Sejak dilantik Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003; Musa mengetuai tiga pilihanraya umum. Ketiga-tiga pilihanraya itu. BN menang dengan bergaya, sehingga Kerajaan yang dibentuk senantiasa mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.
Hanya seorang Ketua Menteri yang mampu mengatasi jinx 9 tahun sebagai Ketua Menteri, sejak Sabah Merdeka menerusi Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Juga hanya seorang Ketua Menteri yang juga merangkap sebagai Menteri Kewangan Negeri yang mampu mengumpul simpanan negeri lebih RM3bilion, juga hanya seorang Ketua Menteri yang membentangkan bajet yang mencipta rekod dalam bajet Kerajaan Negeri.
Rekod bajet, dicapai, ketika mana, sumber utama negeri iaitu balak, bukan lagi sumber utama; namun keupayaan beliau membentang bajet melebihi RM4 bilion, merupakan satu pencapai tersendiri.
Dalam bab pembangunan, bukan sahaja di kawasan Kota Kinabalu, akan tetapi di kawasan Sandakan dan Tawau, dan kawasan-kawasan lain, tersergam pembangunan luar biasa pesatnya, atas sebab itu Musa dijoloki sebagai Bapa Pembangunan Moden Sabah.
Dalam bab politik, Musa mampu mengayumi semua etnik, semua lapisan pemimpin; sehingga ternampak, tiada perbalahan antara pemimpin utama. Selain itu, Musa berjaya menampilkan beberapa pemimpin pelapis, antaranya Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan, Datuk Rahman Dahalan, Tuan Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Ronald Kiandee dan ramai lagi.
Musa dalam pendekatan politiknya, mahu setiap orang maju, mahu setiap orang mendapat kesempatan memajukan diri; atas sebab itu, bidang pendidikan merupakan salah satu hala tujunya untuk membangun insan terbilang. Musa tidak pernah gagal hadir pada setiap kesempatan yang membabitkan pelajar, misalnya anugerah biasiswa pelajar cemerlang negeri Sabah; hadir bersama para mahasiswa di berbagai kampus perguruan tinggi; tujuannya agar para pelajar yang merupakan waris kepada pembangunan dan kemajuan serta kepimpinan masa depan negeri supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan negeri dan negara.
Melihat, kecenderungan Musa mengurus negeri; beliau tidak suka sangat dalam hal politiking, atas sebab itu kenyataan politiknya agar kurang berbanding tindakannya mengamalkan tindakan melalui cara dan tauladan.
Kekerapannya beliau turun padang, bukan sahaja melalui acara rasmi, juga sambutan-sambutan keagamaan dan majlis-majlis kebudayaan; maka setiap rakyat merasakan keberadaan Ketua Menteri itu bersama rakyat.
Pada 16 ogos, Ketua Menteri itu dijadualkan akan turut hadir pada sambutan Hari Raya Umno Kota Belud, bertempat di Padang Pekan Kota Belud. Kehadiran beliau sudah tentunya mengeratkan lagi hubungan beliau dengan pelbagai etnik di negeri ini.
Kota Belud adalah anak sulung Umno bagi Sabah, apabila julung kali parti itu menang kerusi Dewan Undangan Negeri melalui Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun pada satu Pilihanraya Kecil tahun 1991.