Showing posts with label Kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label Kepimpinan. Show all posts

12 April 2014

SIAPA PENYUMBANG KEPADA KETIDAKSTABILAN POLITIK DAN EKONOMI

Dalam sesebuah masyarakat terdapat sekumpulan manusia yang mempunyai citarasa dan impian tersendiri. Untuk membina satu institusi keluarga, seseorang lelaki akan mencari pasangannya dan akhirnya berkongsi untuk membentuk keluarga dengan lahirnya anak-anak. Selalunya lelaki atau suami akan menjadi ketua keluarga. Proses ini tidak memerlukan undian. Ketua Keluarga bertangungjawab dalam hal ehwal keluarganya.

Bagi sesebuah masyarakat yang terdiri dari sekumpulan manusia, proses untuk mencari ketua akan berlangsung sama ada secara lantikan diri sendiri atau dipilih menerusi proses pemilihan. Ketua ini juga akan bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakatnya. Begitulah proses selanjutnya dalam mencari ketua kampong dan akhirnya menjadi Wakil Rakyat sesebuah kawasan sebagaimana yang kita praktikkan hari ini. Wakil Rakyat ini, bukanlah dari kalangan ketua kampong tetapi mereka yang berkelayakan dan berkemampuan untuk memimpin dan menjaga kebajikan rakyatnya.

Tugas utama sebagai wakil rakyat adalah menyatupadukan rakyat, memimpin, menjaga kebajikan, memberi peluang pendidikan dan memastikan keperluan asas mereka terlaksana ,di samping mencari sumber untuk menampung ekonomi dan membuka peluang pekerjaan.

Kenapa berlakunya krisis kepimpinan ?.... perkara ini berlaku kerana ketua selalu membelakangkan rakyat, tidak mahu bertanya kepada rakyat, tidak mahu ambil tahu masalah rakyat. Akhirnya ketua ini tidak diperlukan. Maka ketua baru akan dilantik. Selalunya ketua yang lalu, masih mahu menjadi ketua tetapi tidak mendapat sokongan majoriti, lalu dia mencipta pelbagai kontroversi dengan mengumpul penyokongnya yang kecil untuk membuat kacau. 

Apabila ketua tidak lagi mahu mengambil tahu masalah rakyat, maka rakyat akan menghadapi pelbagai masalah dalaman. Sumber tidak berkembang, punca ekonomi hilang dan akhirnya rakyat sengsara.

Pendek kata......... konklusinya.... faktor utama ke arah menyumbang ketidakstabilan politik dan ekonomi adalah pemimpin itu sendiri. Dalam hal ini, semua pemimpin khususnya dalam BN perlu bertanggungjawab. Sesungguhnya kekeliruan berlaku di kalangan rakyat. Kebangkitan rakyat dilihat pada PRU12 dan PRU13 lalu kerana rakyat tidak mahukan kepimpinan yang ada. Sebab itu ramai yang kalah.

Namun tidak pula dinafikan, bahawa propaganda yang dibuat oleh bekas ketua seperti Anwar juga adalah faktor menyebabkan rakyat keliru. Faktor Anwar menambah perit kepada situasi yang ada. Anwar seperti minyak yang dicurah ke api. 

Oleh itu kepimpinan BN harus peka, buka mata dan telinga dan terus mencari sumber bagi menjaga kebajikan rakyat. Segelintir pemimpin BN juga adalah pencetus kepada ketidakstabilan politik dan ekonomi negara. TIDAK MALU BERCAKARAN SESAMA SENDIRI.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels