Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

4 September 2012

KOTA BELUD kubu kuat BN Sabah

Musa, Najib, Salleh, Rosmah
UMNO lahir di Kota Belud pada tahun 1991 melalui pilihanraya kecil (PRK) Usukan. Calon Umno pada PRK itu adalah Tun Datu Mustapha mantan Presiden USNO yang membubarkan parti tertua Sabah itu bagi memberi peluang kepada Umno mengembangkan sayapnya di Sabah.

PRK tahun 1991 terpaksa diadakan berikutan undang-undang anti-lompat Sabah yang masih berkuatkuasa pada masa itu. Tun Mustapha terpaksa meletakan jawatan sebagai ADUN Usukan yang dimenanginya pada PRU Sabah tahun 1990 kerana menyertai UMNO.

UMNO terpaksa masuk ke Sabah pada tahun 1991 berikutan tikam belakang Parti Bersatu Sabah pimpinan Pairin Kitingan (kini Tan Sri) komponen BN diambang pembuangan undi pada tahun 1990.

Kota Belud dicanang sebagai anak sulung Umno di Sabah berikutan kemenangan Tun Mustapha pada PRK Usukan melawan calon PBS Jap Omar.

Selepas kemasukan Umno di Sabah pada tahun 1991, kerajaan PBS masa itu tergugat, walaupun berlaku penggabungan keraajaan negeri yang disebut PBS plus-yakni antara PBS dan ADUN USNO (ADUN USNO adalah mereka yang menang pada PRU 1990 atas tikit Usno).

Pada PRU-1994, BN yang ditunjangi Umno belum mampu menumbangkan PBS, namun berikutan keluarnya dua ADUN PBS yaitu Datuk Lajim Haji Ukin-Klias dan Datuk Rubin Balang-Kemabong, maka memboleh UBN menubuhkan kerajaan pada tahun 1994, kerana PBS kehilangan majoriti di DUN Sabah.

PBS menyertai semula UBN pada tahun 2002, setahun sebelum Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pada PRU-2004, UBN Sabah hampir menyapu bersih semua kerusi DUN dan Parlimen, kecuali Parlimen Sandakan dan DUN Kuala Penyu.

Pencapaian UBN Sabah terus menyerlah pada PRU-2008, walaupun Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong jatuh ditangan DAP.

Kekuatan UBN di Kawasan Kota Belud semakin kukuh dengan penyertaaan PBS, atas sebab itu semua DUN dan satu Parlimen terus dimenangi dengan mudah pada dua PRU-tahun 2004 dan 2008.

Diatas kertas pada PRU-13 akan datang, Kota Belud akan terus dikuasai UBN, memandangkan tiada isu yang boleh menggugat keupayaan UBN.

Kemampuan UBN Kota Belud sebenarnya hanya tergugat kalau ada pertelingahan dalaman antara kepimpinan UBN, namun kali ini, semua kepimpinan UBN Kota Belud telah bersatu padu di bawah kepimpinan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

Iktibar daripada hubungan antara kepimpinan Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Sabah dengan kepimpinan Pusat, maka penyatuan semua kepimpinan negeri dan seterusnya di peringkat bahagian terus menyerlah.

Kekuatan yang ada melalui kesepakatan dan kerjasama berpasukan semua peringkat kepimpinan di Sabah mengakibatkan Pembangkang semakin gerun, dan sukar menembus sokongan rakyat kepada UBN.

Bukti cukup kukuh pada siri-siri lawatan PM ke Sabah, termasuk pada Ahad di Sandakan dan Kota Beluid. Sambutan luarbiasa kepada Najib menunjukkan bahawa rakyat Sabah tetap yakin dengan kerajaan UBN.

Siri tindakan Pembangkang termasuk menggait kepimpinan BN untuk melompat, nampaknya tidak mempunyai impak keada sokongan rakyat kepada UBN.

9 May 2012

Gagasan 1Malaysia akan kukuhkan lagi perpaduan rakyat, kata Musa

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman percaya gagasan 1Malaysia akan mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat seterusnya mengwujudkan sebuah masyarakat yang prihatin.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa antara elemen penting untuk kemajuan sosio-ekonomi di mana-mana negara adalah keupayaan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Walaupun kita berbeza dari segi latar belakang budaya, etnik dan agama serta berbeza dari segi bahasa namun kita berkongsi cita-cita dan wawasan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena Malam Amal Kebajikan anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah di Magelan Sutera Harbour, di sini, malam Ahad.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr.Yee Moh Chai.

Turut hadir Mayor Bandaraya Datuk Abidin Madingkir, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah Datuk Seri Sari Nuar, Naib Presiden merangkap pengerusi penganjur Datuk Nancy Ho dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Asnimar Sukardi.

Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa peka terhadap pembangunan pendidikan dan agama, termasuk masyarakat Cina di negara ini dan berusaha memberikan yang terbaik untuk memenuhi keperluan rakyat.

Katanya, kerajaan telah menyalurkan hampir RM150 juta kepada sekolah-sekolah persendirian Cina dan sekolah mubaligh serta pertubuhan bukan Islam di negeri ini sejak tahun 2004.

“Sebagai bukti komitmen berterusan, pada tahun lalu kerajaan telah memperuntukkan RM28 juta untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat.

“Ini jelas menggambarkan kerajaan adalah pro-rakyat dan kerajaan yang berorentasikan kebajikan,” katanya.

Musa berkata, Kerajaan Persekutuan juga telah memperkenalkan pelbagai program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah, antaranya Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Selain itu katanya, kerajaan juga sentiasa menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan golongan kurang bernasib baik dan golongan istimewa termasuk warga emas, anak-anak yatim dan ibu tunggal melalui pelbagai inisiatif.

Beliau turut memuji usaha organisasi-organisasi di bawah naungan Gabungan Persatuan Cina Sabah yang telah menjalankan banyak program kebajikan untuk melengkapi usaha kerajaan membantu golongan berkenaan.

“Saya berharap penghargaan terhadap organisasi cemerlang yang menjalankan perkhidmatan kebajikan akan mendorong lebih banyak organisasi lain untuk bersama-sama memupuk masyarakat penyayang termasuk mendekati penduduk kampung di kawasan pedalaman dan luar bandar yang memerlukan bantuan,” katanya.

Musa berterima kasih kepada persatuan itu atas usaha melaksanakan program kebajikan dan pembangunan masyarakat.

“Saya berharap lebih ramai rakyat akan mendapat inspirasi daripada usaha itu dengan menyertai pertubuhan sukarela dan berkhidmat untuk masyarakat,” katanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels