ada, dalam PKR ada.. entah dalam DAP pun mungkin ada.. apatak lagi SAPP!!.

Melalui WADAH perniagaan, semua iranun akan terlibat, baik pemimpin kawakan, mahupun akar umbi.

Melalui wadah perniagaan adalah mudah bertemu MATA dengan sesiapapun, termasuk pimpinan negeri, kerana tiada siapapun yang menolak, jika jaringan perniagaan dikembangkan. Dalam perniagaan yang ada hanya konsep MENANG-MENANG, berlainan dengan politik, yang mengamalkan konsep WIN or LOSE.

Melalui Wadah perniagaan juga, tiada yang akan emosi, kerana, sesiapapun akan berfikiran postif. Jika aku masuk jaringan, maka aku adalah part of the game. Bersediakah kaum iranun meneroka sesuatu yang baru ini?.Fikir-fikirkan lah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels