|
Jamalul Kiram III |
PUNCA sebenar daripada krisis pencerobohan Lahad Datu adalah hasutan daripada pihak tertentu yang berpunca daripada terkeluarnya MNLF pimpinan Nur Misuari daripada perjanjian antara kerajaan Filipina dengan MILF pimpinan Jen, Murad Ibrahim pada 29 Otober 2012.
Selain itu, janji pembangkang yang memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka mengalahkan kerajaan Bn dan menguasai Putrajaya, mendorong kepada isu tuntutan ke atas Sabah.
Ironinya, individu yang menuntut Sabah yakni Jamalul Kiram III, meskipun waris kepada Sultan Sulu, namun bukanlah pewaris yang layak, kerana beliau tidak termasuk dalam sembilan pewaris Sultan Sulu.
Pewaris yang termasuk sembilan itu adalah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
Sultan Jamalul Kiram II yang mangkat pada tahun 1936, sebenarnya tidak meninggalkan waris takhta secara langsung, atas sebab itu padjakan dihentikan. Namun, atas permintaan sembilan pewris itu, maka satu keputusan dibuat pada tahun 1939, untuk penyambungan padjakan. Padjakan yang berjumlah mexcion gold 5,000 kemudian dilanjutkan oleh Malaysia sehingga kini, akan tetapi dalam ringgit malaysia.
Kesulitan hidup yang membayangi Jamalul kiram 76, yang masih mendapat rawatan dialisis buah pinggang dengan bantuan kerajaan Filipina, menyebabkan beliau menerima hasutan daripada pihak tertentu, untuk melakukan kekacuan di Sabah, terutama menjelang PRU-13 agar supaya mempercepat tuntutannya.
Tuntutan ke atas Sabah, hanya gimik untuk mendapatkan pampasan yang banyak, malah bekas Ketua Menteri Sabah, menyarankan RM200 juta untuk bayaran pampasan, untuk memuktamadkan tuntutan.
Menurut perkiraan yang menghasut Jamalul Kiram, beliau akan mendapat pampasan itu, kerana Malaysia terkenal dengan pendekatan yang lembut, dan tidak akan melakukan tindakan kekerasan terhadap mereka. Nasihat ini dapat mempengaruhi Jamalul Kiram III, apatah lagi kos tindakan itu dibiayai oleh dalang tersebut.
Di lain pihak, dalang itu mempunyai niat politik, kerana jika tindakan kekerasan diambil terhadap penceroboh itu, maka mereka akan mendapat keuntungan politik.
Pertemuan Jamalul Kiram III dengan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha hampir membuahkan hasil, dan dikhabarkan Jamalul Kiram III sudah bersetuju untuk menarik semua pencoroboh dari bumi Sabah. Namun, matalamat dalang kepada pencerobohan ini, bukan lah secara damai, atas sebab itu, taktik kotor digunakan, agar supaya pasukan keselamatan negara melaksanakan operasi ketenteraan.
Pada pagi Jumaat 1 Mac, empat jam sebelum pertemuan antara Amir Kahar dengan Jamalul Kiram, satu taktik kotor dilakukan. pihak pencoroboh pura-pura mengangkat bendera putih tanda menyerah, tetapi sebaliknya menyerang anggota keselamatan sehingga mengorbankan dua anggota dan mencederakan tiga yang lain.
Pasukan keselamatan tiada pilihan, melainkan membalas tembakan dan berjaya membunuh 12 penceroboh.
Sebahagian daripada penceroboh yang berpecah kepada tiga kumpulan pada malam 12 Februari, lari ke Kg Sri Jaya Pulau Simunul, Semporna. Akibat kematian rakan-rakan mereka di Kg Tanduo pada 1 Mac, maka satu muslihat dilakukan mereka pada petang 2 Mac, sehingga mengorban enam anggota polis melalui serangan hendap.
Kerajaan Malaysia melalui Pasukan keselamatan dari awal-awal lagi tidak mahu melakukan kekerasaan terhadap penceroboh, atas sebab itu perundingan berlarutan sehingga 23 hari.
Disebabkan niat dalang kepada pencerobohan ini berniat jahat untuk kepentingan politik, maka penceroboh itu perlu dijadikan umpan dan perlu mati, agar supaya motif mereka tercapai.
Perancangan pencerobohan Lahad Datu ini, dirancang dengan rapi, melibatkan berbagai pihak diluar kawalan pasukan keselamatan negara.
Penceroboh mulai menyusup ke Sabah seawal bulan januari, sebaik sahaja kapal Perang Amerika USS Guardian terkandas di utara Pulau Pahlawan. Terkandasnya kapal itu, menyebabkan kapal tentera laut Filipina tertumpu di kawasan itu, sehingga di bahagian selatan, kawalannya longgar.
Penceroboh itu masuk diserati oleh orang-orang lanjut usia dan wanita untuk mengabui pihak keselamatan negara dan juga Filipina.
Mereka bertolak daripada Filipina tanpa senjata, namun di tengah laut mereka mendapat senjata moden seperti M16, M14 daripada sendikit penjual senjata haram, terutama daripada Pulau Basilan.
Menurut sumber bermula daripada 3 Februari, mereka mula berkumpul dan pada 7 Februari (wakil Anwar Ibrahim ke Manila kononnya untuk menemui double agent) satu arahan agar mereka menampakan diri sebagai kumpulan, dan hanya pada malam 12 Februari kehadiran mereka diketahui pihak keselamatan negara.
Pada malam 12 Februari, kumpulan lebih 100 orang yang disertai lelaki bersenjata sudahpun menduduki Kg Tandau, Lahad Datu.
Selama 23 hari, pihak pasukan keselamatan negara memberi peluang, sehingga lanjutan demi lanjutan diberikan kepada penceroboh itu meninggalkan bumi Sabah. Pihak Polis Malaysia telah menamatkan rundingan pada 21 Februari, untuk itu, hanya menunggu arahan untuk bertindak.
Pada pagi Jumaat, hari H telah berlaku. Kini, krisis pencerobohan itu berlanjutan. Nyawa pasukan keselamatan negara 8 telah melayang. Malah pemimpin Pembangkang Tian Chua, menggambarkan kematian anggota pasukan keselamatan itu mati katak, kerana krisis Lahad Datu adalah mainan Umno.
Pembangkang menggunakan psiokologi songsang, agar rakyat tertipu, namun sebenarnya merekalah perancang kepada krisis Lahad Datu, seperti mana laporan prisik kerajaan Filipina seperti mana di laporkan oleh Manila Times dan The Inquire News.