Showing posts with label Umno Kotabelud. Show all posts
Showing posts with label Umno Kotabelud. Show all posts

20 October 2013

Pemilihan Umno Kota Belud: Ramalan Awal Juga Merupakan Kenyataan

SUDAH kerap kali OKB mengulas berhubung pemilihan Umno Kota Belud. Sejak awal, OKB tidak bersetuju dengan pertandingan bagi tiga jawatan: Ketua-Timbalan dan Naib. OKB bukannya tidak bersetuju dengan pertandingan, akan tetapi, pemimpin yang mahu mempertahankan atau yang mahu bertanding jawatan itu adalah pilihan rakyat. 

OKB berhujah, ahli Umno hanya sebahagian daripada pengundi Kota Belud. Malah OKB membandingkan dengan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahalan yang menang tanpa tanding bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian Tuaran. Alasan OKB, sedangkan pengundi Kota Belud mempunyai keyakinan terhadap Rahman, apakan pula ahli Umno Tuaran.

Datuk Dr Salleh Tun Said yang merupakan ADUN Usukan, Datuk Musbah Jamli ADUN Tempasuk dan Datuk Japlin Akim mantan ADUN Usukan, untuk masa ini adalah pemimpin parti dan Kota Belud yang masih diperlukan khidmat mereka. Belum masanya mengganti kedudukan mereka.

Walaupun pertandingan sudah berlaku, namun kesudahannya, tidak mengubah apa-apa. Pemimpin yang diperlukan tetap menang dan mempertahankan kedudukan masing-masing.

Bagi kedudukan Ketua Bahagian misalnya, undi yang diperoleh Awadnir Matanggal, hanya mencerminkan undi pembangkang dalam parti; ertinya kawasan Kedamian telah mengukuhkan bahawa mereka adalah pembangkang dalam parti, sealiran dengan undi semasa PRU-13 lalu.

Pada pengundian semalam, daripada 1,126 perwakilan, 714 atau 63.41 peratus telah memilih Salleh, manakala Awad memperolehi 376 atau 33.39 peratus. Undi Awad itu, sebenarnya bukan kerana tidak suka kepada Salleh sebagai Ketua bahagian, akan tetapi undi yang diberikan kepada Awad itu, akan mengudi sesiapa sahaja, kerana itulah undi pembangkang dalam parti.

Elok jugalah, Awad bertanding, sekurang-kurangnya kita tahu berapa undi pembangkang dalam parti. It's a Grace to umno.

12 October 2013

Pemilihan Umno Kota Belud: Betapa Tebalnya Aura Salleh

SELEPAS pendaftaran calon-calon pada 21 September bagi menawarkan diri menduduki barisan kepimpinan parti di semua peringkat bagi Umno Kota Belud; dan kini sudah sampai ke garisan penamat bagi sayap wanita, pemuda dan putri, nampaknya aura Calon Ketua Bahagian yang juga penyandang jawatan itu- Datuk Dr Salleh Tun Said, mewarani calon-calon akan bakal menang.

OKB telah beberapa kali melakukan tinjauan, nampaknya, mereka yang "berpihak dan penyokong" Salleh akan menguasai barisan akan bakal menang.

Kemenangan barisan wanita, pemuda dan puteri, yang dikatakan sepasukan dengan Speaker DUN Sabah itu, akan memudahkan beliau mempertahankan Jawatan Ketua Bahagian.

Selepas tiga minggu berkempen, nampaknya kemenangan Salleh hanya menunggu untuk disahkan, manakala pengudian pada 19 Oktober ini hanya merupakan formaliti.

Namun, apa yang menarik untuk dilihat, berapa undi yang bakal diperolehi oleh pencabar terdekat beliau- Awadnir Matanggal? Kerana melalui undi itu, menunjukkan peratusan undi protes kepada kepimpinan beliau.

Dalam sistem demokrasi, apa lagi dalam satu-satu pertandingan, adalah mustahil mendapat undi 100 peratus, namun undi majoriti adalah memadai.

Kemenangan besar Salleh, bukan sahaja disumbangkan oleh ketokohan beliau, akan tetapi penyatuan dengan Musbah yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, adalah faktor yang menyumbangkan jumlah undi yang bakal diperolehi beliau nanti.

Keberadaan dalam satu pasukan antara Salleh dan Musbah akan mendorong parti bergerak serentak terutama bagi berdepan dengan PRU-14 akan datang.

OKB mengucapkan TAHNIAH.

28 September 2013

Ketua Bahagian Umno Kota Belud ditandingi: Apa Muslihat Sebenarnya?

OKB tidak dapat membaca daripada sudut mana Ketua Bahagian Umno Kota Belud ditandingi? Penyandang jawatan Ketua Bahagian adalah Datuk Dr Salleh Tun Said, selain boleh disifatkan sebagai mewakili golongan muda, kerana usia beliau (56 tahun) masih belum masuk umur pencen; selain itu, kedudukan beliau sebagai ADUN Usukan kerana menang pada PRU-13 lalu dan jawatan lain seperti Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah dan juga Spkear Dewan Undangan Negeri Sabah.

Daripada faktor-faktor di atas, sudah jelas, bahawa Salleh masih lagi dalam lingkaran proses transformasi parti; di mana perubahan perlu berlaku dalam parti, iaitu memberi peluang kepada generasi muda membarisi kepimpinan parti.

Kalau iapun, mahukan kepemimpinan mahu digantikan, seseorang calon yang berdepan dengan beliau sekurang-kurangnya boleh menjadi pemimpin alternatif. Ertinya calon itu mempunyai kelebihan yang lebih menonjol, yang mana faktor itu boleh menambah baik perjalanan parti.

Kita ketahui, bahawa Salleh berdepan dengan mantan Timbalan Ketua Bahagian Kota Belud- Awadnir Mantanggal, dan seorang lagi yang tidak ternama.

OKB bukan memperendah mantan Timbalan Ketua Bahagian itu, namun OKB perlu melihat kepada fakta. Kelebihan Awad, hanya mungkin kepada kesetiaanya kepada parti, atas sebab sebagai mantan pemimpin Usno dan telah bersama-sama parti sejak parti bertapak di Sabah pada tahun 1991.

Namun daripada segi pencapaian, tiada trek rekod yang boleh kita tulis dan analisa yang boleh dikaut daripada beliau untuk tujuan penambahbaikan parti. Apatah lagi, parti kini mahu melaksanakan proses transformasi parti; di mana pemimpin yang dianggap sebagai transformer boleh menjadi katalis kepada game changer dalam parti; agar parti kekal relevan sepanjang masa.

Sebenarnya Awadnir gagal membaca erti transformasi parti, dan beliau juga gagal membaca mesej yang disampaikan oleh pengundi Kota Belud pada pilihanraya lalu; selain itu beliau juga gagal mengerti mesej dan tindakan ADUN Tempasuk Datuk Musbah Jamli, yang bertanding Timbalan Ketua Bahagian.

Sekiranya beliau "alert" dengan mesej-mesej yang dipaparkan, sudah tentu beliau tidak akan melakukan tindakan KAMIKAZE bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Apa kah yang menyebabkan Awad bertindak tanpa perhitungan itu? Sedangkan beliau dilihat bukan boleh menjadi sebagai faktor transformasi dalam parti, apatah lagi sebagai game changer. Beliau bukan transformer parti, melainkan sebagai ahli parti yang setia, sama seperti ahli parti yang lain.

Apa kah Awad mengalami kekecewaan yang amat berat, kerana jawatannya ditandingi? atau kah sesuai dengan cakap-cakap luaran, ada DALANG atas tindakan beliau itu?

Sehingga penghujung tulisan ini, OKB belum mendapat jawapan pasti, disebalik tindakan Awadnir itu?

12 September 2013

Bahang Pemilihan Bahagian Umno Kota Belud

MEMANG parti mahu melaksanakan TRANSFORMASI. Dalam takrifan banyak ahli, TRANSFORMASI yang dimaksudkan adalah mengantikan pemimpin lama dengan yang baru, ertinya menggantikan pemimpin yang berumur dengan yang lebih muda. Mengganti pemimpin yang kurang pendidikan dengan yang berpendidikan. Menggantikan pemimpin yang kurang berdaya maju dengan pemimpin yang mempunyai wawasan. Menggantikan pemimpin yang hanya membawa HARAPAN, kepada pemimpin yang MAMPU mengwujudkan KENYATAAN. Setidak-tidaknya inilah PENGERTIAN ahli akar UMBI berkaitan dengan TRANSFORMASI yang ingin diwujudkan dalam parti, agar supaya parti terus kekal dan RELEVAN.

NAMUN, adalah juga MENGERTIKAN TRANSFORMASI dalam parti, melalui PERUBAHAN sistem pemilihan melalui pemansuhan KUOTA, bahawa setiap AHLI parti, dengan SESUKA HATI, boleh bertanding sebarang JAWATAN dalam pemilihan PARTI asalkan SESEORANG itu LAYAK berbuat demikian.

Individu yang bertanding itu, TIDAK mengambilkira PENGERTIAN transformasi itu sendiri, malah LEBIH cenderung kepada TUJUAN pribadi.

TELAH menjadi rahsia UMUM bahawa JAWATAN dalam parti boleh MENJADI sebagai BATU LONCATAN untuk mencapai HASRAT pribadi. Atas sebab itu, ADA niat untuk menduduk JAWATAN dalam parti melalui berbagai cara, malah yang cukup DIKESALKAN ada INDIVIDU yang MAHU membeli kedudukan itu.

Di BAHAGIAN UMNO Kota belud, sejak akhir-akhir ini WUJUD para individu yang MAHU menawarkan BERTANDING jawatan dalam pemilihan PARTI 19 Oktober ini, sebenarnya TIADA perjuangan SEBELUM INI, namun KERANA mereka merasakan MEMPUNYAI kekuatan daripada SEGI kewangan, maka MEREKA terfikir untuk MEMBELI kuasa DENGAN masuk bertanding bagi MEREBUT salah satu JAWATAN dalam Bahagian.

Kedudukan SESEORANG  dalam mana-mana segmen Parti, baik daripada PERINGKAT cawangan, mahupun BAHAGIAN sebenarnya mempunyai NILAI tertentu, atas SEBAB partilah yang membetuk KERAJAAN. Di negara ini, parti adalah yang MEMBETUK kerajaan, atas sebab itu, kedudukan dalam parti SUNGGUH besar nilainya.

DENGAN pemahanan DEMIKIAN, maka individu yang BERTANDING sanggup mengeluarkan ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan jawatan, malah dalam KES UMNO., pernah berlaku SESEORANG yang merebut JAWATAN ketua bahagian pernah membelanjakan RM6 juta, sehingga SESEORANG itu mendapat jolokan SIX MILLION DOLLAR MAN.

Malah, dalam pemilihan Peringkat CAWANGAN juga di Bahagian Kota Belud, SESEORANG calon yang bertanding itu, dikhabarkan menghabiskan wang lebih RM100 ribu, namun tetap tewas dalam perebutan Ketua Cawangan.

Dikhabarkan, pada PEMILIHAN  Umno bahagian pada kali ini, ADA seseorang ahli INGIN bertanding JAWATAN, KERANA menghandalkan KEKUATAN KEWANGANNYA, hasil daripada PROJEK-PROJEK yang diperolehinya baik melalui KERAJAAN NEGERI mahupun KERAJAAN Persekutuan, terutama daripada KEMENTERIAN KKLW.

Pada SUATU masa yang lalu, individu itu PERNAH menyatakan, BAHAWA pemenang JAWATAN bahagian, akan tergantung KEPADA kekuatan KEWANGAN seseorang calon. Untuk itu, BELIAU sangat yakin, akan MENANG JAWATAN yang ditandinginya.

Selain itu, ada juga INDIVIDU yang mahu masuk GELANGGANG pertandingan ATAS sebab ALASAN pribadi, kerana TIDAK mendapat KEINGINAN kerana menyokong SESEORANG PEMIMPIN. Inilah KES yang berlaku, ke atas  SAUDARA ROSMIN KASAN yang mahu BERTANDING JAWATAN KETUA BAHAGIAN.

ROSMIN, menurut SEORANG kawan, TELAH bersumpah dengan nama ALLAH, akan terus BERTANDING Ketua Bahagian, selagi PENYANDANG jawatan itu, DATUK DR SALLEH TUN SAID mempertahankan JAWATANNYA.

MASUKnya ROSMIN bertanding JAWATAN KETUA BAHAGIAN, bukan memenuhi SEMANGAT TRANSFORMASI dalam parti, melainkan AGENDA pribadi.

TIDAK salah, sesiapa sahaja AHLI boleh masuk BERTANDING asalkan memenuhi SYARAT, namun KENALAH difikirkan, BAHAWA TINDAKAN itu apakah MENCERIMINKAN kehendak TRANSFORMASI dalam parti?

TINDAKAN ROSMIN, bertanding JAWATAN Ketua Bahagian, KONONNYA, ramai PEMIMPIN besar pernah KALAH OLEH seseorang yang TIDAK  bernama, SEPERTIMANA berlaku ke atas, Datuk Harris Salleh semasa PILIHANRAYA SABAH TAHUN 1985. Demikian juga, KEKALAHAN DATUK ALI RUSTAM DI PARLIMEN BUKIT KATIL PADA PRU-13 LALU.

Memang BERLAKU, kejutan pada SEBARANG pertandingan berasakan DEMOKRASI, tetapi KEJUTAN-KEJUTAN itu, jarang-jarang BERLAKU.

CALON-CALON yang BAKAL bertanding akan DIKETAHUI pada 21 September ini. APAKAH Rosmin akan MASUK bertanding? akan diketahui PADA HARI ITU.

Namun, bagi OKB, BUKAN faktor ROSMIN yang BAKAL menyemarakan PERTANDINGAN ITU, akan TETAPI akan BERLAKU KEJUTAN  di mana SEORANG PEMIMPIN akan masuk GELANGANG pertandingan MEREBUT jawatan KETUA BAHAGIAN. Jika itu yang berlaku, maka SUHU pertandingan itu akan menjadi PANAS.

OKB, berpendapat, SEBAGAI penyandang KETUA BAHAGIAN Datuk Dr Salleh mempunyai STRATEGINYA yang tertentu untuk mengekalkan JAWATAN, namun, yang JELAS jika PERTANDINGAN BERLAKU BERBAGAI PENJURU BAGI jawatan KETUA BAHAGIAN, perhatian akan TERTUMPU kepada Datuk salleh dan Pemimpin itu. SAMA-SAMA KITA TUNGGU apa yang bakal terjadi pada 19 Oktober.


12 July 2010

Tidak Semua Guna Bom W Menang G7 Persidangan Umno KB

Ada berberapa orang calon yang biasa bertanding di masa lalu dan selalunya menang kerana menggunakan bom W. Kali ini calon-calon tertentu itu kalah teruk.

Semalam 7 calon dipilih yang lebih dikenali dengan G7. Dalam senerai yang menang itu, seperti biasa didahului oleh Serin Sudah dan Ruslan Duraman.

Kali ini ada beberapa orang yang "bersih" telah menang, namun majoriti calon yang tidak menggunakan apa-apa bom, termasuk YDP Perkasa Sabah,Musli Oli tidak berjaya melepasi urutan 1 hingga 7.

Tetapi OKB agak terkilan kerana dalam ucapan perasmian, Ketua Bahagian Datuk Salleh mahukan agar para pemimpin Umno Bahagian yang perlu diketengahkan adalah mereka yang berketrampilan dan berlimu, agar mudah bagi pemimpin itu melakukan penerangan serta mengayom akar umbi supaya terus mencintai dan meminati Umno.

Rupanya seruan tersebut belum lagi diterima oleh para perwakilan. Mungkin penyebabnya adalah mereka-mereka yang bertanding, terlalu sukar mencari mereka yang memenuhi kretiria sepertimana seruan ketua bahagian itu.

Persidangan akan datang,mungkin seruan itu akan dipertimbangkan bagi memilih wakil-wakil bahagian Umno bahagian.

Sama-sama kita tunggu.

9 July 2010

Kalau Mahu Menang G7 Kena Guna BOM W

16 Calon berentap untuk dipilih mewakili Bahagian Umno Kota Belud ke perhumpunan Parti Oktober ini di Kuala Lumpur. Daripada 16 calon tersebut hanya 7 orang calon yang dipilih, atas sebab itu dipanggil G7 atau group tujuh.

Nama-nama seperti Musli Olie yang mendapat perhatian daripada para perwakilan mahupun bloger Kota Belud,kerana kononnya YDP Perkasa Sabah tersebut mendapat restu daripada Datuk Musa Aman, Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh Sendiri selaku Ketua Bahagian.

Dalam pertemuan singkat semalam Musli mengakui bahawa walaupun namanya dikaitkan dengan 3 pemimpin hebat itu, namun peluangnya untuk dipilih adalah tipis,kerana dia tidak menggunakan kaedah BOM W sepertimana dilakukan oleh calon-calon lain.

Ada beberapa calon yang mendapat projek kerajaan persekutuan dan bertanding kali ini, telah mempergunakan kaedah BOM W hanya semata-mata untuk menang. Telah dikenal pasti seramai 5 calon menggunakan BOM W, dan biasanya siapa-siapa yang menggunakan BOM, akan selalunya terpilih.

Penggunaan BOM W untuk menang adalah perbuatan keji dan sangat tidak adil. Impak kepada cara ini adalah merugikan parti dan menjahanamkan parti. Mereka-mereka yang menggunakan BOM ini adalah semata-mata untuk kepentingan pribadi, bukan kepentingan parti.

Seharusnya perwakilan perlu menolak semua calon-calon yang membeli kuasa dan nama ini.

7 July 2010

Setiap Yang Masuk Restoran Disangka Calon G7

LUCU sekali. Setiap yang masuk disangka calon G7. Mata akan tertumpu pada yang menghulur tangan untuk bersalaman. Seminggu lalu fenomena ini belum berlaku. Mungkin juga tanggal 11 Julai hanya 4 hari lagi.

Restoran-restoran di Kota Belud mula dipenuhi perwakilan mahupun bukan, tujuan hanya untuk berjumpa mereka yang mendaftar diri merebut G7 pada persidangan Umno Bahagian pada 11 julai ini.

Borak-borak di restoran, kononnya "penyu jantan" yang bertanding, kerana itu tidak akan bertelur. Pilihan para perwakilan kini, hanya pada mereka yang berbudi perkerti dan boleh disandarkan harapan.

OKB sendiripun tidak mengikuti sangat pertandingan G7 kali ini, kerana yang bertanding itu itu juga.

OKB mengharapkan semoga melalui pertandingan ini akan mencorakkan parti di peringkat bahagian.Itu sahaja. OKB mengucapkan selamat bersidang. Tahniah kepada Ketua Bahagian,kerana suasana parti terkawal.

6 July 2010

Katanya UMNO Mahu Juara Rakyat

16 orang mendaftar diri untuk dipilih sebagai G7 mewakili Umno Bahagian Kota Belud pada mesyuarat Agong yang diadakan pada bulan Oktober ini di Kuala Lumpur.

Persidangan Umno bahagian akan diadakan pada 11 Julai 2010, menurut setiaausaha bahagian Encik Adlan Lunoh, dalam balasan teleponnya kepada OKB semalam.

Mereka yang merebut untuk dipilih adalah mereka-mereka yang biasa mendaftar untuk bertanding.

Entah apa yang berlaku, persidangan Umno bahagian kali ini tidak menjadi perbualan di kedai-kedai kopi. Seorang ketua cawangan semasa berborak-borak semalam di sebuah restoran di Pekan KB, apabila OKB tanya bila mesyuarat bahagian akan diadakan, dengan gaya terpingah-pingah menjawab mungkin 17 Julai 2010. Apabila OKB katakan bahawa menurut setiausaha bahagian, mesyuarat itu diadakan bukan 17 Julai tetapi 11 Julai, ketua cawangan itu menjawab dengan nada bersahaja "mungkin barangkali".

Pengalaman OKB, biasanya 2 minggu sebelum sesuatu mesyuarat parti diadakan, kedai-kedai kopi penuh sesak dengan perwakilan ataupun mereka-mereka yang bertanding jawatan, namun kali ini keadaan itu tidak berlaku lagi.

Apa kah yang telah berlaku? mungkin kah ini petanda Umno itu telah jadi Juara Rakyat? sehingga musim huha huha tidak diperlukan lagi untuk meniupkan semangat?

Rupanya apabila parti telah menjadi Juara Rakyat, maka musim huha huha tidak diperlukan lagi, sebaliknya mengamal rasmi ubi, semakin tua semakin berisi, ikut rasmi padi, semakin matang semakin menunduk, bukan ikut rasmi jagung, semakin tua semakin meneggak.

Jika sebelum ini adalah mudah bagi setiap yang mendaftar untuk bertanding menghukurkan tangan untuk bersalaman, kali ini budaya itu "lenyap", seolah-olah tiada yang berlaku. Satu perubahan yang berlaku bagi Umno Bahagian Kota Belud. Apa kah ini yang dinamakan transformasi luaran parti? agar parti dihormati dan diterima oleh rakyat sekaligus Juara rakyat?

4 July 2010

UMNO Kota Belud Bersidang Lagi-Kali Ini Tanpa Pemilihan

Buka sahaja Facebook, seorang rakan FB "wartawan" "merangkap juru gambar" Datuk Japlin Akim ADUN Usukan Kota Belud pasti menyiarkan foto-foto terutama aktiviti Japlin Akim.

Foto-foto mereka yang bertanding G7 tidak ketinggalan di TAG. Namun, muka-muka itu juga yang kita nampak menceriakan pemilihan UMNO bahagian Kota Belud. Jika 2 tahun lalu nama Saidatul Badru menjadi bualan para ahli, namun pada pemilihan kali ini tiada seorang calonpun jadi perhatian khusus.

Ahad lalu adalah persidangan pemuda. Persidangan itu mendapat gambaran negatif baik daripada pengamat politik daerah mahupun mantan-mantan pemimpin pemuda. Isunya adalah sambutan pemuda kepada persidangan itu cukup lesu.

Persidangan-persidangan UMNO bahagian samaada pemuda,wanita atau induk, biasanya menjadi huha huha, namun kali ini cukup sepi. Kesepian ini disebabkan tahun ini tiada pemilihan, kecuali wakil 2 Pemuda dan G7 induk.

Wakil 2 pemuda telahpun dipilih daripada 2 orang yang paling aktif merai atau menggunakan pulus sebelum pertandingan itu. Acara gabi adalah perkara biasa. Acara sarung surat adalah perkara biasa. Dikhabarkan 2 orang yang paling aktif menggunakan kaedah ini telahpun menang dengan bergaya.

Pada persidangan Bahagian kali ini akan menyaksikan orang-orang itu juga menampilkan diri untuk dipilih bagi mewakili bahagian. Apakah pemilihan kali ini, akan memberi peluang kepada Tung Fah untuk menang, yang kononnya Bahagian Kota Belud mahu kedepan dalam konsep 1Malaysia.

Umno Kota Belud jika ingin ke depan, perlu merubah semuanya. Beri peluang kepada sukarelawan politik yang tidak mengejar apa-apa. Jika mereka ini yang dipilih, pasti Umno Kota Belud lebih berdaya maju. Mereka-mereka ini tidak akan tampil, kerana tidak mampu mengikuti politik kedai kopi yang bersuasana "banyak bercakap" daripada bekerja.

Apabila kita selidiki, sejak tahun 1990, Umno Kota Belud diterajui oleh mereka-mereka yang pintar-pintar berpidato, kerana itu keupayaan UMNO bahagian ini, sukar berkembang. Sandaran tidak boleh diberikan kepada "primadona" bahagian, kerana berparti memerlukan komitmen berpasukan.

Lihat sahaja Pasukan Bolasepak Piala Dunia, Pasukan-pasukan yang dipenuhi "primadona" terpaksa "Picking" awal, kerana kalah, namun yang berpasukan masih bertahan.

Jika Umno Bahagian mahu tetap dihati rakyat, berkerja berpasukanlah. Kerja berpasukkan sudah tentu tergantung kepada persefahaman dalam pasukan, ertinya kelibat masing-masing saling membantu, bukannya "yes man aja".

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels