Showing posts with label Kongsi Kuasa. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Kuasa. Show all posts

19 January 2015

Perkongsian Kuasa Mati Di Sabah Period 1985-1994

OKB terpingah-pingah apabila Timbalan Presiden PBS Dr Maximus Ongkili bercakap berhubungan perkongsian kuasa di Sabah.

Beliau terlupa bahawa perkongsian kuasa benar-benar mati dalam period 1985-1994, dan kebetulan Parti Bersatu Sabah yang memerintah negeri.

Pekongsian kuasa hanya hidup selepas BN mengambil alih kerajaan Negeri pada suku kedua Tahun 1994, apabila sistem penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan.

Walaupun sistem itu dimansuhkan, namun komposisi antara kaum di semua peringkat termasuk jabatan kerajaan, mencerimnkan perkongsian kuasa.

Sebenarnya perkongsian kuasa berasaskan komposisi kaum tidak berlaku di Sabah. Sebagai contoh, pada PRN tahun 1964, Usno parti bumiputera islam mendapat 14 kerusi, Upko bumiputera bukan islam 12 dan kaum cina 4. 

Ada yang mengatakan semasa jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri menjadi 48, maka komposisi adalah 20 bumiputera islam, 20 bumiputrea bukan islam dan 8 kaum cina, sebenarnya ianya bukan berasas kepada komposisi sebenar penduduk Sabah.

Penduduk Sabah kalau dikategorikan dengan tepat adalah 55 peratu bumiputera islam, 29 peratus bumiputera bukan islam, 12 peratus kaum cina manakala lain-lain 4 peratus. Jika diambil kira komposisi kaum dan diterjemahkan kepada jumlah kerusi DUN, maka ianya menjadi 33 bumiputera islam, 17 bumiputera bukan islam, 7 kaum cina dan lain-lain 3 kerusi DUN. Kalau lah persempadan semula DUN menjadi kenyataan daripada 60 ke 67, maka kedudukan kerusi DUN akan secara proposional menjadi 37 bumiputera islam, 19 bumiputera bukan islam, cina pula 8, manakala lain-lain tetap 3. Dalam praktik sekarang kerusi dalam kategori lain-lain itu akan diberikan kepada parti-parti bumiputera bukan islam.

Pada masa akan datang, berasaskan persempadanan semula, maka komposisi berikut akan berlaku, 37 kawasan DUN akan ditandingi Umno, 22 oleh parti-parti KDM dan 8 oleh parti-parti berasaskan kaum cina.

Apa yang perlu dingat dalam Umno juga ada etnik KDM, malah melibatkan sekurang-kurangnya 5 kerusi DUN. Dengan itu, KDM akan mengwakili 27 kerusi DUN atau 40 peratus, angka sebenarnya tidak lagi menggambarkan komposisi agama, akan tetapi komposisi kaum.

Benarlah kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said, bahawa perkongsian kuasa di Sabah sebenarnya sangat hidup semasa kerajaan BN yang diterajui Umno.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels