Showing posts with label Banjir Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label Banjir Kota Belud. Show all posts

3 January 2015

Banjir Kota Belud

Gambar Banjir daripada kg Kotabongan, Tawadakan, Kota Belud-Ikhsan Parsat Ekong
PENDUDUK Kota Belud terutama kawasan Dun Tempasuk dan Usukan dilanda banjir sebaik sahaja menyambut kedatangan Tahun baru 2015.

Bencana banjir pada kali ini awal seminggu berbanding tahun 2010, di mana keadaan banjir hampir serupa besarnya.

Dewan pemindahan seperti dahulu juga, Dewan Tun Said, Chung Hwa, SMK Taungusi. Setakat pukul 10 pagi tadi hampir 900 mangsa berada di pusat-pusat pemindahan.

Di lapangan dari semalam terlihat Speaker Dewan undangan negeri Datuk Salleh Tun Said dan Adun temapsuk Datuk Musbah Jamli.

Kehadiran dua pemimpin ini selain memberi semanagat kepada para mangsa juga kepada para petugas yang terdiri daripada pasukan beruniform dan sukarelawan termasuk para pemimpin parti terutama daripada Umno.

One Kota Belud, seawal pagi semalam, mendapat maklum balas daripada Ketua Bahagian Umno Kota Belud, menyeru penduduk yang berada di kawasan rendah agar berhati-hati dan segera berpindah jika keadaan air semakin naik.

2 January 2015

Banjir Kota Belud- Apa Kah Ada Penyelesaian???

SEBENARNYA banjir Kota Belud boleh diselesaikan. Akan tetapi, perancangan kerajaan seperti pembinaan Empangan Tambuton tidak menjadi.

Tanpa penambat banjir seperti empangan itu, adalah sukar mengatasi banjir Kota Belud. 

Selagi empangan atau pembentungan bawah tanah tidak menjadi kenyataan, maka saban tahun setiap hujung tahun, banjir akan melanda Kota Belud.

Pada tahun ini sahaja, sudah kali banjir menyerang Kota Belud. 

Mana sudah pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang yang mencocok penduduk kg Tambuton agar memprotes pembinaan empangan Tambuton.

Seharusnya rakyat yang saban tahun terkena banjir, perlu mencari pihak-pihak tertentu di kg Tambuton, agar bertanggungjawab. Rakyat yang mengalami kerugian setiap tahun, termasuk harta benda dan tanaman, perlu berbodong-bondong mencari mereka-mereka yang menghalang pembinaan empangan itu.

Jangan biarkan pemimpin sahaja yang menangani isu pembinaan empangan Tambuton, akan tetapi setiap rakyat yang menjadi sasaran banjir perlu bertindak.

Mereka yang menjadi penghalang kepada empangan Tambuton, hanya sebahagian kecil, berbanding rakyat yang terkena puluan ribu ramainya.

Rakyat yang berdepan dengan banjir saban tahun, tidak boleh berpangku tangan, perlu bertindak, agar supaya kerajaan terpaksa bertindak, kerana mengikut suara majoriti.

15 January 2014

Banjir Melanda Kota Belud Lagi

Banjir Kota Belud-Salah sebuah Rumah Penduduk Yang Tenggalam
Datuk Salleh di Dewan Tun Said Kota Belud-Melawat Mangsa Banjir
BANJIR besar pernah melanda Kota Belud tahun 1965. Banjir sebesar itu tidak pernah datang lagi, akan tetapi banjir datang secara runcit saban tahun setiap awal tahun.

Walaupun kedatangan banjir secara runcit, namun impaknya cukup besar, kerana setiap kedatangan banjir, kos yang ditanggung rakyat akan berulang, demikian juga bantuan daripada pihak-pihak tertentu juga berulang.

Para pemimpin setempat dan wakil-wakil rakyat saban tahun disibukan oleh banjir; selain membantu mereka yang menjadi mangsa juga mahu melihat, faktor apa kah yang menyebabkan banjir, selain faktor alam.

Banjir yang melanda kawasan yang sepatutnya bukan kawasan banjir hanya ada dua sebab, iaitu pemendapan muara sungai dan perbuatan manusia sendiri kerana mengubah lanskap yang disediakan oleh Tuhan.

Kekerapan banjir yang melanda Kota Belud, terutama di awal tahun, faktor penyebab utamanya adalah pemendapan muara sungai Tempasuk akibat mendapan limpahan daripada perlombongan tembaga di Mamut Ranau pada tahun 70-an.

Atas sebab itu, untuk menghalang agar banjir tidak berulang, tindakan yang boleh dilakukan adalah kembalikan keadan muara sungai Tempasuk seperti sedia kala. Ianya boleh dilakukan, kerana perbuatan manusia diatasi juga dengan perbuatan manusia.

Memperdalam muara sungai adalah satu-satunya cara mengelak banjir berulang di Kota Belud; sebab jika menghalang banjir bermula di pertengahan misalnya kawasan Pekan, ianya tidak akan berimpak kepada keadaan semulajadi alam yang telah dirosakkan.

15 January 2013

Kota Belud dilanda Banjir

KAWASAN landai, tidak boleh dielak berlakunya banjir, apabila hujan turun secara terus menerus. Banjir biasanya disebabkan oleh jumlah hujan yang tinggi, juga kerana pengaruh pemendapan di muara sungai.

Kota Belud pernah dilanda banjir besar pada tahun 1965, namun kejadian banjir sebesar itu tidak pernah berulang lagi.

Banjir sederhana, setiap empat tahun berulang. Kali terahir pada tahun 2006, dan kejadian banjir berlaku lagi sejak semalam.

Kawasan yang sering dilanda banjir adalah kawasan Kg Sembirai, Labuan, Wakaf, Jawi-Jawi dan kawasan Timbang, Song-Song, Pengalan Abai dan Dungoi; namun penduduk yang dipindahkan hanya melibatkan Song-Song, Pengalan Abai dan Dungoi yang melibatkan 15 keluarga seramai 49 orang dan masa kini di tempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said Kota Belud.

Dilihat dalam gambar kawasan Kg Sembirai dilanda dengan teruk, terutama di kawasan yang dilalui jalan bypass Kota Belud Kudat.

Dikhabarkan sebelum ini, bahawa satu sistem mengatasi banjir telah dibina di kawasan kampung Pandasan; tujuan pembinaan sistem itu adalah untuk mengatasi gejala banjir. Mungkin akibat jumlah hujan yang tinggi sehingga sistem itu tidak berfungsi dengan baik.

Menurut maklumat daripada wall FB Wakil Rakyat Kota Belud setakat ini sejumlah 27 org (L-7/ P-10/kanak10 (7 keluarga ) dr kpg pangkalan abai dan dungoi KB telah dipindahkan ke dewan tun said. lain2 tmpt pemindahan dewan smk pekan II & Dewan taun gusi - kosong. paras air lebih kurg 5 kaki. lain2 akan dimaklumkan. tq tn>>> sms dari Tn Bashir(SB).

19 January 2010

Akibat Banjir Kota Belud: Belang Pemimpin Kenampakan

Pagi 17 Januari seseorang petugas di relief centre membuat panggalian telepon dan mengatakan hanya unit UPKR dan ADUN Tempasuk yang nampak sibuk mengatur bantuan bencana banjir yang melanda daerah Kota Belud terutama kawasan DUN Tempasuk.

Apa tujuan sebenar panggilan ini? Apa kah memang benar bahawa jentera penangulangan banjir tidak cukup? Apa kah pengerusi jawatan kuasa bencana alam daerah yang diketuai pegawai daerah tidak cukup? atau kah memang benar bahawa mereka-mereka yang memperkenalkan slogan Umno juara rakyat tidak kenampakan kelibat mereka?

Saya pun tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana saya juga salah seorang penduduk yang ditimpah bencana itu.

Saya terperok di rumah ungsian rumah saudara  lagi pun saya ini siapa? dan hanya dapat melayari blog kerana tiada kemudahan untuk mengharungi bencana itu kerana malam sebelumnya kereta kancil saya tersadai di kampung Timbang akibat secara tiba-tiba di serang banjir kilat.

Bencana seumpama ini adalah salah satu faktor melihat dan menilai para pemimpin apa kah komitmen mereka kepada rakyat. Telah menjadi kalang sama sekarang, bahawa pemimpin mana yang perlu dipertahankan, dan mana pemimpin yang perlu dinyahkan, kerana sifat menang sendiri sahaja yang diperjuangkan. Konsep markerting "win-win situation" tidak kenampakan dikala rakyat memerlukannya.

Rakyat Kota Belud amnya perlu sedar bahawa janji manis perlu ditelaah dengan serius kerana tidak selamanya janji manis itu berjawab gula. Fikir-fikirkan lah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels