Showing posts with label azmin ali. Show all posts
Showing posts with label azmin ali. Show all posts

19 November 2009

Nizar News: SPRM Sahkan Terima Laporan Kes Azmin Ali

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan daripada polis berhubung isu pemilikan saham oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali.

SPRM dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya. "SPRM mengesahkan telah menerima laporan daripada polis berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.Adalah diharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi terhadap isu itu," kata kenyataan tersebut.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam sidang medianya berkata, polis telah menyerahkan dokumen bukti pemilikan saham berjumlah RM2 juta oleh Azmin dan isterinya, Shamsidar Tahrin kepada SPRM untuk siasatan lanjut berikutan agensi berkenaan pernah membuka kertas siasatan berhubung kes sama sebelum ini.

Menurut Musa kes tersebut turut dimaklumkan kepada Suruhanjaya Sekuriti kerana ia membabitkan pembelian saham. Isu pemilikan saham oleh Azmin terbongkar barubaru ini apabila Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990an.

Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak bagaimanapun menafikan dakwaan pembelian saham tersebut dan mendakwa kenyataan Vigneswaran itu sebagai satu tindakan terancang untuk mengaibkan dan mencemarkan nama beliau.

Berikutan kenyataan itu Azmin telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya. Isu tersebut bagaimanapun semakin terdedah apabila pada Selasa lepas bekas setiausaha penasihat PKR Anuar Shaari tampil membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh Azmin dan isterinya yang dikatakan mencecah RM2 juta.

Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman. Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, juga membuat laporan polis untuk mengesahkan kesahihan dokumen tersebut.BERNAMA

17 November 2009

Nizar News: Kali INI Azmin Ali Betul-betul Kena Lanyak


oleh agenda daily

Jika selama ini ia hanya cakap-cakap, pagi Selasa bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari tampil mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin.

Dengan dokumen itu, beliau kemudiannya membuat laporan polis kepada Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pada sidang media sebelum membuat laporan polis, Anuar berkata, dokumen yang mengandungi bukti pemilikan saham sebanyak RM2 juta milik Azmin dan Shamsidar serta penyata akuan bank Shamsidar sebanyak RM8 juta akan diserahkan kepada polis untuk menetukan kesahihan dokumen terseut dan seterusnya melakukan siasatan.

“Saya datang pada hari ini untuk mencari kebenaran bukannya hendak menghukum. Masyarakat hendak tahu kebenaran isu yang kini hangat diperkatakan termasuk para penyokong Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin.

“Wan Azizah sendiri mesti hendak tahu kenapa Shamsidar boleh mempunyai saham dan wang sebanyak itu,” katanya.

Anuar tampil membuat laporan polis berkenaan ekoran isu pemilikan saham yang didakwa melibatkan Azmin dan Shamsidar heboh diperkatakan kebelakangan ini. Anwar dan Azmin sebelum telah tampil menafikan ada memiliki saham seperti yang didakwa.

Anuar selain pernah menjadi SUS bagi tempoh 1996 hingga 1998, juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Wan Azizah dan Ketua Bahagian PKR PErmatang Pauh sebelum keluar meninggalkan parti itu pada tahun 2007.

Menurut Anuar beliau membuat pendedahan ini kerana ia juga ada kaitan dengan Anwar memandangkan semasa perolehan saham dan wang tersebut yang berlaku pada tahun 1992 hingga 1994, Azmin bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Anwar yang pad ketika itu Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya minta kepada nama-nama yang disebut ini jangan panik kerana kita hendak mencari kebenaran. Jangan nanti timbul pula dakwaan wujudnya konspirasi atau saya dibayar untuk membuat pendedahan ini,” ujar beliau.

Mengenai pendedahan itu, Anuar berkata, jumlah yang dinyatakannya itu adalah selari dengan apa yang diperkatakan sekarang.

Ditanya kenapa setelah sekian lama baru pendedahan ini hendak dibuat, Anuar berkata, beliau hanya akan membuat penjelasan itu kepada pihak polis. – 17/11/2009

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels