22 January 2019

PPBM KE SABAH-DISABOTAJ

Nampaknya kemasukkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke Sabah akan terbantut, ekoran sabotaj oleh pihak-pihak tertentu di Sabah.

Laporan media tempatan, terdapatnya sekurang-kurangnya empat kumpulan menjadi pencadang kemasukan parti pimpinan Tun Dr Mahathir itu ke Sabah, namun yang kelihatan paling agresif adalah kumpulan Datu Akjan Ali (mantan tahanan ISA) dan kumpulan Datuk Lajim Ukin, Presiden Parti Harapan Sabah (bersedia membubarkan parti jika dipilih menerusi PPBM di Sabah), manakala kumpulan mantan-mantan pemimpin dan wakil rakyat Umno belum secara terang-terangan menjadi pencadang kepada komponen PH itu, walaupun tersebar beberapa gambar membabitkan ketua kumpulan itu Datuk Hajiji Haji Noor menyerahkan borang PPBM.

Melihat keadaan yang melingkari kemasukkan PPBM ke Sabah,khususnya ketidak sediaan Parti Warisan Sabah (PWS), maka tindakan pihak-pihak tertentu yang mengambarkan "mereka" berlumba-lumba menyertai parti ketiga terbesar daripada jumlah kerusi dalam kalangan parti PH itu, sebenarnya satu tindak terselubung bagi mengekang kemasukan parti itu ke Sabah.

Tujuan hakiki sesebuah parti politik, adalah untuk penyatuan berbagai segmen rakyat, namun melihat latar belakang yang berbeza yang mahu menjadi pencadang kepada parti itu, kemasukkannya akan menambah kecelaruan politik Sabah, selain faktor itu boleh digunakan oleh Datuk Shafie Apdal sebagai alasan kuat untuk menghalang kemasukan parti nasional itu ke Sabah.

Penulis melihat tindakan 3 kumpulan (tidak termasuk kumpulan mantan-mantan pemimpin Umno) adalah usaha sabotaj, kerana mereka berada pada kedudukan "nothing to lost", manakala kumpulan mantan-mantan pemimpin Umno bukan sahaja terperangkap akan tetapi berada dalam persimpangan.

Matlamat parti politik adalah untuk mendapatkan sokongan seramai mungkin rakyat, tanpa mengira latar belakang, namun memandangkan PPBM diuar-uarkan oleh "mereka" yang "tinted" dan jelas tidak akan mendapat sokongan rakyat, maka akan mendorong pucuk pimpinan parti itu untuk sementara waktu tidak akan melebarkan sayap ke Sabah setidak-tidaknya dalam sepenggal ini.

Berasaskan pada senario semasa, ke mana kah arah tuju mantan-mantan pemimpin Umno? Sedangkan pada masa ini, "kelihatannya" Umno akan bangkit semula. Dalam politik, semua berkemungkinan, tidak mustahil, mereka itu akan kembali bertaut semula dalam parti tertua negara itu.

20 January 2019

KAUM CINA: KING MAKER POLITIK SABAH

Dalam sejarah politik Sabah, parti yang ditolak kaum cina, pasti kehilangan kuasa.

Kerajaan USNO tumbang, kerana kaum cina menolak parti mereka SCA pada PRN tahun 1976. Demikian juga pada PRN 1985, kaum cina menolak parti Berjaya, dan pada PRU-14, kaum itu menolak secara total Barisan Nasional.

Seingat penulis, setiap parti yang ditolak kaum cina di Sabah, maka parti itu akan tumbang, sebab itulah kaum itu adalah "king maker" dalam politik Sabah.

Tetapi, faktanya, setiap kerajaan yang memerintah Sabah, kaum itulah yang mendapat banyak peluang dalam banyak aspek, khususnya aktiviti ekonomi dan projek-projek kerajaan.

Kaum ini, semasa tenang, akan menggunakan sikap erti peribahasa " Di mana tanah Dipijak Di Situ Langit Dijunjung" sebab itu, ahli politik bumiputera terperangkap dengan sikap mereka.

Adalah pengajaran bagi pemimpin bumiputera, supaya tidak selamanya terperangkap dengan "sikap" kaum itu, dengan membelakangkan bumiputera, khususnya dalam bidang-bidang ekonomi dan pelaksana projek-projek kerajaan, semata-semata untuk mendapatkan sokongan politik, kerana sejarah politik menceritakan, bagai mana kaum itu akan menolak parti atau kerajaan yang banyak membantu, kerana sikap, habis manis sepah dibuang, suka sangat dipraktikkan oleh kaum itu.

Bagi mereka yang mengikuti sejarah politik Sabah, pasti bersetuju dengan pandangan penulis ini.

Penulis yakin, satu masa kelak, Shafie Apdal juga, akan menjejaki para pemimpin bumiputera Sabah yang terdahulu.

18 January 2019

SABAH DIPERINTAH PEMIMPIN: BAGAIKAN KERA MENDAPAT BUNGA

Kiasan
Kerana satu niat, SABAH UBAH, maka apabila bekerjaan, maka ibarat kera mendapat bunga. Bukan itu sahaja, supaya kenampakan berubah, maka menjadi seperti tikus membaiki labu.

Sepatutnya, kerajaan Sabah hari ini bukanlah kerajaan yang sepatutnya, namun kerana tindakan boyuk, maka jadilah kerajaan,

Apabila menjadi kerajaan terperanjat, meskipun lebih 8 bulan memerintah dan didukung oleh berbagai agensi, termasuk agensi think tank, tiada HALA TUJU jelas, kemana arah kerajaan ini khususnya berkaitan pembangunan dan kemajuan negeri dan rakyatnya, kerana tiada target atau sasaran, pendek kata tiada Goal. Mereka hanya bertindak rempuh sana rempuh sini, bagai kan menembak merata.

Dalam permainan bola sepak, ada target iaitu gawang pihak lawan. Bagai mana menjaring bola, gawangpun tiada, jangan kan bercakap soal jumlah jaringan.

Ketua Menteri Sabah mengaku mempunyai 30 tahun pengalaman. Memang itu fakta, namun jika pengelaman itu, tidak diiringi pengetahuan, maka pengalaman itu, hanya catitan pribadi sahaja, tidak mampu diterjemahkan kepada goal atau target.

Kerajaan Sabah hari ini, kena menerima hakikat, bahawa mereka tidak menunjukkan kemampuan sebagai sebuah kerajaan.

Jika ada pihak membandingkan antara kerajaan era Musa dan yang sekarang, memangpun tepat, kerana Musa sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada Mac, 2003, terus memperkenalkan HALATUJU Kemajuan & Pembangunan Negeri, sehingga tahun 2025. Menerusi HALATUJU, digariskan sektor-sektor mana diberikan keutamaan. Sebagai impaknya, maka Sabah mula maju dan membangun. Simpanan kewangan negeri meningkat daripada RM184juta kepada RM3.74.

Malang sungguh bagi Sabah, selepas 8 bulan, rakyat negeri ini hanya disajikan dengan kebakaran rumah di mana-mana, rakyat diminta menyokong kehadiran PATI termasuk memberi peluang kepada anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah kerajaan.

10 January 2019

SABAH UBAH: "MONYET" BAKAL BERSIHKAN PEKAN SEMPORNA!!!

Pekan Semporna yang lebih dikenal kerana sampah sarafnya, berbanding tempat peranginan seperti Sipadan dan pulau-pulau lain, tidak lama lagi bakal menjadi pekan bersih, kerana kehadiran monyet pengutip sampah.

Majlis Daerah Semporna memperkenalkan monyet pemungut sampah sebagai denda menggantikan RM500 denda bagi kutu sampah. Namun, jika kutu sampah, dapat membayar RM500, maka kaki tangan majlis itu terpaksa bertugas mengutip sampah.

Tindakan mendenda kutu sampah yang tidak mampu membayar denda, adalah satu cara menerusi kerajaan Parti Warisan Sabah, dalam polisi baru Sabah ubah.

Jika tindakan mendenda para kutu sampah sambil mengutip sampah akan tetapi perlu memakai jaket bertuliskan "monyet" ini berjaya, maka mungkin akan diperluaskan di kawasan-kawasan yang berdepan dengan kutu sampah.

Satu pembaharuan, walaupun nampak pelik, tetapi, boleh mengatasi masalah sampah, supaya mereka yang termasuk kutu sampah, sedar, bahawa hanya monyet sahaja suka membuang sampah merata.

Nampaknya, menerusi cara ini, bakal menjadi bidang perniagaan baru, kerana penjahit jaket bertuliskan monyet, sudah tentu diperlukan.

Tahniah, satu pembaharuan, kerana hanya cara ini, masalah sampah di kawasan majlis tempatan atau perumahan, dapat diatasi.

Penulis cadangkan, Majlis Daerah Tuaran juga turut sama, kerana setiap hujung minggu, khususnya pada hari Ahad, pekan itu, jadi tong sampah bergerak.

6 January 2019

BN KALAH PRU-14 KERANA UMNO PECAH

UMNO pecah, bukan kerana dasar parti, parti itu pecah, kerana pemimpinnya berpecah,

Tahun 2016, adalah masa Umno terakhir berpecah. Di Semenanjung terwujudnya PPBM, di Sabah terwujudnya Parti Warisan Sabah.

Di Semenanjung, Tun Dr Mahathir, Tan Sri muhiyiddin dan yang lain-lain mampu swing lebih 500,000 pengundi melayu pada PRU-14, manakala di Sabah, Shafie mampu mendapat sokongan 1/4 daripada ahli dan penyokong Umno, yang kemudiannya secara akumulatif disokong oleh hampir 500,000 pengundi daripada 1.104juta pengundi berdaftar Sabah. 

Sebagai impak kepada perpecahan itu, maka Umno kalah 15 kerusi DUN, kalah 7 kerusi Parlimen.

Di Sabah, pada PRU-14, secara keseluruhan, di peringkat DUN, PWS menang 21, parti rakannya DAP-6 dan PKR-2, di peringkat Parlimen secara keseluruhan mereka menang 14 kerusi Parlimen, berbanding Umno/Bn hanya 10; 7 Umno, 1PBS, 1UPKO dan 1PBRS.

PRU-14 juga menunjukkan dengan jelas, berpecahnya bumiputera islam pada dua bahagian, antara PWS dan Umno. Untuk kaum cina, jelas melekat pada DAP dan sedikit pada PKR. Manakala KDM, masih menyokong parti yang mewakili kaum itu, meskipun terbahagi-bahagi.

Apa yang jelas menerusi PRU-14 kumpulan yang diterajui Umno, ditolak oleh kaum cina. PWS pula, tidak boleh mengaku mendapat sokongan kaum cina dan KDM, kerana parti itu hanya menang 6 kerusi kawasan campuran.

Di Sabah kini, Umno Sabah yang suatu masa kukuh, namun bermula sejak tahun 2016 berpecah, dan kini telah menjadi 3 kumpulan, kumpulan PWS, kumpulan bebas bersatu dan kumpulan Umno Sabah.

Tiada sifir politik yang boleh mendakwa, sesebuah parti yang pecah, dikatakan masih kukuh dan kuat. Jika ada yang berhujah demikian, maka ianya hanya seperti kata peribahasa meneggakkan benang basah.

Datuk Shafie berpandukan pada sejarah politik Sabah. Parti yang kehilangan kuasa tidak mampu bangkit, kecuali bertindak diluar perjuangan. Usno tidak pernah bangkit selepas kehilangan kuasa tahun 1976. Kerana parti itu bertindak diluar perjuangan, menerusi pembubaran dan secara enblok menyertai Umno Sabah, maka merasa menjadi kerajaan selama 24 tahun bermula tahun 1994 sehingga 10 Mei, 2018. Demikian juga PBS, selepas kehilangan kuasa pada tahun 1994, bergabung semula dengan Bn pada tahun 2002, dan tindakan itu parti menjadi sebahagian daripada kerajaan bermula tahun 2004 sehinggalah PRU-14. Parti Berjaya yang pernah memerintah Sabah daripada Tahun 1976-1985, terkubur tanpa nisan. Berasaskan kepada pandangan itu, maka Shafie dan parti beliau berusaha menyekat kemasukkan PPBM ke Sabah, untuk mempertahankan monopoli parti itu di kawasan bumiputera islam. Shafie tahu, bahawa sebahagian ahli Umno selepas PRU-14, telah menyertai parti yang beliau pimpinan.

Apa yang difikirkan Shafie itu, juga difikirkan oleh kumpulan Bebas Bersatu yang diketuai Datuk Hajiji Haji Noor, yang mana sebelum 12-12-2018, ADUN Sulaman itu merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. Pada 12-12-2018, semua exco Umno Sabah keluar parti kecuali Datuk Bung Moktar Radin. 

Kerana Shafie memerpergunakan sejarah politik Sabah sebagai panduan, seharusnya beliau sedar, parti sedemikian hanya mampu bertahan 2 penggal. Seharusnya beliau mencontohi apa yang dilakukan Bn Sabah yang menggabungkan berbagai parti dan pemimpin sehinggakan dapat memerintah 24 tahun tanpa putus.

Shafie perlu melihat, bergabungnya bumiputera islam dalam satu pasukan, tidak semestinya separti, boleh mengwujudkan kestabilan politik, untuk jangka masa yang panjang.

Shafie, yang lahir daripada kilang Umno, perlu sedar, bahawa mantan-mantan pemimpin Umno juga mempunyai latar belakang seperti beliau. Shafie perlu mengenepikan peristiwa lalu,kerana perbalahan itu bukan berpunca daripada mantan-mantan rakan beliau yang kini dalam kumpulan BEBAS BERSATU.

Shafie kena akur, gandingan parti beliau dengan PPBM, adalah gandingan menang-menang, pada masa yang sama, mantan-mantan ahli Umno yang suatu masa lalu juga merupakan penyokong beliau, akan terbela. Shafie kena yakin, akar umbi yang pernah meletakkan beliau ke puncak, akan juga menyokong beliau, tidak semestinya mereka itu perlu menyertai parti beliau.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels