Showing posts with label Warga Kota Belud meyambut Safie Apdal. Show all posts
Showing posts with label Warga Kota Belud meyambut Safie Apdal. Show all posts

13 October 2010

Sambutan kepada Saifie Apdal: Tabik kepada penganjur

Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan sesuatu majlis adalah terletak kepada penganjuran. Dalam ini anggota penganjur.

Apabila penganjur benar-benar menjalankan tugasnya sebagai penganjur, apapun majlis yang diadakan pasti ramai yang datang.

Majlis kenduri misalnya, jika penganjur kenduri itu melaksanakan jemputan yang bertubi-tubi kepada sesiapa sahaja, pasti, kehadiran akan ramai.

Majlis Hariraya anjuran PKMM cawangan Sabah yang diketuai oleh Awadnir Matanggal, menganjurkankan majlis Hariraya pada 10-10-2010 di kg Botung Kota Belud dengan tetamu kehormat Menteri Pembangunan Luarbandar dan Wilayah, Datuk Safie Apdal.

Seperti gambaran penulis blog Sekaliketok.blogspot.com bahawa kehadiran orang ramai cukup banyak serta sambutan terhadap tetamu kehormat diiringi oleh para penunggang motosikal seramai 130 orang bermula daripada Pekan Kota Belud, sementara di kg Botung, Safie menaiki pickup terbuka yang dihisai tradisi Bajau dan didahului oleh para penunggang kuda sama dan iranun; menggambarkan bahawa penganjur telah berjaya. Sybas kepada Awadnir!.

Majlis Hariraya adalah acara makan-makan. Selain itu kehadiran tidak menghampakan, selain dapat menjamu selera, wang minyak ditanggung beres.

OKB tidak sempat hadir, disebabkan demam yang teruk. Tiada sekatan daripada sesiapa untuk tidak hadir. Mungkin OKB bukanlah pemimpin, hanya ahli UMNO biasa, dan mantan penyaja UMNO tahun 1990!.

Sebelum majlis itu, OKB sempat berjumpa TSP, SSK dan Musbah Jamli. Ketiga-tiga pemimpin ini tidakpun berbicara mengenai majlis tersebut, apatak lagi menghalangnya. TSP pada masa yang sama menyempuranakan hari pertungan anaknya, sementara SSK telah mengesahkan kehadirannya pada majlis TSP itu, lebih awal daripada majlis di kg Botung itu. Demikian juga Musbah Jamli, ada program terawal yang dia telah komited lebih awal daripada majlis itu.

Menuduh para pemimpin Kota Belud mensabotaj majlis itu, kalau lah benar, sudah tentu kehadiaran orang ramai tidak lah sepertimana gambaran para penulis blog Kota Belud.

Yang jelas tiada sabotaj! yang benar adalah majlis itu dianjurkan secara tergesa-gesa, oleh orang-orang tertentu termasuk Awadnir; atas sebab itu para pemimpin Umno daerah tidak dapat meluangkan masa disebabkan telah komited dengan program lain. Peribahasa "Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh" sebenarnya tidak tepat!

Kehadiran tidak menggambarkan sokongan! OKB rasa ramai yang setuju dengan ayat ini.

Gambaran bloger sekaliketok bahawa Safie Apdal disambut luarbiasa oleh akar umbi Kota Belud, menunjukkan bahawa para pemimpin Kota Belud khasnya tidak mensabotaj majlis itu.Fikir-fikirkan lah

3 October 2010

Majlis bersama rakyat di Kota Belud: Penjelasan daripada bloger Konspirasi politik Melayu

"Salah seorang AJK Bahagian mencadangkan kepada ketua UMNO bahagian mengenai cadangan menjemput Naib Presiden UMNO untuk berhari raya di Kota belud. Tetapi saya dimaklumkan Ketua UMNO tidak bersetuju. Maka cadangan itu dikemukakan kepada timbalan ketua UMNO Kota Belud, Sdra Awadnir Matanggal."

"Awadnir bersetuju tetapi sebagai menghormati ketuanya, majlis tidak dianjur UMNO bahagian. Secara kebetulan Awadnir adalah Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Sabah (PKMM), maka persatuan itu dipilih sebagai penganjur majlis berkenaan."

"Untuk mempastikan majlis itu berjalan dengan lancar, Awadnir meminta bantuan beberapa individu termasuk saya dan beberapa orang lagi. Semuanya dengan niat menjadikan majlis itu berjaya.Ayat-ayat daripada bloger KB itu DISINI

"Dalam soal ini tidak timbul soal politik kerana majlis semata-mata majlis untuk mengeratkan silaturrahim antara pemimpin tertinggi parti UMNO dan rakyat Kota Belud."

Penjelasan daripada Bloger Konspirasi Politik melayu tersebut, terutama ayat-ayat yang mengatas namakah SEORANG AJK bahagian UMNO, menggambarkan ada sesuatu yang berlaku dalam percaturan politik SABAH secara keseluruhan.

Datuk Safie Apdal adalah Naib Presiden UMNO Malaysia, di mana jawatan tersebut diperolehinya sudah tentu kerana sokongan padu daripada UMNO Sabah, yang mempunyai perwakilan kedua terbanyak setelah negeri Perak.

Jika benarlah ayat yang ditulis oleh bloger yang menjelaskan duduk perkaranya majlis tersebut, maka rakyat biasa seperti OKB sudah tentu mempunyai handaian, bahawa hubungan antara individu pemimpin UMNO negeri ini tidaklah semulus sepertimana digambarkan sebelum ini.

Kononnya tahun lepas Datuk Safie Apdal menerima jemputan berbuka puasa anjuran USBO, namun tahun ini tidak satupun jemputan dikemukakan kepada Menteri Pembangunan dan Wilayah Persekutuan itu; baik anjuran USBO mahupun UMNO di peringkat Daerah Kota Belud.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Apakah hubungan antara Safie Apdal dengan kempimpinan USBO retak? atau kah hubungan antara Safie dengan pemimpin UMNO negeri retak?

Sebarang kejadian mesti ada aksi dan reaksinya. Seperti kata bloger Konspirasi Politik melayu, sekali air bah sekali pantai berubah.

Terbuktilah dalam politik, tiada kawan selama-lamanya, tiada lawan selama-lamanya. Dalam Politik semuanya berlaku.

Dalam politik agar kesatuan senantiasa berlaku dan berjalan, maka skrip persetujuan awal senantiasa dipatuhi. Jika skrip politik yang telah domohorkan diabaikan, maka kejadian sepertimana penjelasan bloger tersebut akan berlaku.

Jika lah benar, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud menolaknya, sudah tentu, ada pertimbangan lain samada pertimbangan politik atau pertimbangan lain.

Kononnya Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, mengajurkan majlis tersebut bukan atas kapasitinya sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno, sebaliknya sebagai YDP PKMM, tetapi seperti kata bloger yang membuat penjelasan mengenai majlis itu, semua pemimpin UMNO baik diperingkat Bahagian malahan di peringkat negeri termasuk Pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman telah diedarkan jemputan khas.

Di sebabkan pengajurnya atas nama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Sabah, namanya juga kontraktor, ertinya sesiapa sahaja merasakan dirinya kontraktor dan terdaftar sebagai ahli perlulah dijemput. Majlis tersebut sepatutnya Majlis silaturahim antara Para Kontarktor Melayu dengan Datuk Safie Apdal, kerana umum mengetahui, bahawa bajet yang ada di kementerian Safie menjangkau 6bilion untuk diagih-agihkan kepada semua kontraktor.

Bagi OKB sekali lagi mengulangi, tidak salah mengajurkan Majlis seumpama itu, akan tetapi biarlah berpadah-padah, jangan ianya menjadi punca kecurigaan.

Nota: OKB terpanggil menulis mengenai Majlis tersebut kerana Satu Sms yang dipanjangkan kepada OKB yang Berbunyi"Seluruh warga Kota Belid dengan hormatnya menjemput.......memeriahkan Majlis Hari Raya Pemimpin bersama RAKYAT"

1 October 2010

"warga Kota Belud" menyambut ketibaan Datuk Safie Apdal?

 Bertajuk majlis hariraya pemimpin bersama rakyat pada 10 Oktober 2010 di Kg. Botung, Kota Belud dengan tetamu kehormat Datuk Safie Apdal Menteri Luar Bandar dan wilayah.

Pengajur mengatas namakan warga Kota Belud, kerana kononnya majlis tersebut adalah anjuran warga Kota Belud.

Dengan melihat tajuk majlis tersebut, maka warga Kota belud mengitiraf Safie Apdal adalah satu-satunya pemimpin yang dikatakan pemimpin.

Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh, Datuk Musbah, Datuk Japlin dan Datuk Rahman adalah pemimpin Kota Belud, pada hakikatnya, namun “warga Kota Belud” tidak menjadikan mereka itu tetamu kehormat, kerana mereka bukan dikategorikan sebagai “pemimpin” bagi pengajur majlis pada hari itu.

Majlis itu kononnya diajur oleh beberapa individu dan juga kononnya mendapat sokongan padu daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Sabah yang diketuai oleh Timbalan Umno Bahagian, Tuan Haji Awadnir Matanggal.

Semalam salah seorang ahli PKMM memberitahu OKB, bahawa pengajur akan mempersiapkan 5,000 makanan tapau kerana mereka menganggarkan bahawa majlis tersebut akan dihadiri oleh 5,000 warga Kota belud. Penduduk Kota Belud dianggarkan berjumlah 86,000 orang. Ini bermakna 6% penduduk Kota Belud akan menghadiri majlis tersebut.

Sempena menyambut 1 Syawal, Umno Bahagian Kota Belud telahpun mengajurkan majlis hariraya bersama rakyat, Tan Sri Pandikar telahpun mengadakan rumah terbukanya di Kg asalnya, Datuk Salleh juga telahpun mengadakan rumah terbuka, demikian juga Datuk Rahman Dahlan. Bagi Datuk Musbah, wakil rakyat Tempasuk tersebut berada di rumahnya di Taungusi, Kota Belud selama seminggu bagi menyambut para pengundinya.

Malangnya sambutan 1 Syawal bagi pengajur majlis hariraya bersama pemimpin belum cukup, atas sebab itu mereka mengajurkan majlis tersebut bersama tetamu mereka Datuk Safie Apdal yang terkenal kerana keberaniannya membagi-bagi projek kepada para penyokong tegarnya.

Seorang pemimpin yang mempunyai keberanian untuk mengagih-agihkan projek perlu ditonjolkan, kerana sesiapapun akan menyanjung pemimpin seperti itu.

Adalah diharapkan selepas majlis tersebut, Datuk Safie Apdal dapat melihat kekurangan kemudahan asas bagi kawasan Kota Belud, dan semoga menteri wilayah persekutuan tersebut dapat mengalokasikan badjet bagi mengatasinya; terutama kemudahan air bersih, jalan-jalan masuk kampung dan sebagainya.

Bagi OKB, tidak salah mengajurkan majlis Hariraya selepas bulan Syawal bagi mereka yang berkemampuan mengajurnya dan mempunyai jalinan dengan orang tertentu untuk maghadirinya. Namun maksud tersirat daripada pengajuran tersebut. Apa kah melalui pengajuran dengan tajuk yang diedarkan, maka warga Kota Belud tidak lagi mengiktiraf 5 pemimpin yang disebutkan diatas sebagai pemimpin?

Alangkah eloknaya jika Majlis tersebut bertajuk "Majlis Hariraya" Rakyat bersama pemimpin Kota Belud dan tetamu kehormat mereka" selain menarik juga mempunyai makna yang mendalam daripada segi politik dan jalinan sosial. Fikir-fikirkan lah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels