Atas sebab itu, sejak tahun 1998, berapa ramai para pemimpin Parti Keadilan kini PKR telah meneninggalkan Anwar, termasuk beberapa wakil rakyat yang menang menggunakan logo PKR pada PRU-12 lalu.
Kini, ada kencenderungan pula, mereka-mereka yang menentang Anwar dahulu, kini terpengaruh menyertai Anwar terutama di Sabah, kononnya tujuan mereka itu, untuk mengwujudkan persepsi, bahawa BN Sabah tidak kuat lagi dan sekaligus menafikan anggapan sebelum ini, bahawa BN Sabah adalah Fixed Deposit BN.
Anggapan BN Sabah dan Sarawak sebagai Fixed Deposit BN, apabila keputusan pilihanraya di Semenanjung, di mana BN berdepan dengan saat-saat genting, namun, Sabah dan Sarawak menjadi penyelamat BN bermula sejak awal kemerdekaan lagi; ini juga termasuk PRU-12 lalu, di mana berlaku tsunami politik terhadap BN di Semenanjung.
Melihat kepada sejarah itu, maka pihak pembangkang yang diterajui Anwar, berusaha mengatur muslihat yang kotor terutama di Sabah dan Sarawak, untuk mengwujudkan persepsi, kononnya KALI INI, rakyat kedua negeri itu menyebelahi pembangkang. Keadaan ini, termasuklah GERAKAN 16 SEPTEMBER,2008 Anwar, yang kononnya akan berlaku lompat parti seramai 31 MP BN Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan, dan dengan itu Pakatan akan mengambilalih kerajaan daripada BN. Namun, hingga kini perkara itu tidak berlaku, kecualilah, menjelang PRU-13 ini, terdapat dua MP BN yang melompat ke Pembangkang, melawan 7 MP Pakatan yang keluar dan menjadi mesra BN sebelum ini.
Muslihat Anwar untuk mempengaruhi seramai mungkin MP atau pemimpin BN untuk menyertai pembangkang sebelum PRU-13, semata-mata untuk tujuan persepsi; kerana para pemimpin BN yang berjaya digait Anwar itu, adalah terdiri daripada pemimpin BN yang sudah pasti tidak akan dicalonkan pada PRU-13 mewakili BN, kerana termasuk bukan winnabale candidate.
Mereka yang baru sahaja menyertai pembangkang seperti Lajim, Bumburing dan Maijol Mahap serta Herman Tiongsoh, merupakan para individu yang menolak kepimpinan Anwar sebelum ini, kecuali Lajim Ukin, yang berjaya Anwar beli pada tahun 1994 untuk keluar daripada PBS.
Sebenarnya, walaupun mereka yang disebutkan di atas adalah pemimpin veteran, namun mereka ini bukan daripada kalangan yang pernah menyokong Anwar sebelum ini. Kini, mereka sebenarnya pemimpin baru dalam "KUBU" Anwar; mereka belum kenal benar siapa Anwar.
Yakinlah apabila mereka akan kenal Anwar, pasti penyeselaan yang berlarutan akan melanda mereka, seperti mana pengalaman YB Zahrain Hashim dan YB Zulekfli Noordin dan para pemimpin PKR yang telah berpaling tadah sebelum ini.