Showing posts with label Tanah Rampayan ulu. Show all posts
Showing posts with label Tanah Rampayan ulu. Show all posts

29 September 2010

500 hektar tanah kampung Rampayan Ulu Kota Belud akan dimajukan

Menurut sumber yang boleh dipercaya, tanah seluas 1,200 ekar (500 hektar) yang terletak di kampung Rampayan Ulu, Kota Belud akan dimajukan sebagai pusat pelancongan yang berkonsepkan "green eco-tourism".

Tanah tersebut telahpun dipohon oleh dua rakyat Sabah, dan kononnya dua individu tersebut adalah proxi seorang kenamaan negeri Sabah.

Dikatakan juga, bahawa permohonan tersebut telah mendapat sokongan daripada wakil-wakil rakyat Kota Belud.

Apabila projek tersebut dimajukan, kononnya akan membuka 1,000 peluang pekerjaan bagi penduduk kampung berdekatan.

Kota belud kini selain dijadikan pusat Jelapang Padi dan agropolitan, juga akan dibangun sebagai pusat eko-pelancongan.

Kota belud hanya mempertaruhkan tanah, laut dan sungai untuk menjana pendapatan penduduknya.

Berlainan dengan kawasan lain di Sabah, di mana sumber hutan dan perladangan merupakan sumber pendapatan utama, Kota Belud tidak dikurniakan kekayaan semulajadi itu.

Kota belud, perlu memanfaatkan sumber alamnya seperti tanah, bukit dan laut demi kesejahteraan rakyatnya.

Kerajaaan perlu menjelaskan dengan segera perancangan tanah seluas 1,200 ekar tersebut agar supaya tidak menjadi bahan pihak pembangkang menghentam kerajaan pada PRU-13 akan datang.

Isu tanah merupakan perkara sensitif kini, kerana itu penjelasan yang jitu perlu diberikan.

21 May 2010

Tanah Rakyat Kampung Rampayan Ulu Kota Belud Habis: Diluluskan Kepada Syarikat KINSAMEWA SDN BHD

SATU kejutan besar, rupanya permohonan penduduk biasa tidak diluluskan rupanya ada naga menunggu di belakang.

Ini lah kejadian permohonan tanah bagi kampung Rampayan Kota Belud, rakyat tidak didahulukan rupanya syarikat besar diutamakan.

Satu surat yang diberikan oleh Ketua perhubungan RELA mukim kampung Rampayan sdr Akim Haji Salleh yang bertarikh 26 April 2010 dan ditandatangi oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah Kota Belud yang bernama Mohd Najib Muntok menyatakan bahawa satu keputusan LUC daerah Kota Belud bertarikh 8 April 2010 telah meluluskan satu kawasan seluas 1200 ekar yang terletak di Kampung Rampayan Ulu Kota Belud. Rujukan permohonan tanah tersebut adalah PT20-09031305 dengan rujukan gred 77-D1, 77-DJ,77-EJ dan 77-EI yang dibuat pada 21 Oktober 2009.

Yang menjadi persoalan sekarang, kenapa kah perkara ini boleh berlaku? Penduduk kampung Rampayan telah mendiami kawasan ini sejak sebelum merdeka, namun permohonan tanah mereka tidak pernah diambil kira. Sebaliknya permohonan syarikat yang hanya membuat permohonan pada tahun lepas yakni tepatnya 21 Oktober 2009, telah pun diluluskan oleh LUC Kota Belud.

OKB merasakan ada sesuatu yang tidak telus mengenai permohonan ini? pihak yang berwajib perlu turun tangan memberi penjelasan, kenapa kah permohonan seumpama ini begitu cepat diproses dan diluluskan. Siapa kah di belakang syarikat KINSAMEWA SDN BHD INI.

OKB difahamkan, bahawa penduduk kampung Rampayan Ulu yang diketuai oleh Sdr Akim Haji Salleh akan berjumpa SUHAKAM dan temujanji telahpun dibuat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels