Showing posts with label Kem Zahid. Show all posts
Showing posts with label Kem Zahid. Show all posts

16 August 2021

KEM ZAHID: KUCAR KACIRKAN KERAJAAN SATU KEPUASAN


DIKALA ini, mungkin semua anggota kem Zahid, sudah mencapai klimaks, kerana usaha mengkucar kacirkan kerajaan telah berjaya.

Walaupun, pengumuman rasmi Tan Sri Muhiyiddin Yassin dijadualkan pada jam 3.00 petang ini, akan tetapi ciapan dua mantan menteri, seorang memberi tahu, menghadiri mesyuarat kabinet terakhir, dan seorang lagi, mengatakan seluruh anggota kabinet telah mengutus surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Butiran pengumuman petang ini, akan diketahui kedudukan Perdana Menteri, kabinet dan kerajaan Perikatan Nasional.

Walaupun, semua boleh menduga, bahawa kandungan pengumuman tersebut berkaitan perletakan jawatan Perdana Menteri dan kabinet, tetapi, secara faktanya, untuk sementara hanya Tan Sri Muhiyiddin dan Agong sahaja yang tahu.

Malang bagi rakyat negara ini, dikala kerajaan di tengah-tengah usaha rancak memerangi pandemik sekaligus memulihkan ekonomi negara, berlaku pula kucar kacir yang digerakan oleh kem Presiden Umno.

Parti yang membawa misi Demi Agama ,Bangsa dan Tanah Air (ABATA), menjadi biang kerok, membelakang rakyat dan negara.

Umno itu, parti keramat melayu/bumiputera, tercemar namanya, kerana perbuatan pemimpinnya sendiri.

Umno adalah parti yang membawa kemerdekaan kepada negara, namun kerana karenah pemimpinnya sendiri, Umno kehilangan kuasa yang digenggam sejak merdeka pada PRU-14. Kini, Umno diseret pula oleh pemimpinnya sendiri memangsakan rakyat.

Akan terpahat dalam sejarah Malaysia, bahawa dikala rakyat memerlukan pembelaan, maka pemimpin yang gila kuasa yang menjadi penyebab, kekucar kaciran.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels