28 April, Kuala Lumpur kecoh. Kekecohan hanya mahu merebut Dataran Merdeka. Dataran itu sinonim dengan kemerdekaan negara, kerana di situlah, lepas tengah malam 31 ogos, 1957, bendera Union Jack diturunkan dan berganti dengan Jalur Gemilang.
Perdana Menteri pertama negara-YTM Tunku melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! maka, merdekalah negara hingga kini.
Sebenarnya niat merampas Dataran Merdeka itu oleh kumpulan Pembangkang, melalui Bersih3.0 hanya meniru-niru apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, apabila rakyatnya menakluki Dataran Tahrir, sehinggalah Hosni Mubarak tumbang.
Pembangkang mahu menakluki Dataran Merdeka, dan mereka merancang akan berhimpun di situ sehingga ada pertukaran kerajaan, seperti mana yang berlaku di Mesir.
Apapun kekecohan di Dataran Merdeka itu, tiadapun kesannya di kampungku. Malah, aktiviti harian rakyat berjalan seperti biasa, malah jarang yang bercakap mengenainya.
Para pemimpin kawasan di mana kampungku terletak seperti biasa sibuk turun padang, merancang program apa yang perlu untuk rakyat, meninjau program-program yang sedang berjalan, malah mereka mengumpul data-data yang diperlukan sebagai input untuk perancangan program akan datang.
Kedatangan TPM pada hari yang sama, menidakkan lagi perhatian penduduk kampungku mengenai kekecohan di Dataran Merdeka. Malah mereka tidak tahupun ramai polis yang tercedera kerana dibelasah perusuh.
Keadaan aman damai di kampungku, adalah hasil usaha para pemimpinnya yang saling bergandingan bahu untuk memajukan rakyat, atas sebab itu, apa yang berlaku di Kuala Lumpur akibat perbuatan rakyat yang tidak tahu bersyukur, penduduk kampungku tidak pedulipun.
Memang diakui ramai yang turun pada hari itu di Kuala Lumpur, ya mungkin dua parlimen yang mewakili Wilayah Persekutuan- katakanlah Parlimen Bukit Bintang dan Batu, mungkin campur PJ utara, tambah lagi Bandar Tun Razak.. hanya 4 kawasan parlimen yang merusuh.. masih ada 218 Kawasan Parlimen lagi.
Atas sebab itu, penduduk kampungku tenang saja, kerana satu Parlimen dan tiga ADUN tetap milik BN pada PRU-13 akan datang.
Ahli Parlimen kawasan kampung berkerja keras, saban hari, demikian ADUN kampungku, di kepalanya hanya rakyat, memikirkan bagaimana rakyatnya mempunyai pendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Demikian juga para pemimpin parti sudah tentunya parti Umno, saban hari mengerah tenaga agar parti senantiasa releven, semalam, kini dan selamanya.
Sebenarnya Kampungku sungguh bertuah, kerana lengkap-hanya menunggu mengutip hasil program pembangunan yang telahpun digarap.
10 comments:
It's disappointing that this sort of culture was brought into Malaysia and Sabah, why should be follow the irrational act of demonstration like the Middle East and Western countries? It does not resolve any problems but cause chaos.
http://sabah-go-green.blogspot.com/
Fortunately the peaceful rally held in Kota Kinabalu has gone smoothly and peacefully with the cooperation between the Sabah Bersih Organizers, the participants, the DBKK as well as the Sabah police.
http://sabah-go-green.blogspot.com/
buat apa nak buat kecoh dalam perhimpunan, mereka harus contohi Sabah yang begitu aman.
Pembangkang tidak payah la meniru orang luar untuk berjaya merampas kerajaan dengan menggunakan taktik kotor iaitu dengan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.
Keadaan di M'sia tidak sama dengan keadaan di Mesir atau negara lain yang tidak mengamalkan demokrasi. PRU13 pasti akan menentu segalanya. Pasti pembangkang sudah bersedia untuk kalah.
Dengan jumlah peserta Bersih yang begitu ramai di KL, macam mana mereka mampu jamin perhimpunan dilakukan dengan aman?? Ambiga dan ahli2 nya bukan mampu kawal mereka. Lihatlah apa sudah terjadi.
Masalah tidak akan selesai dengan keganasan.
OO begitukah apa yang berlaku di Mesir juga. Nampaknya Pembangkang meniru orang lainlah ini. Terbawa-bawa oleh budaya orang lain rupanya.
penganjur2 Bersih dan juga pemimpin2 pembangkang sememangnya berhasrat mahu rakyat mengamalkan budaya ganas..
amat malang bagi rakyat yang menyertai perhimpunan Bersih.. mereka tidak sedar bahawa mereka hanya diperalatkan oleh puak2 terdesak yang teringin sangat mahu memegang jawatan kabinet..
Post a Comment