Showing posts with label Winnable Candidate. Show all posts
Showing posts with label Winnable Candidate. Show all posts

2 May 2012

Calon boleh menang-jangan perasan

Apabila DS Najib menyatakan bahawa hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan dicalonkan pada PRU-13 akan datang, maka berbagai kaedah digunakan oleh individu-individu yang beraspirasi mahu menjadi Yang Berhormat.

Walaupun Najib tidak membuat perician ciri-ciri calon yang boleh menang, namun rakyat dapat menterjemahkan kenyataan itu.

Ciri-ciri seseorang itu yang boleh dikatakan calon boleh menang, adalah individu yang mempunyai komitmen tinggi terhadap perjuangan, baik terhadap parti mahupun rakyat dan sudah tentunya bukan hanya muncul kerana ada pilihanraya.

Semenjak Najib mengumumkan calon jenis apa yang akan diketengahkan, maka ramailah para aspiran, melakukan tindakan-tindakan politik yang tidak lazim mereka lakukan.

Jika dahulu, jarang sekali membalas jemputan, kini, walaupun tidak dijemput, akan cuba hadir.

Jika dahulu, kurang melayan rakyat, kini secara terbuka melayan rakyat.

Jika dahulu, jarang membalas SMS atau panggilan telepon, kini dengan mudah membalas dan menjawab telepon.

Jika dahulu susah sangat untuk dijumpa, now open door.

Berasaskan kepada perubahan tingkah laku itu, maka mereka memasang "jurujual" bahawa si polan ini patut diketengahkan, kerana merupakan winnabale candidate.

Sebenarnya pucuk pimpinan mempunyai mata-tangan dan telinga di semua kawasan. Di peringkat partipun demikian.

Pucuk pimpinan dan dibantu oleh pemimpin akar umbi, tahu siapa pemimpin tulen, dan siapa pemimpin plastik.

Pemimpin tulen, tidak melakukan tindakan-tindakan yang dibuat-buat, sebaliknya semua tindakannya secara alami dan ditambah dengan keikhlasan.

Pemimpin tulen pasti menunaikan janji, mengotakan kata. Inilah tag line Pemimpin BN JANJI DITEPATI.

Penulis tahu benar, siapa para pemimpin tulen yang ada. Mereka ini lambat diketengahkan, kerana sifat mereka yang merendah diri, tidak suka menonjol, namun yang pasti, mereka adalah pemimpin ikhlas dan sejati.

Mudah-mudahan pucuk pimpinan dapat mengetengahkan individu-individu ini, agar mereka dapat berbakti kepada nusa dan bangsa.

Sebenarnya Puncuk pimpinan telah tahu siapa2 yang winnable candidate. Atas sebab itu, Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman, beberapa kali menjelaskan, sesiapa sahaja menjadi calon BN, maka sokonglah, kerana individu yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang baik-baik dan winnable candidate.

Oleh kerana itu, jangan perasan dengan menilai diri sendiri, bahawa diri sendirilah yang winnable candidate itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels