BERASASKAN keputusan pengundi Sabah pada PRU-14 yang berlabuh pada 9 Mei, bahawa rakyat negeri ini, terbahagi-bahagi kepada beberapa hala tuju.
Apa yang jelas, era Umno/Bn sudah berlalu, meskipun mendapat 79 kerusi Parlimen daripada 222. Berasaskan keputusan itu, Umno kehilangan 54 daripada 133 berbanding PRU-13.
Keputusan PRU-14, negeri Johor di mana Umno dilahirkan, jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH), demikian juga Kota Belud, anak sulung Umno Sabah, jatuh ke tangan parti Warisan, parti yang berkolaborasi dengan PH.
PRU-14, menyaksikan pengakhiran Parti Umno sebagai parti terlama memerintah. Menerusi kekalahan tersebut, maka akhirnya Umno mencontohi parti Kongress India, Parti LDP Jepun dan parti Golkar Indonesia.
Daripada tiga parti luar yang disebutkan, hanya Kongress India dan LDP berjaya kembali berkuasa, sementara Golkar tidak pernah bangkit lagi. (Nota- LDP sedang berkuasa di Jepun pada masa ini).
Di Sabah, selepas penubuhan kerajaan kerjasma antara 29 ADUN parti Barisan Nasional dan 2 ADUN STAR, mula memikirkan SATU pendekatan baru atau PENJENAMAAN baru, untuk menamakan KERJASAMA itu, dengan mempertimbangkan hala tuju rakyat.
Tindakan PENJENAMAAN baru, adalah satu tindakan neutralisasi terhadap gelombang arah aliran pemikiran rakyat. Penjenamaan baru itu, perlu dilakukan atau perlu diambil tindakan dengan segera, sebagai kaedah menang-menang.
Dalam politik, tidak selalu mengunapakai kepada survival politik, sebaliknya politik kena ikut rentak peredaran zaman, kena ikut arah pemikiran rakyat, khususnya generasi pelapis.
Menilai isu-isu yang menjadikan Umno/Bn ditolak, parti Warisan/PH yang hanya mendapat sokongan menyebabkan DUN negeri tergantung, menggambarkan bagai mana rakyat Sabah (pengundi) berada dalam persimpangan.
Dengan mengambil kira, persimpangan itu, maka dengan segera, kerajaan baru Sabah, perlu menubuhkan satu parti politik, yang mewakili aspirasi semua rakyat Sabah, yang merangkumi mereka yang menyokong PWS/PH dan Umno/Bn pada PRU-14. Pendekatan itu, menyerupai tindakan Tun Razak pada tahun 1974, menubuhkan Barisan Nasional, walaupun parti Sabah yang bakal ditubuhkan itu tidak lagi mengunakan istilah "barisan".
Parti politik baru itu, mengambarkan secara total, penjenamaan baru, tidak lagi menggambarkan era Umno/bn atau mana-mana parti yang bertanding pada PRU-14.
Sabah dan rakyatnya perlu begabung tenaga secara total, demi rakyat dan negeri. Keadaan masa lalu, perlu dijadikan sempadan. Kesejahteraan rakyat & negeri menuju masa depan adalah mustahak. Sabah perlu mempunyai kekuatan politik sebagai entiti jika mahu maju dan membangun.
Berasaskan kepada keputusan rakyat Sabah, setiap pemimpin politik perlu membuang jauh ego masing-masing. Masa ini, adalah waktu rekonsiliasi semua pihak, demik rakyat & negeri. Fikir-Fikirkan.