Showing posts with label Touch n Go segelintir pemimpin. Show all posts
Showing posts with label Touch n Go segelintir pemimpin. Show all posts

29 March 2012

Pendekatan "Touch n Go" segelintir pemimpin

MUNGKIN merasa terlalu yakin, maka pendekatan pemimpin tertentu Kerajaan kepada rakyat tidak menjurus mengetahui permasalahan dan menyelesaikan rungutan2 rakyat.

Segelintir pemimpin kerajaan hanya turun padang macam "Touch n Go" bersifat hubungan se arah, yakni dari pemimpin sahaja.

Atas sebab itu, walaupun kawasan tertentu telah dilawati sang pemimpin, namun akar umbi belum memutuskan apa kah mereka akan menyokong calon parti yang akan mempertahankan maruah parti pada PRU-13 akan datang.

Isu2 semasa yang melanda parti mahupun kerajaan saban hari bagaikan arus air bah yang sukar dibendung. Jika pendekatan segelintir pemimpin hanya touch n go, maka dikhuatirkan para pengundi akan termakan isu2 itu dan seterusnya menjadi faktor penolakan kepada kerajaan.

Masalah yang melanda kepimpinan kerajaan kini adalah sindrom terlalu yakin dan merasa sangat selesa, atas sebab itu, mereka senantiasa bersifat "bossy" dan senantiasa mengharapkan sambutan "VVIP".

Sepatutnya pemimpin yang turun padang bertujuan untuk beramah mesra dengan rakyat, namun "Protokol" menghalang itu semua, sehinggakan pemimpin tertentu itu kelihatan sukar didekati, kerana dipagar tembok2 manusia, kaki ampuh.

Tembok yang dibuat oleh manusia2 kaki ampuh ini lah yang membuatkan rakyat muak dan mual. Jika para pemimpin tidak mengatasi keadaan ini, berakibat buruk pada PRU akan datang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels