Datuk Musbah |
Datuk Rahman |
Pada PRU-13, para pemimpin muda BN Sabah yang perlu dipertimbangkan bertanding antaranya Tuan Haji Nizam Abu Bakar Titingan daripada Tawau serta Jamawi Jaafar daripada Pendalaman, selain Awang Kadin Tang- Ketua Pemuda Umno Sabah.
Di bahagian putri pula, Musliati Muslimin perlu diketengahkan.
Hujaan mengapa pemuda perlu diberi peluang bertanding adalah faktor peratusan golongan muda yang terdapat dalam daftar pengundi; malah pada PRU-13 akan datang, ramai golongan ini untuk pertama kali mengundi.
Nama-nama golongan muda yang disebutkan di atas perlu dipertimbangkan pada PRU-13 akan datang, selain menggamit pengundi muda juga sebagai peremejaan kepimpinan.
Wakil rakyat BN daripada Tawau, misalnya hanya Datuk Tawfik AB Titingan dan ADUN Merotai boleh dikategorikan sebagai muda, manakala yang lain adalah pemimpin yang sudah lama bertapak dalam persada politik negeri ini.
Pada kali ini, wajar BN Sabah mempertimbangkan pemimpin muda bertanding dalam pilihanraya, terutama di kawasan-kawasan yang senantiasa didominasi oleh pemimpin lama.
Kawasan-kawasan yang senantiasa didominasi oleh pemimpin lama adalah DUN Sulaman, dimana penyandangnya sudah lima penggal, Dun Tambunan, dan Dun yang diberikan kepada PBS, terkecuali Kuamat.
DUN Balung di Tawau, perlu diwakili pemimpin muda, demikian juga parlimen Kalabakan, DUN Senallang, serta DUN Bongawan.
Di pihak BN, hanya Umno dan LDP yang mempunyai kecenderungan menampilkan pemimpin muda, manakala PBS, senantiasa mengekalkan pemimpin lama. Jika PBS tidak melalukan peremajaan pemimpin, dikhuatirkan keupayaan BN Sabah akan terjejas, kerana perasaan jelak akan menghantui fikiran para pengundi terutama pengundi muda.
Suara Rakyat, sungguh yakin Datuk Musa Aman sebagai pengerusi BN negeri, akan mencadangkan kepada para pemimpin komponen BN Sabah agar mengetengahkan para pemimpin pelapis, dan tidak ketinggalan Umno juga akan turut sama.
Para pemimpin muda BN seperti Datuk Musbah Jamli, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Bolkiah Ismail, Tuan Haji Nizam AB Titingan, Rosnah Rashid Sherlin Jamawi Jaafar, Awang Kadin Tang, Musliati Muslimin perlu bertanding atau dikekalkan pada PRU-13 akan datang.