Showing posts with label MoCS. Show all posts
Showing posts with label MoCS. Show all posts

20 May 2011

Disebalik "Movement of Change Sabah"

Kata orang walaupun nyamuk itu serangga kecil, tetapi amat bahaya. Bisa membawa malaria dan juga denggi.

Pada Rabu lalu sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai agen untuk Movement of Change Sabah aka MoCS telah ditubuhkan.

Penubuhan MoCS sepertimana dakwaan NGO itu adalah untuk menukar kepimpinan negeri, yang kini diketuai oleh Datuk Seri Musa bin Haji Aman.

Musa adalah Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2002-selepas mengambil alih daripada Tan Sri Chong Kah kiat.

Pada PRU-2004- Musa mengetuai BN Negeri dan menang dengan bergaya, kecuali kalah di DUN Kuala Penyu.

Pada PRU-2008, walaupun Musa dengan beraninya mengenepikan beberapa pemimpin besar seperti DSP Salleh Said, TS Pandikar dan Datuk Amir Kahar, namun BN berjaya menang 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen. Adun yang terlepas adalah DUN Sri Tanjong, sementara Parlimen adalah Kota Kinabalu-kedua-duanya kepada DAP.

November 2010, pada PRK Batu Sapi-pertama di Sabah selepas tsunami politik peringkat kebangsaan, BN menang mudah melalui pertandingan tiga penjuru-calon SAPP melalui Datuk Yong Teck Lee, Calon PKR melalui Ansari Abdullah dan PBS melalui Linda Tsen. Linda yang mewakili BN menang dengan pertambahan majoriti yang sangat ketara.

Daripada segi politik, kehebatan Musa Aman, sukar diganggu gugat, apatah lagi sokongan padu daripada Timbalan Pengerusi Umno Negeri DSP Salleh dan juga sokongan yang tidak bebelah bagi daripada Tan Sri Pairin Kitingan-Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Dari segi perekonomian-Sabah untuk pertama kalinya mendapat pendapatan di atas 3 bilion setahun, semuanya berlaku di bawah petadbiran Musa Aman.

Bukan mudah mendapat pendapatan di atas 3b, memandangkan sumber utama Sabah sebelumnya seperti kayu balak, tidak lagi menjadi penyumbang.

Musa Aman mengurus pentadbiran negeri seperti mengurus sebuah syarikat besar, mementingkan keputusan "bottom line"- ertinya mengurus kewangan negeri sangat telus dan teratur, sehingga ketua Audit negara memberikan "Thumb" kepada pengurusan kewangan negeri.

Bagi OKB, disebalik kemunculan MoCS adalah kelemahan Musa Aman mengagihkan kek melalui ilmu politik, sebaliknya cara Musa lebih tertumpu kepada cara korporat.

Jika MA menseimbangkan antara metoda politik dan korporat, OKB yakin dan pasti, kumpulan MoCS yang mengadakan sidang akhbar pada Rabu, tidak akan wujud.

Jangan pandang remeh kudis kecil, mungkin itu punca kanser. Fikir-fikirkan lah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels