Showing posts with label Rahman Dahalan. Show all posts
Showing posts with label Rahman Dahalan. Show all posts

29 May 2013

Dato Rahman pemimpin masa depan Sabah?

SEBENARnya penulis hanya mengetahui nama Rahman Dahalan selepas beliau dipilih sebagai calon BN bagi P.169 Kota Belud pada tahun 2008.

Kerana ingin tahu, maka pada satu perjumpaan semasa kempen dan kebetulan di kampung penulis, penulis turut hadir. Di situlah untuk pertama kalinya, penulis terjumpa, dan sudah tentunya berjabat tangan.

Pada PRU-12 itu, meskipun Kota Belud adalah kubu kuat BN, namun rata-rata masa itu, bercakap soal calon import. Mengusarkan juga, fenomena masa itu. Selepas keputusan PRU-12, Rahman, ketika itu belum ada gelaran dato, ternyata menang, walaupun dengan majoriti sedikit di atas 3,000.

Rahman telah menjadi wakil rakyat Kota Belud, di mana penulis berasal dan ditempat itu juga mengundi, sejak berhak menjadi pengundi. Bermula dari masa itu, secara perlahan-lahan penulis mengenali wakil rakyat yang mengwakili penulis.

Secara sepintas, kelihatan wakil rakyat itu seperti egois, tidak mesra; mungkin perwatakan itu terbawa-terbawa daripada masa mudanya, kerana dibesarkan di negara orang putih. Penulis tidak pelik, kerana penulis juga mempunyai anak yang dibesarkan di negara orang putih, seawal tahun 2 sekolah rendah. Sifat negara di mana mereka di besarkan terbawa-bawa.

Namun, selepas beberapa ketika, sifat elitis itu, hanya merupakan persepsi sepintas lalu, apabila mengenalinya lebih dekat, nampaknya tiadapun yang janggal, Rahman seperti sifat orang Kota Belud yang lain egoistis.

Orang Kota Belud, meskipun mereka sendiri tidak perasaan, mempunyai sifat yang egois dan elitis. Sebenarnya sifat pada Rahman adalah demikian. 

Bagaimana orang Kota Belud boleh mengatakan bahawa Rahman adalah calon import? sedangkan cara dan sifat semulajadinya sepertimana orang Kota Belud yang lain? Pada PRU-13 lalu, semua pertanyaan-pertanyaan itu terjawab, Rahman sebenarnya orang Kota Belud, hanya diperanakan di kampung lain, kerana ibunya ikut bapanya kerana bertugas.

Lupakan asal-usul Menteri Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru dilantik itu, walaupun beliau adalah orang kedua daripada kaum bumiputera/melayu yang pernah dilantik ke kementerian itu.

Rahman sebenarnya meniti karier politiknya daripada kilang pemuda Umno Malaysia, semasa Datuk Hishamuddin merupakan Ketua Pegerakaan itu. Sebagai Setiausaha Pemuda, nama beliau menjadi perhatian kepada Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Aman.

Rahman dilantik sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, sehingga tahun 2008.

Dikarenakan bergelar wakil parlimen antara 2008-2013, Rahman mempergunakan ruang dan masa itu menonjolkan dirinya, baik di peringkat Parlimen, di mana seorang anak muda yang dianggap ingusan oleh Lim Kit Siang berani bedebatnya.

Bukan sahaja di Parlimen, di peringkat antara bangsa juga, Rahman turut mewakili Malaysia di forum-forum yang melibatkan Malaysia; Rahman juga aktif berwacana, dan sering kali muncul di kaca-kaca TV.

Dalam politik yang dinilai selain kemampuan mengisi ruang yang ada dalam politik itu, kesetiaan juga merupakan salah satu faktor yang mendorong, Rahman naik lebih cepat berbanding dengan ahli-ahli politik yang lebih kanan atau seangkatan dengannya.

Sebenarnya dalam politik, tiada istilah seseorang itu istimewa, melainkan bagaimana seseorang ahli politik itu memanfaatkan peluang dan ruang yang ada.

Disebabkan Rahman adalah daripada kilang pemuda umno Malaysia, maka sudah tentu hubungannya dengan para pemimpin yang ada dalam Umno merupakan asset yang sungguh berharga yang ada pada dirinya sebagai ahli politik.

Rahman tahu bagaimana untuk "fit-in" dalam ruang yang ada; atas sebab itu, kita dapat lihat bagaimana eratnya hubungan beliau dengan mantan-mantan Ketua pemuda umno dan Ketua Pemuda Umno yang ada sekarang.

Semasa krisis Pencerobohan Lahad Datu Sabah pada awal Februari lalu, kita sering melihat bahawa Rahman senantiasa mendampingi pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam operasi itu. Dengan pengelibatan beliau dalam operasi sesulit itu, sudah tentu beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan para pemimpin tersebut.

Sabah dan Semenanjung dipisahkan oleh laut China Selatan, beribu kilometer jauhnya. Seseorang yang mampu menjadi jambatan antara kedua kawasan itu diperlukan untuk memastikan hubungan erat senantiasa terjalin.

Satu contoh jika hubungan akrab antara Semenanjung dengan Sabah atau Sarawak, adalah bagaimana Pehin Sri Tan Sri Taib Mahmud, suatu ketika adalah menteri kerajaan pusat untuk beberapa penggal, dan apabila kembali ke Sarawak pada tahun 1981 menjadi Ketua Menteri Sarawak; kita menyaksikan bagaimana Sarawak membangun dengan pesatnya, dan tidak pernah berganti kerajaan sehingga kini. Kesinambungan kepimpinan membuatkan Sarawak adalah negeri terkaya di negara ini daripada segi simpanan tetap kewangannya.

Sabah sebenarnya telah lama membangun, jika tidak berlaku perubahan kerajaan. Sejak Sabah menyertai Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Negara Malaysia pada 16 September 1963, telah 4 kali kerajaan berubah. 1963-1975: Kerajaan Usno-SCA; 1976-1985: Kerajaan Berjaya; 1985-1994: Kerajaan PBS, dan kini Kerajaan BN 1994-kini.

Kesinambungan kepimpinan adalah perlu, sebagai bukti, sejak Datuk Seri Musa Aman mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, dimana pada masa itu, simpanan Tetap Sabah hanya sedikit di RM100 juta, maka pada tahun 2012, simpanan tetap negeri itu telah mencecah RM3bilion. Bukan itu sahaja, bajet Sabah saban tahun membuat rekod, dan bajet tahun 2013 telah melepasi RM4 bilion.

Kesinambungan kepimpinan bukan sahaja menyebabkan pembangunan negeri membangun sesuai dengan perancangan, juga kesinambungan kepimpinan menyebabkan kadar kemiskian negeri terus menurun, di mana pada satu ketika berangka dua (19.6%) dan kini berangka satu (8.1%). Sesuai dengan  manifesto BN pada PRU-13 lalu, dalam lima tahun, kadar kemiskinan akan diturunkan ke paras 5 peratus.

Barisan kempimpinan yang ada mampu melakukan banyak kemajuan terhadap Sabah. Pembangunan Jelapang padi di Kota Belud yang telah menjadi Program negara, pembangunan di kawasan Sabah Development Corridor (SDC), juga akan melonjakan pembagunan Sabah dan sekaligus berimpak kepada penyediaan peluang-peluang pekerjaan, dan pada gilirannya meningkatkan pendapatan perkapita.

Pada 1 Mei 2013, telah terwujud satu lagi Projek Mega di Sabah, apabila dirasmikannya Pusat Perkhidmatan Minyak dan Gas Sabah yang akan dibangun di Kuala Abai Kota Belud. Projek itu, apabila siap kelak dapat menyediakan 1000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Rahman selain mendapat didikan politik di Semenanjung juga merupakan anak didik kepada Datuk Musa Aman; kerana beliau beberapa ketika menjadi Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang paling berjaya. Kejayaan Musa Aman, bukan sahaja membangun negeri ini, akan tetapi dalam politik juga, kerana selama 3 musim pilihanraya umum, beliau membawa BN dengan kemenangan yang cemerlang. Bermula pada PRU-2004, PRU-2008 dan PRU-2013. Musa mencipta rekod tersendiri, kerana sebelum ini belum ada Ketua Menteri Sabah melepasi tempoh 9 tahun.

Apa kah Rahman akan mewarisi lagenda Musa? Kekurangan yang ada pada beliau, adalah jawatan dalam parti, kerana biasanya seseorang yang menjadi pemimpin utama itu sekurang-kurangnya berjawatan parti- lumrahnya Ketua Bahagian.

Keahlian Umno Wakil Rakyat Kota Belud itu adalah di Tuaran. Beliau pernah bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian Tuaran, namun tewas kepada Aliasgar Basri- sepupunnya sendiri. Apa kah pada musim pemilihan kali ini, samada Datuk Hajiji Noor atau Aliasgar memberi laluan? Kalau melihat kepada potensi kepada Menteri Kerajaan Pusat itu, sudah sampai waktunya antara Hajiji atau Aliasgar perlu memberi laluan.

12 March 2010

Di Semenanjung MCA-Gerakan Duri Dalam Daging: Di Sabah LDP! Trend Parti Cina Base Begini Kah?

Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sabah Datuk Rahman Dahalan yang juga merangkap wakil rakyat Kota Belud, menyangkal dakwaan timbalan persiden LDP Datuk Chin Su Phin yang mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pimpinan negeri.

Bagi Rahman, dakwaan itu mempunyai motif tersembunyi. Tahun lepas, timbalan presiden ini juga mempertikai kepimpinan Musa Aman dalam isu Raymond Tan, mantan TKM Sabah, yang masa itu tidak berparti, kerana dia tidak ikut bersama Yong Teck Lee keluar BN. Chin lah yang mendesak agar Raymond Tan meletakkan jawatan dan meminta Musa Aman mengugurkannya. (Nota: Timbalan ketua menteri Sabah quota kaum cina di sandang oleh naib presdien LDP Datuk Phang).

Presiden LDP adalah Datuk Liew Vui Keong seorang peguam yang berasal daripada Kota Belud Sabah, dan kini sebagai ahli parlimen Sandakan dan sekarang mempunyai jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Apa kah kenyataan LDP ini hanya trend ikut-ikutan, kerana MCA walaupun mempunyai 15 kerusi parlimen, baru-baru telah menuntut 5 tuntutan yang ada kaitan dengan hak bumiputera dan melayu.

Gerakan juga memberi kata dua kepada Tan Sri Muhyiddin mengenai kenayataan TPM itu, bahawa Umno bersedia menerima sesiapa sahaja termasuk Zulkefli Noordin, wakil rakyat PKR yang baru sahaja dipecat.

Fenomenana desakan parti-parti yang berasaskan kaum cina, akhir-akhir ini semakin rancak, apa kah perkara ini ada kaitan dengan persepsi bahawa keutuhan kaum melayu dan bumiputra semakin longgar? atau berpecah.

Benarkah sangkaan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, bahawa melalui PRU-13,kaum lain terutama cina dan india akan mengambil tampuk pemerintahan negara? atau kah setia kawan daripada kaum-kaum ini mulai kendur dan luntur lantaran kerana melayu dan bumiputra kelihatan berpecah.

Ini lah cabaran Najib sekarang ini. Mampukah 1Malaysia mengatasinya?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels