Showing posts with label Manifesto PR. Show all posts
Showing posts with label Manifesto PR. Show all posts

28 February 2013

Manifesto Pakatan: Apa kata pemimpin Sabah?

Datuk Musa Aman (Ketua Menteri Sabah)- Manifesto Pakatan macam pejual ubat, rakyat akan pasti menolaknya.

Datuk Salleh Tun Said (Timbalan Pengerusi Umno Sabah)- Tiada sesuatu yang baru dalam manifesto itu- pakatan hanya menggunapakai tindakan-tindakan yang dilasanakan BN dengan fine tune sana sini, selain menokok tabah, sehingga manifesto tidak realistik dan lebih kepada retorik.

Datuk Rahman Dahalan (MP Kota Belud)- manifesto pakatan sungguh bahaya dan manifesto terdesak, tidaka perkiraan ekonomi dan tidak realistik.

Datuk VK Liew (Presiden LDP)- Manifesto itu bukan untuk kesejahteraan rakyat, tetapi manifesto syok sendiri.

Sementara itu, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyifatkan manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," 

Pada 25 Februari lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.

Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.

"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU 13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," katanya.

27 February 2013

Manifesto Pakatan Besar sudu dari kuah

SEBENARnya tiada sesuatu yang baharu dalam manifesto pakatan yang dibentangkan pada Isnin. Manifesto itu hanya tokok tambah sana sini apa yang ada pada BUKU JINGGA yang mereka lancarkan sebelum ini.

Walaupun pemimpin pakatan berkata manifesto mereka itu "tidak menjanjikan langit dan bumi" namun bagi pemerhati melihatnya manifesto itu sungguh "ambitious" semata-mata untuk bersaing dengan kemampuan dan pencapaian barisan nasional. 

Pakatan cuba menggambarkan di atas kertas, bahawa mereka mampu melakukan ini dan itu, namun tidak menjelaskan cara dan bagaimana mendapatkan sumber terutama kewangan untuk membiayainya. 

Pakatan mendakwa akan melakukan penghematan sehingga 24 peratus daripada kos mengurus serta pembangunan yang dibentangkan Bn seperti mana bajet 2013 negara (RM206bilion), dengan mengorbankan pembinaan jalanraya dan infrastruktur.

Ertinya, Pakatan tiada kelebihanpun, kerana mereka tidak mampu mempertahankan yang sudah ada, sebaliknya hanya menukar tujuan seperti membalikkan coin 50 sen, ekor ke kepala.

Manifesto Pakatan kelihatnya hanya condong kepada matalamat DAP dan PKR, seolah-olah mengenpikan Pas, kerana dalam manifesto itu tidak menyebutkan asas perjuangan Pas-meneggakkan negara islam.

Bukti Pas diketepikan melalui manifesto itu, apabila Datuk Hadi diberikan peluang berucap mewakili partinya, seolah seseorang yang hilang arah tujuan, ucapannya bukanlah merupakan ucapan akan tetapi lebih mendekati ceramah.

Bagi penyokong Pas, Hadi adalah calon Perdana Menteri, namun semangat untuk itu tidak terdapat pada Hadi, apabila berdepan dengan Anwar.

Bukan sahaja semangat tiada pada Hadi, akan tetapi beliau akur kepada kelemahan dirinya sendiri, kerana kurang pengetahuan dalam banyak perkara terutama ekonomi, perkembangan dunia, kerana Presiden Pas itu yang terbentur dengan pengetahuan agamanya.

Melihat manifesto pakatan yang dibentangkan semalam, entah apa sambutan rakyat terhadapnya, kerana sebenarnya Pakatan masih banyak berhutang kepada rakyat kerana kebanyakkan janji-janji manifesto tahun 2008, belum ditunaikan. Disebabkan kegagalan menunaikan janji, sehingga Menteri Besar Selangor Tan sri Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan, bahawa manifesto bukanlah aku janji yang perlu ditunaikan.

Jika demikianlah pendirian Pakatan (kenyataan Khalid itu) apa kah tujuan mereka me-reka manifesto? Benarlah kata para pemimpin dan penyokong Bn, manifesto pakatan hanya berupa retorik dan janji manis, tujuannya hanya untuk menipu rakyat.

Melihat konvensyen kali ke empat Pakatan semalam, nampaknya sambutan pada kali ini, sungguh tidak memberansangkan, sehingga memperanjatkan penyokong tegar tiga parti itu. Bukan sahaja penyokong malah kepimpinan pakatan sendiri terkejut dengan sambutan yang begitu kurang, jika dibandingkan tahun lepas di Kedah.

Keadaan di Shah Alam, sungguh sunyi dan kelihatan tidak bermaya. Malah semasa Anwar berucap tidak kedengaran ucapan yang berapi-api tanda yakin akan merampas Putrajaya, sebaliknya meminta hadirin agar jangan terlalu yakin dan bongkak, kerana dalam politik katanya perlu adanya kesederhanaan.

Ada yang melihat lontaran kata-kata Anwar itu ditujukan kepada pemimpin DAP dan penyokong parti itu, kerana sejak akhir-akhir ini, para pemimpin DAP begitu bongkak kerana merasakan sokongan kaum cina berpihak kepada parti itu.

DAP mahu semua kawasan majoriti cina ditandingi parti itu, sehingga timbulnya perbalahan antara pemimpin akar umbi kedua parti itu, terutama di Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Pada Isnin, walaupun Pakatan mengimpikan mahu merampas Putrajaya, namun tiada seorangpun pemimpin utama pakatan menzahirkan keyakinan itu semasa konvesyen dan pelancaran manifesto mereka. Malah Anwar tidak berani membayangkan jumlah kerusi yang bakal dimenangi pakatan longgar tiga parti itu.

Apa yang pelik pada ucapan Anwar itu apabila "lupa" menyebut keupayaan kerajaan Pas Kedah, sedangkan beliau begitu bersungguh-sungguh memuji Nik Aziz dan Lim Guan Eng, dan sebagai saguhati, Khalid Ibrahim juga mendapat tempias pujian walaupun dengan nada yang seperti tidak bermaya.

Nampaknya, Anwar sedar bahawa Kedah tiada harapan lagi bagi Pakatan, kerana umum mengetahui, bahawa kerajaan Pas di negeri itu diselubungi masalah sejak tahun 2008.

Anwar tahu bahawa kemenangan pakatan di Kedah pada tahun 2008 dengan majoriti yang kecil, bakal tidak akan berulang. Anwar sedar, jika kalah di Kedah, maka impian merampas Putrajaya dan menobatkannya sebagai Perdana Menteri bakal tidak menjadi.

Walaupun Anwar dijajah terutama di negeri asalnya Pulau Pinang, bahawa beliau bakal menjadi Perdana Menteri ke-7 negara, namun hakekatnya semuanya hanya buih laut, kerana beliau sedar, bahawa impian itu tidak akan menjadi kenyataan.

Atas sebab itu, setakat ini, Pakatan belum memutuskan siapa bakal Perdana Menteri, kerana memutuskannya, tiada erti, kerana ianya hanya catatan.

Atas faktor inilah, manifesto Pakatan menulis apa sahaja, kerana mereka tahu ianya bukan janji yang perlu ditunaikan, kerana mereka tahu, pakatan tidak akan menjejak Putrajaya sebagai kerajaan.

Untuk itu, KITA sebagai pengundi, jangan lah termakan semua janji-janji palsu itu, ambillah iktibar kejadian di Selangor, di mana ibu2 Tunggal dan warga mas menyaman kerajaan Selangor kerana  tertipu pada tahun 2008.

Kepada rakyat, jangan sesekali tertipu dua kali. Ambillah iktibar PRU-12 lalu.

Manifesto Pakatan: Mereka tidak minat pada kesejahteraan Rakyat: Presiden LDP

MELIHAT kepada Manifesto Pakatan yang diumumkan pada Isnin, jelas menunjukkan bahawa pakatan tiga parti DAP-PAS-PKR tidak minat terhadap kesejahteraan rakyat. Selain itu, manifesto hanya berupa janji manis, yang kurang perhitungan daripada segi ekonomi, demikian kata Presiden LDP VK Liew melalui Wall FBnya.

Melalui manifesto itu, VK Liew menjelaskan tiada bentuk pembelaan untuk rakyat sepertimana dilakukan kerajaan BN seperti BR1M atau seumpamanya.

Apa tah lagi, menurut Presiden LDP itu yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pemimpin PAS seperti Nik Aziz Nik Mat, menyamakan penerima BRIM sebagai haiwan.

BRIM sudah melalui dua fasa BRIM1.0 dan BRIM2.0; Presiden LDP itu mempersoalkan, mengapa pembangkang tidak mempersoalkan BRIM1.0, mengapa pula mempersoalkan BRIM2.0?

Manifesto Pakatan hanya janji-janji retorik untuk menipu rakyat. Kini mereka membuat janji lagi, sedangkan menurut mereka manifesto tahun 2008 bukanlah aku janji yang perlu ditunaikan.

Salah satu contoh bahawa Pakatan tidak minat atau mementingkan kesejahteraan rakyat adalah penentuan gaji minima RM1,100 berbanding yang ditentukan Bn RM800 sebulan. Mereka tidak mahu tahu, bahawa walaupun pada gaji minima RM800 sebulan terlalu ramai majikan mengeluh, maka akibatnya ramai daripada mereka mengurangkan jumlah pekerja, kerana itu menimbulkan pengangguran. Bagimana pula akan berlaku pada gaji minima RM1,100? sudah tentu bakal majikan dan bakal pekerja tidak akan terpengaruh dengannya.

Berkaitan dengan perumahan mampu beli, Timbalan Menteri itu menambah, bahawa ianya merupakan idea dan pendekatan kerajaan Bn yang mentah-mentah diciplak oleh pakatan.

Pendek kata, kebanyakan isi manifesto pakatan itu, adalah ciplakan tindakan kerajaan Bn, dan tiada sesuatu yang baru, sementara itu mereka tokok tambah, sehingga tidak lojik secara ekonomi.

Antara contoh dolak dalik pembangkang dalam manifesto itu, dilihat pihak mereka menghentam kerajaan kerana kesesakan jalan, namun dilain pihak mereka menggalakan kenderan memasuki jalanraya dengan penurunan cukai import.

Mereka mengatakan menghapuskan tol, cuba fikir, daripada mereka mendapat wang untuk kos penyelenggaran jalanraya. Kesimpulannya, manifesto pakatan hanya cantik diatas kertas, tapi tiada manafaat kepada rakyat, demikain kata Liew.

26 February 2013

Manifesto PR hanya untuk menipu

Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan pada Isnin bukanlah satu janji yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata satu helah/menipu untuk meraih populariti di kalangan pengundi.

Sebagai contoh  pada pilihan raya umum Mac 2008, parti pembangkang menabur pelbagai janji manis untuk meraih sokongan pengundi, bagaimanapun gagal melaksanakan janji populis itu walaupun berjaya menguasai beberapa negeri. Malah Menteri Besar Selangor pernah mengatakan bulan lalu, manifesto bukan lah janji yang perlu ditunaikan.

Sebaliknya mereka menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan untuk mengota janji itu, dan kini menjelang pilihan raya umum ke-13, sekali lagi gabungan DAP-PKR-PAS menabur janji manis untuk memancing undi.

Menelusuri manifesto pakatan  tidak lebih sekadar menciplak apa yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan BN.

Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keahlian DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Salah satu yang diciplak oleh pakatan daripada program Bn adalah  seperti menyediakan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat sebenarnya telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN sejak tahun 2010, dan kerajaan BN sememangnya sentiasa fokus untuk meningkatkan ekonomi negara serta menjaga kesejahteraan rakyat.

Manifesto pembangkang ini harus dilihat secara menyeluruh, kolektif dan komprehensif, kerana sehingga hari ini, mereka (pembangkang) tidak menyediakan cara-cara untuk melaksanakan janji-janji itu..

Tiada ada isu baru yang dikemukan pakatan melalui manifesto mereka yang dilancarkan hari, yang ada hanya ciplakan dengan pendekatan yang berbeza. Manifesto Pakatan jelas menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuan pembangkang untuk membuat kerja kerana tidak mampu menawarkan kepada rakyat lebih daripada apa yang dilakukan BN.

Pada umumnya apa yang diutarakan pembangkang  kebanyakannya adalah hasil yang dilaksanakan kerajaan dan jika ada yang baharu pun ia sekadar dilihat dari persektif yang sangat kecil.

Isu pendidikan yang dibangkitkan pembangkang seperti memartabatkan bahasa Melayu, menjamin hak bahasa ibunda dan mempertingkat bahasa Inggeris telah lama diperjuangkan kerajaan BN.

Secara keseluruhannya, jika manifesto pembangkang ini, dilaksanakan akan berakibat berantai, ke arah menjahanamkan negara, misalnya melalui kenaikan paras pembayar cukai, penghapusan tol, penghapusan PTPTN, menutup projek yang berdaya maju seperti Lynas dan Rapid, menurunkan cukai kereta import dan banyak lagi.

Pendek kata, darimana pembangkang mendapat sumber untuk pembangunan, membayar gaji kakitangan awam. Apa kah melalui pinjaman luar negara? atau mencetak wang?

Manifesto pembangkang, lebih ke arah menipu rakyat, bukannya mensejahterakan rakyat atau kemajuan negara.

25 February 2013

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.

Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

a. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.

b. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

c. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.

d. Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.

e. Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.

Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.

f. Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

g. Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

h. Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut. Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.

Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.

Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
25 Februari 2013

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels