Showing posts with label Ciri-ciri sahabat. Show all posts
Showing posts with label Ciri-ciri sahabat. Show all posts

9 March 2010

Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kalau dilihat ciri-ciri yang disebutkan di atas layakkah MCA, Gerakan dan MIC itu kita jadikan sahabat? Walau pun sudah hampir 53 tahun UMNO, MCA dan MIC itu bersahabat dan berkongsi kuasa namun pada hemat saya, mereka bukan sahabat yang boleh diharap untuk bersama kita ketika susah. Mereka hanya mahu mendampingi kita ketika kita senang seperti kata perumpamaan Melayu, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis mana nak jumpa.

Apabila MCA meluluskan 5 resolusi, meminta tambahan bukan bumiputra dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 semalam merangkumi 16 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi, serta budaya kita melihat MCA bukan hendak meringankan beban Perdana Menteri tetapi mengambil kesempatan di atas kelemahan kerajaan. Sepatutnya mereka menyelesaikan masalah dalaman parti mereka supaya BN menjadi kukuh semula sebaliknya menuntut sesuatu yang tidak mungkin dapat kerajaan lunaskan.

Adakah ini satu tuntutan atau satu ugutan?

Ketika kerajaan sedang menyusun semula kekuatan setelah tsunami pilihanraya ke 12 yang lalu, MCA bukannya membantu tetapi seolah-olah mahu pengundi Cina mengundi Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya ke 13 nanti. MCA tahu kerajaan tidak akan melayan tuntutan mereka itu dan ini akan dijadikan alasan mengapa pengundi Cina akan beralih arah seperti mana sebahagian besar pengundi Cina telah lakukan pada pilihanraya yang lepas. Kali ini akan melarat ke negeri-negeri Selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Nampaknya setakat ini hanya UMNO sahaja yang bersungguh-sungguh menawan hati rakyat semula. Apakah yang MCA dan MIC lakukan untuk membantu UMNO? Bukan hendak menjuarai hati rakyat bersama-sama tetapi membuat tuntutan yang sukar kerajaan tunaikan. Kerajaan juga mahu menjaga hati orang Melayu yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kerajaan dan juga 60% daripada jumlah penduduk di negara ini.

Kalau setakat menang 15 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU ke 12, jangan lah nak berkokok berderai-derai. Apa lagi yang orang Cina mahu? Tidak cukupkah yang telah dinikmati sekarang? Jangan menjadi tamak dan rakus sehingga boleh menimbulkan rasa benci dan marah kaum lain sehingga boleh menyebabkan golongan majoriti yang miskin bangun memberontak. Rata-rata orang Melayu merasakan apa yang mereka nikmati hari ini sangat tidak adil kepada mereka. Sudahlah mereka dijajah dan ditindas ratusan tahun oleh 4 bangsa penjajah sehingga mereka melarat di tanah air sendiri, tiba-tiba datang bangsa pendatang menjadi lebih kaya dan ingin merampas bukan sahaja ekonomi tetapi sudah mencuba menguasai politik di negara ini.

Kerajaan jangan tunduk kepada tuntutan dan ugutan MCA ini. Kalau MCA mahu keluar daripada BN pun lebih baik kerana mereka bukan sahabat yang baik. MCA seperti Singapura. Singapura bukan jiran yang baik untuk Malaysia. Jikalau MCA merasakan mahu bersama Anwar Ibrahim, silakan berbahagi-bahagilah kerusi parlimen dengan DAP. Orang Melayu harus berdiri sendiri dan tidak lagi bergantung kepada undi Cina.

Mulai esok, sesudah subuh semua Melayu yang belum mendaftar pergi mendaftar sebagai pengundi dan semuanya nanti keluar mengundi pada hari pilihanraya. Kalau MCA keluar daripada BN,saya lah orang yang paling gembira. Kalah atau menang cerita lain tetapi kita tidak menyimpan duri dalam daging, tidak risau musuh dalam selimut dan kita tahu musuh yang nyata.sumber disini

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels