Showing posts with label Kabinet Sabah. Show all posts
Showing posts with label Kabinet Sabah. Show all posts

11 May 2013

Jemaah Menteri Sabah- Berasaskan komposisi Kaum bukan sokongan undi

Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri sabah yang mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap perlantikan jemaah menteri yang diterajuinya.

Jemaah Menteri Sabah yang mengangkat sumpah petang semalam di Istana Negeri di depan TYT Sabah mencerminkan bahawa jumlah anggota jemaah menteri berasaskan komposisi kaum bukan berasaskan atas sokongan undi. Kenapa dikatakan demikian? PBS adalah parti yang mengalami kekalahan teruk semasa PRU-13, di mana 7 kawasan DUN dan satu Parlimen yang ditandinginya mengalami kekalahan, pun demikian enam daripada tujuh wakil rakyatnya dilantik menganggotai jemaah menteri.

Demikian juga kaum cina, daripada 13 kawasan yang diwakili kaum cina samada parlimen mahupun dun, 6 dimenangi Bn dan 7 dimenangi pembangkang. Namun, dalam jemaah menteri Sabah, kaum itu diwakili dua menteri penuh dan dua pembantu menteri.

Daripada 29 anggota jemaah menteri Sabah, 14 merupakan daripada kaum bumiputera islam lain, manakala 11 daripada KDM dan 4 kaum cina.

Umno yang merupakan tulang belakang BN Sabah menang semua kawasan yang ditandingi kecuali DUN Klias.

Selepas PRU-13, Umno mempunyai 30 kerusi Dun, manakala PBS 7, LDP 3, Gerakan 2, PBRS 1, 7 Upko. Komposisi Dun Sabah kini 48 BN, 7 PKR, 4 DAP dan 1 STAR.

Di antara komponen parti BN Sabah yang mendapat jumlah teramai dalam jemaah menteri Sabah berasaskan jumlah wakil rakyat adalah PBS, iaitu 85.71 peratus kerana 6 dari 7 ADUN parti itu menyertai jemaah menteri. 

Melihat kepada komen-komen di Facebook mahupun di blog-blog mahupun para individu samada daripada penyokong Bn mahpun Pakatan Rakyat, rata-rata mereka menyatakan terkilan, kerana Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said tidak terpilih menyertai kabinet.

Selain itu, bagi mereka yang berasal daripada Kota Belud juga terkilan, kerana pada kali ini, Kota Belud hanya diwakili seorang Pembantu Menteri melalui ADUN Tempasuk- Datuk Musbah Jamli.

Sebelum DUN dibubarkan, Kota Belud diwakili tiga pembantu Menteri- Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akim dan Datuk Herbert Timbon Lagadan. Datuk Japlin tidak bertanding pada PRU-13, manakala Timbon gagal mempertahankan kawasan DUN Kedamaian.

Jemaah Menteri Sabah pada kali ini, dimonopoli oleh wakil-wakil rakyat daripada Pantai Timur Sabah 11 wakil rakyat berasal daripada kawasan itu, selebihnya daripada pendalaman dan Pantai Barat.

10 May 2013

Kabinet Sabah- Lima muka baru

KOTA KINABALU: Lima muka baru dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Sabah yang menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.

Mereka ialah Datuk Teo Chee Kang, Datuk Radin Malleh, Datuk Siringan Gubat, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mendahului istiadat penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah, diikuti Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Anggota Jemaah Menteri yang dikekalkan ialah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Datuk Masidi Manjun.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Juhar disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi P. Ravinthran.

Turun mengangkat sumpah ialah barisan pembantu menteri seramai 18 orang.

Sembilan muka baharu dilantik sebagai pembantu menteri ialah Datuk Arifin Mohd Arif, Masiung Banah, Datuk Ramlee Marahaban, Datuk Zakaria Idris, Datuk Joachim Gunsalam, Datuk Hamisa Samad, Datuk Nilwan Kabang, Datuk Kamarlin Ombi dan Anita Baranting.

Pembantu menteri yang dikekalkan ialah Datuk Edward Yong Oui Fah, Datuk Ellron Angin, Datuk Michael Asang, Datuk Bobbey Ahfang Suan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Datuk Sirin Karno, Datuk Musbah Jamli, Datuk Bolkiah Ismail dan Pang Yuk Ming.

BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding tiga pada 2008.

Berikutan itu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan buat penggal keempat Isnin lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan NorlidahRMJasnidan Musa serta isteri Datin Seri Faridah Tusin.

Ketua Menteri,Datuk Seri Musa Aman( menteri kewangan)
Timbalan Ketua Menteri,
1. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan,
2. Datuk Yahya Hussin 
3. Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

*Datuk Ariffin Arif (Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas)
Datuk Edward Yong Oui Fah(Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas)
Datuk Ellron Angin (Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas)

*Musa aman( menteri kewangan)
Datuk Ramlee Marahaban (Pembantu Menteri Kewangan)
Datuk Michael Asang (Pembantu Menteri Kewangan)

*Pairin(Menteri Pembangunan Infrastruktur)
Datuk Bobbey Suan(Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur)
Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur)

*Yanya (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) 
Datuk Sairin Karno (Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan)
Datuk Musbah Jamli (Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan)

*Raymon Tan(Menteri Pembangunan Perindustrian.)
Datuk Bolkiah Ismail (Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian)

*Datuk Jainab Ahmad (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna)
Anita Baranting (Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna)

*Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Menteri Belia dan Sukan)
Pembantu menteri = Masiung Banah (Pembantu Menteri Belia dan Sukan),
=Datuk Zakaria Edris (Pembantu Menteri Belia dan Sukan),

*Datuk Siringan Gubat (Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat)
Datuk Hamisa Samad (Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat)

*Datuk Radin Malleh (Menteri Pembangunan Luar Bandar)
Datuk Nilwan Kabang (Pembantu Menteri Luar Bandar)

*Datuk Hajiji Mohd Noor (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan),
Datuk Dr Joachim Gunsalam (Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan)

*Datuk Masidi Manjun (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar).
Datuk Kamarlin Ombi (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar).
Datuk Pang Nyuk Ming (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar)

* Datuk Teo Chee Kang (Menteri Tugas-Tugas Khas)

Kabinet Sabah: Datuk Salleh Tidak Terpilih- Datuk Tawfik Titingan Menteri penuh- Datuk Nasir Sakaran Digugurkan

Datuk Dr Salleh Tun Said- Tidak Tersenarai
Datuk Tawfik-Menteri Penuh

Datuk Musbah- Kekal-Pembantu Menteri
  
Datuk Hajiji-Kekal-Menteri Penuh
Kabinet negeri Sabah sedang mengangkat sumpah di Istana Negeri di depan TYT Tun Juhar Mahiruddin.

Antara wakil rakyat yang dilantik sebagai menteri penuh adalah Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan ADUN N56 Apas, sementara Datuk Raymond Tan Shu Kiah ADUN N46 Tanjong Papat dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah kuota kaum cina.

Bagi menggantikan Datuk Azizah Dun Banir, Adun N12 Karambunai Datuk Jainab Ahmad dilantik sebagai menteri penuh.

Menteri yang digugurkan adalah Datuk Nasir Tun Sakaran, sementara Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said tidak tersenarai dalam kabinet negeri.

Dikhabarkan menteri-menteri lain dikekalkan termasuk Datuk Hajiji Noor, Datuk Masidi Manjun, Tan Sri Pairin Kitingan dan para pembantu menteri lain.

Sementara itu- enam pembantu menteri baru juga turut dilantik.

7 May 2013

Analisis Awal Kabinet Baru Sabah

PRU-13 yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 5 Mei lalu, dan menyaksikan BN Sabah tidak dapat mengulangi pencapaian dua PRU lalu.

Pada PRU-13 yang diketahui keputusannya pada pagi 6 Mei, menunjukkan bahawa BN Sabah berjaya membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 apabila menang 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sabah yang mempunyai 60 DUN, di mana sebelum DUN dibubarkan BN mempunyai 57 ADUN dan 21 Ahli Parlimen.Selepas PRU-13 tersebut, BN Sabah berjaya menang 22 kerusi Parlimen, namun kehilangan 9 kerusi Dun.

Dalam PRU tersebut, calon-calon BN Sabah yang menduduki kabinet negeri serta pembantu menteri tidak berjaya mempertahankan kerusi masing-masing. 

Antara calon-calon yang tidak berjaya mempertahankan kerusi masing-masing adalah Datuk Yee Moh Chai- Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina bagi Dun Api-Api. Selain itu, Datuk Edward Khoo Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri bagi kawasan dun Kapayan. Datuk Jahid Jahim Pembantu Menteri di Dun Tamparuli, dan Datuk Hebret Timbon Lagadan-Pembantu Menteri di dun Kedamaian.

Dengan kekalahan Yee Moh Chai, maka daripada enam kawasan yang dimenagi kaum cina, ada dua nama yang mempunyai kedudukan dalam parti masing. Datuk Raymond Tan ADUN Tanjong Papat adalah Naib Presiden Parti Gerakan Malaysia, di mana parti itu mengalami tsunami politik gelombang kedua di Semenanjung, Selain Raymond adalah ADUN Tanjong Kapor Datuk Teo Chee Kang- Setiausaha Agung LDP. Dari dua nama ini kemungkinan salah satu daripada mereka akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina.

Di pihak KDM, sudah tentunya Tan Sri Pairin akan mengekalkan jawatan.

Namun yang menjadi perhatian adalah kedudukan Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera islam. Sebelum ini jawatan itu disandang oleh Datuk Yahya Hussien Setiauasaha Agung Umno Sabah.

Kembalinya Datuk Dr Salleh Tun Said ke arena pilihanraya, maka jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota bumiputera islam kini berkisar antara ADUN Usukan itu dengan dengan Datuk Yahya.

Melihat kepada hieraki kedudukan dalam parti, Salleh adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. Biasanya jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota bumiputera islam tersebut akan disandang berasaskan kedudukan dalam parti. Jika demikian, maka pilihan akan jatuh kepada Datuk Dr Salleh Tun Said.

Selain itu, berasaskan keputusan PRU lalu, dimana kebanyakan penyandang jawatan kabinet negeri mahupun pembantu menteri telah menang, maka tidak akan berlaku rombakan kabinet yang sangat ketara. Apa yang berlaku adalah perlantikan baru, bagi menggantikan mereka yang gagal mempertahankan kerusi.

Ada juga kemungkinan satu-dua pembantu Menteri akan dinaikan pangkat ke menteri penuh, berasaskan merit, kerana ada pembantu menteri yang mencapai tahap kejayaan yang sungguh baik lima tahun lalu; atas sebab itu wajar dinaikan ke jawatan menteri penuh.

Untuk makluman, beberapa jawatan pembantu menteri dan menteri yang kosong- Jawatan pembantu menteri yang dikosongkan oleh Datuk Japlin Akim, kerana tidak bertanding, Jawatan pembantu Menteri yang dikosongkan oleh Datuk Jahid Jahim, Datuk Edward Khoo, Datuk Hebert Timbon Lagadan, Jawatan menteri yang dikosongkan oleh Datuk Azizah Dun Banir dan jawtan Menteri yang dikosongkan oleh Datuk Yee Moh Chai, serta jawatan Menteri yang dikosongkan oleh Datuk Ewon Ebin.

Perlantikan jawatan Menteri dan Pembantu Menteri adalah kuasa penuh Ketua Menteri. Sama-sama kita menunggu siapa-siapa yang bakal dilantik.

Nota: KEPUTUSAN PENUH PRU-13 SABAH- KLIK DISINI

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels