Showing posts with label Sidang Parlimen.. Show all posts
Showing posts with label Sidang Parlimen.. Show all posts

29 June 2012

Sidang Parlimen ditangguhkan: Mungkin ianya yang terakhir?

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-12 yang bersidang sejak 11 Jun lepas ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sepanjang persidangan selama 12 hari itu, Dewan Rakyat meluluskan tujuh rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Pelindung (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Francais (Pindaan) 2012.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada persidangan kali ini, dibawa ke persidangan akan datang.

Dewan Rakyat turut meluluskan usul penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Projek Lynas Advance Material Plant (LAMP) yang mengandungi 31 syor berhubung projek nadir bumi itu.

Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat dijadual bersidang pada 24 Sept depan dan akan bermesyuarat selama 34 hari, sekiranya Parlimen tidak dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels