Showing posts with label pkr sabah. Show all posts
Showing posts with label pkr sabah. Show all posts

26 December 2014

Dr Roland Chia Lawan Lajim Ukin

PEMBATALAN hasrat Dr Roland Chia Ming Shen meletakkan jawatan sebagai ADUN Inanam diumumkan melalui kenyataan media bertepatan pada Hari Xmas.

Pada 17 Disember melalui kenyataan di wall FB ADUN Inanam itu, beliau berhasrat meletakan jawatan atas sebab faktor kesihatan.

Dua hari selepas kenyataan itu, dalam satu majlis- Ketua Menteri Sabah apabila diminta mengulas, beliau berkata- adalah pelik, kalau PKR Sabah saling menyokong antara satu sama lain, sebab rekod menunjukkan, bahawa mereka saling bercakaran daripada dahulu lagi. Percakaran antara mereka, berlaku kerana campur tangan Anwar Ibrahim, yang bersifat kuku besi.

Sejak dari awal, adalah rahsia umum, bahawa Dr Roland mahu jawatan Pengerusi negeri, selepas Ahmad Thamrin Zaini disingkirkan. Namun-Anwar melantik Lajim, yang sebenarnya, pada awalnya bukan ahli PKR, akan tetapi mengetuai satu NGO selepas keluar daripada Umno hujung tahun 2012.

Lajim menerima banyak keistimewaan daripada negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, khususnya projek-projek. Manakala Roland terkial-kial dengan sumbernya sendiri untuk berkhidmat dengan rakyat Inanam.

Pembatalan hasrat meletekkan jawatan kononnya atas nasihat Anwar, Wan Azizah, Azmin Ali dan penyokong beliau di Inanam. Kenyataan Akhbar Roland, tidak menyebutpun Lajim sebagai pendorong kepada pembatalan itu. Adalah dapat dibaca, bahawa penseteruan antara Lajim dan Roland, adalah seperti "tips of iceberg" bila-bila masa akan meledak.

26 November 2013

PKR Sabah Ranap

PWTC 26 November 2013
PKR Sabah ranap. Terdedah, bahawa Anwar telah gagal total. Perlantikan Lajim Ukin sebagai Pengerusi PKR Sabah, menunjukkan Anwar benar-benar tidak memahami politik Sabah.

Hari ini di PWTC, 11 Ketua Cabang PKR dan dua ADUN PKR dimana sebelum ini telahpun mengumumkan keluar daripada parti itu pada satu sidang akhbar bersama Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

Dalam sidang media itu, Datuk Seri Najib berkata, ke-11 Ketua Cabang itu (Sabah mempunyai 25 cabang), bukan sahaja keluar PKR, akan tetapi sebulat suara menyokong Barisan Nasional.

Cabang-cabang PKR yang ranap tersebut adalah Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam Kalabakan dan Semporna.

Daripada cabang yang ranap itu, hanya Kota Belud, Kota Marudu, Sepanggar, ada calon-calon PKR menang pada PRU-13 lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN.

PKR menang di tujuh kawasan Dun iaitu Api-Api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparulli, Klias dan Inanam manakala DAP, yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas.

Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor.

5 April 2013

PKR Sabah Bergolak: Calon PKR: Kumpulan Ansari Ketepi Pilihan Anwar

PADA 25 Mac bertempat di Hyatt Kota Kinabalu, Anwar bertindak seperti supermo, dengan menamakan bakal-bakal calon PKR semasa PRU-13. 

Nama-nama yang sudah sinonim dengan PKR Sabah seperti Ansari Abdullah, Dr Chong Eng Leong, Mazhry Nasir, Anthony Mandiau, Musalim Tanjul, Saidil Semoi dan Jonathan Yassin, langsung tidak tersenarai sebagai bakal-bakal calon PKR.

Alasan yang diberikan Anwar pada mereka yang tidak dicalonkan itu, bahawa mereka bukanlah calon yang boleh menang.

Kesetian kepada parti perkara lain kata Anwar, kemenangan dalam pilihanan raya perkara lain. Oleh itu, bagi mereka yang pernah bertanding beberapa kali, namun masih gagal menang, maka jangan memaksa diri lagi untuk bertanding. Demikian serba sedikit alsaan yang Anwar berikan kepada ketua-ketua Cabang PKR yang tidak dicalonkan itu.

Namun keputusan Anwar itu, mendapat reaksi negatif daripada ketua-ketua cabang itu. Mereka mendakwa, sepatutnya calon-calon Sabah perlu ditentukan sendiri oleh pemimpin Sabah, bukannya oleh pemimpin daripada semenanjung. Kerana menurut mereka, pemimpin PKR Sabah dan Semenanjung adalah rakan, bukan hubungan antara ketua dan pengikut. Kerana PKR sudah berjanji bahawa Sabah diberikan kuasa autonomi. Namun, sejak akhir-akhir ini, seolah-olah kuasa autonomi itu sudah dilupakan, dan Anwar menunjukkan bahawa dia adalah supermo PKR.

Disebabkan nama-nama pemimpin PKR Sabah itu diketepikan oleh Anwar, maka mereka membuat deklarasi  awal bahawa mereka akan terus bertanding bagai kawasan masing-masing. Ansari Parlimen Tuaran, Dr Chong Eng Leong Parlimen Sepanggar, Mazhry Nasir Parlimen Putatan, Anthony Mandiau Parlimen Kota Marudu, Musalim Tanjul Parlimen Kudat, Saidil Semoi Parlimen Kota Belud fan Jonathan Yassin Parlimen Ranau.

18 November 2009

Nizar News: Jeffery Kitingan Buat LAWAK Pula

DSAI sudah menilai dan menghitung syarat-syarat yang dikenakan Dr. J dalam pelan damai yang ditawarkan Dr. J. Bagi DSAI, syarat-syarat Dr. J tiada tujuan lain melainkan “cari pasal”. Mana mungkin DSAI mengubah keputusan kolektif PKR Pusat yang melantik Ahmad Thamrin Haji Zaini dan Datuk Kong Hong Ming sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Mana mungkin Dr. J seorang cuba sewenang-wenangnya “over rule” keputusan kolektif PKR Pusat itu.

Sejak awal PKR memasuki Sabah, DSAI tidak pernah memberi penekanan utama ke atas DEKLRASI TAMBUNAN. Dalam PRU12 pun DSAI membisu mengenai Deklarasi Tambunan. Tetapi Dr. J insist Deklarasi Tambunan ini untuk diterima PKR Pusat sebagai salah satu pra syarat bagi Dr. J mematuhi “plan damai ” dengan PKR bersabit krisis kepimpinan PKR Sabah yang terkini.

Isu lain, mengenai Royalti Minyak 20%, Autonomi PKR Sabah, Kebebasan membuat keputusan PKR Sabah untuk Sabah tanpa campur tangan PKR Pusat. Itulah antara keistemewaan yang Dr. J gariskan. Bagi kebanyakan, permintaan Dr. J memang sukar dan kelihatan sekadar “cari pasal” untuk menghancurkan PKR dari dalam sebelum meninggalkan PKR sepenuhnya. Jelas Dr. J tidak lagi mahu mematuhi displin dan ideologi PKR.

Berikutan dengan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar ahli yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti itu sebagai ‘pengacau’ di dalam PKR. Dengan ini Dr. J adalah tergolong dalam kategori “PENGACAU”.

“Saya dengan tegas memberi amaran kepada seluruh anasir-anasir ‘pengacau’ dalam parti yang gagal patuh kepada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkirkan,” DSAI -di sini

Episod, di mana Dr. J mengenakan syarat-syarat yang sukar dipenuhi PKR pusat ini, malah di luar bidang kuasa PKR sendiri, dilihat sebagai episod terakhir dalam drama Dr.J dalam PKR. Sebagai “pengacau” Dr. J tiada pilihan melainkan BERUNDUR ATAU DISINGKIR. syarat-syarat Jeffrey kepada PKR….. .http://sabakita-ii.blogspot.com/

31 October 2009

Nizar-Anwar: Perubahan Kepiminan PKR Sabah: Tiada OOmmh Kepada Musa Aman-Salleh Said

PKR Sabah bagaikan rumput ditepi jalan: Hidup segan mati tak mahu. Kerana itu apapun yang terjadi dalam parti tidak mempunyai impak apa-apa terhadap kepimpinan politik negeri yang diketuai oleh Musa Aman dan Salleh said Keruak.

Pertama adalah PKR hanya berjuang untuk menebus maruah Anwar Ibrahim kononnya difitnah kerana itu hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri tahun 1998.

Kedua adalah PKR tidak mempunyai perjuangan yang boleh mencerminkan pembelaan kepada penduduk bumiputera Sabah,

Ketiga adalah PKR lebih cenderung membela rakyat lebih maju seperti kaum cina dan india.

Atas tiga sebab di ataslah apapun sepak terajang PKR di Sabah tidak akan mendapat sambutan rakyat negari ini.

Undi yang diperolehi oleh calon-calon PKR melalui PRU-12 adalah undi protes rakyat sesuatu kawasan terhadap seseorang calon. Gejala ini memang selalu terjadi di Sabah. Melalui Pru-12 yang lalu, ramai calon pilihan akar umbi tidak dicalonkan, melainkan calon-calon bidang terjun yang diketengahkan.

Trend pengundian melalui PRU-12 di Sabah tidak boleh diambil sandaran oleh PKR bahawa mereka ada sokongan. Sokongan pada masa itu adalah sokongan protes.

Setelah PRU-12 dengan isyarat yang diberikan rakyat, kerajaan Pusat telah mengambil berbagai inisiatif untuk pembelaan rakyat negeri Sabah yang telah diabaikan oleh kepimpinan Abdullah Badawi. Najib telah melakukan pendekatan yang holistik dan terpadu. Akan tetapi baruah-baruah dan broker-broker pemimpin negeri menyebabkan kepesatan bantuan tersebut tersendat-sendat.

Projek-projek yang besar bernilai 10 juta ke atas, memang betul dilaksanakan di negeri ini, malangnya pelaksananya bukan anak watan negeri ini. Sebahagian besar pelakasananya adalah rakyat negara ini yang diimport dari Semenanjung. Kalau pun ada pelaksana berupa anak watan negeri ini,mereka adalah yang ada hubungan kekeluargaan dengan ketua menteri Musa Aman atau Anifah Aman.

Gejala ini sahaja yang meruncingkan para kontraktor anak watan negeri ini, namun bagi rakyat biasa; mereka tidak peduli itu semua; yang penting prasarana dan keperluan mereka terpenuhi.

Yang menjadi sangat ketara yang rakyat negeri ini nampak adalah para kakitangan yang berkerja di agensi-agensi persekutuan di negeri, majoriti daripada mereka bukan anak watan negeri, melainkan mereka-mereka yang berasal di semenanjung.

Anak watan negeri ini yang boleh dikatakan layak dan mampu tugas-tugas kalau dikarungkan, jumlahnya berkarung-karung. Namun peluang tidak diberikan. Apakan daya Tangan tak Sampai. Kemuskilan ini lah merupakan faktor UTAMA rakyat negeri melakukan protes terhadap calon-calon kerajaan dalam pilihanraya. Jika gejala dan faktor ini diambilkira, Sabah akan senantiasa menjadi SIMPANAN TETAP Kerajaan persekutuan.. mungkin setelah 2020.

29 October 2009

Nizar-Anwar News: Tiada Demokrasi Dalam PKR! Pakatan Menanti Rebah!

Tiada niat saya untuk memperkecil kepimpinan mana-mana individu, Niat saya hanyalah ingin mengetengahkan demokrasi yang dilaung-lalungkan sesetengah pemimpin tetapi dibunuh dengan zalim kerana kuasa dan mandate ada di tangannya. Suara cabang-cabang/bahagian-bahagian sudah tidak dihiraukan dan dihormati.

DSAI, deFacto Leader PR, mengguanakan segenap liang lingkup kuasanya membunuh demokrasi yang dilaung-laungkannya.; tetapi bila yang dibunuhnya tak mati maka memujuk rayulah DSAI.

DR. Jeffrey Kitingan dan Christina Liew @ Oi Liew Jin, dua pemimpin senior PKR Sabah, yang dikatakan mendapat sokongan 18 dari 25 Cabang /Bahagian PKR Sabah yang mencadangkan Jeffrey menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah telah diketepikan tanpa perundingan awal. Dan Kini mood bahagian-bahagian ini muram dan bakal memberontak malah mereka "menghentak meja".

DSAI memujuk dan mambujuk Jeffrey supaya terus bertuankannya sambil menawarkan plan damai. Namun Jeffrey yang sudah "cedera" dan popular dengan tindakan “tiada pusingan u” tidak lagi berpaling. Lalu, Anwar hantar bekas pemimpin SUPP, Micheal Bong, dari Sarawak ke Kota Kinabalu untuk memujuk Jeffrey dan menawarkan plan damai, namun Jeffrey membalasnya dengan “pulang paku buah keras’. Jeffrey mengatakan bahawa “saya telahpun membakar jambatan saya”…” . “I may decide sooner before the three months end,” ...."I can always do something else." . Merujuk kepada tindakannya ”bercuti-cuti politik” sehingga pertengahan Januari tahun depan.

DSAI juga cuba menghubungi Jeffrey melalui telefon tetapi gagal. Jeffrey tidak menjawabnya . Dia sekadar memberi jawaban sinis, “law battery” dan lupa charge. Bagai "skel low batt" bila dihubungi oleh mereka yang tidak dikehendaki". Tetapi dengan tegas Jeffrey mengatakan bahawa “Anwar himself has not been in contact with me for some time,…. “We are no longer going to be used by these people (in Kuala Lumpur) for their own politics.”

Menyentuh mengenai sokongan cabang-cabaf/bahagian-bahagian PKR Sabah yang menyebelahi Jeffrey, Jeffrey mengatakan bahawa “mereka tetap akan bersama saya ke mana saja saya pergi”.

Demokrasikah ini atau "no tears no goobye", seperti datangmu tidak diundang dan pergimu tidak dipersila...?

Nizar-Anwar: PKR Sabah Mendekati Penghujung: Menanti Rebah

Pergolakan yang berlaku dalam PKR semakin ketara bermula dengan pengumuman 'cuti politik' oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim selama enam bulan berkuatkuasa serta merta selepas Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.
Malah laporan media sebelum ini juga ada menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Bagaimanapun Azmin menafikan mengenai perkara itu dan dakwaan kononnya terdapat pergeseran antara beliau dan Zaid.

Lanjutan isu Zaid yang mendakwa beliau dihalang daripada menghadiri program parti itu di Sabah, timbul pula isu konflik kepimpinan yang melanda PKR Sabah yang pada ketika itu diterajui oleh Azmin sebagai Pengerusi PKR negeri.

Kepimpinan Azmin dikatakan ditolak oleh pemimpin negeri itu yang mahukan anak tempatan menerajui PKR Sabah.

Menyedari kesan yang bakal berlaku jika perkara ini berlarutan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera membuat rombakan bagi jawatan pengerusi PKR negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang sebelum ini dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung.

Bagaimanapun kekalutan yang berlaku bukan sekadar 'ribut dalam cawan', apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.

Tindakan Dr Jeffrey jelas sekali memberi satu tamparan hebat kepada PKR dalam usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.

Nampak permainan domino ini tidak terhenti begitu sahaja kerana dalam masa kurang 24 jam selepas Dr Jeffrey mengumumkan pendiriannya semalam, Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini.

Liew bagaimanapun berkata beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

Liew sebenarnya kecewa kerana selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah diambil alih oleh Datuk Kong Hong Ming atas sebab yang tidak diketahui.

Belum sempat isu Dr Jeffrey diselesaikan, timbul pula isu Liew.

Perkembangan ini semestinya memberi tamparan hebat kepada PKR kerana pengaruh kedua-dua pemimpin berkenaan terutamanya di peringkat akar umbi cukup kuat.

Tambahan pula Dr Jeffrey tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Jika Dr Jeffrey mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN), tidak mustahil beberapa ketua bahagian PKR yang lain serta penyokongnya akan mengikut jejak langkahnya.

26 October 2009

Nizar: Wan Azizah Kemuka Fakta Salah: PKR Sabah Bercelaru

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Libaran (Fakta yang silap), Thamrin Zaini sebagai Pengerusi PKR Sabah menggantikan Azmin Ali yang juga naib presiden parti itu.

Perkara itu diumumkan presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail setelah bermesyuarat selama empat jam bersama kepimpinan PKR di ibu pejabat parti itu di Tropicana di sini hari ini. Mesyuarat itu turut memutuskan penubuhan Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak yang antaranya disertai Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali dan Naib Presiden, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan,- UTUSAN MALAYSIA.

Ulasan
Maklumat yang diberikan Wan Aziziah adalah Salah dan Silap: Fakta sebenarnya adalah: Thamrin Zaini atau nama sebenar Ahmad Thamrin Haji Zaini BUKANlah ADUN Libaran seperti yang dinyatakan dalam Utusan Malaysia dan DUN Libaran sebenarnya tidak wujud di Sabah. Libaran ialah Kawasan Parlimen di Daerah Sandakan, Sabah yang diwakili oleh YB. Datuk Juslie Ajirol. Fakta yang disengaja !!!

23 October 2009

Nizar-Anwar: PKR Sabah Di Hujung Malang: Jefferry Tak Layak

Krisis Parti Keadilan Rakyat (Sabah) tidak lagi dapat disembunyikan. PKR yang telalu lantang mengkritik pemimpin Sabah dan Barisan Nasional di Sabah sudah terhantuk dan terngadah. Mereka perlu merenung ke dalam diri mereka dan sudah tidak “melayakkan” diri dan parti mereka untuk menyusun atur tindak-tanduk parti lain khasnya Barisan Nasional. Kata pepatah “cermin diri” dahulu.

Beberapa bulan yang lalu, DSAI datang ke Sabah dan “menegaskan” (perkataan favorite DSAI) bahawa PKR Sabah tidak menghadapi sebarang krisis termasuk krisis kepimpinan. Semua tahu dan dunia tahu bahawa “tiada siapa yang cuba membuka pekung di dada”. DSAI, seperti biasa, cuba menyembunyikan kepincangan parti pimpinannya itu.

Kekalahan teruk Pembangkang di Bagan Pinang sudah cukup untuk memadamkan keinginan Pembangkang, khasnya DSAI sendiri yang mengepalai Pakatan Rakyat. Keyakinan rakyat kepada BN mula dipancarkan di Bagan Pinang.

Dr Jeffrey, sebagai veteran politician, tentunya sudah dapat meramal bahawa PKR kini berada di ambang krisis. Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah. Berdasarkan keadaan ini, adalah lebih wajar krisis sebenar PKR Sabah tidak lagi disembunyikan di bawah permaidani atau Lebih baik ditangani secara terbuka dan “gantleman” oleh pemimpin PKR Sabah.

Ramai pemerhati politik melihat bahawa inilah masanya Jeffrey menghadapi kenyataan samada PKR benar-benar memerlukan kepimpinannya atau dia akan menyahut dan menerima jemputan YB. Albert Timbun Lagadan, Naib Presiden PBS untuk Jeffrey kembali ke pangkuan Parti Besatu Sabah-PBS.

Bila 16 Bahagian PKR bermesyuarat tidak resmi dan hanya dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PKR Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin. Manakala PKR Bahagian Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran tidak hadir. PKR Bahagian Sepanggar dan Sandakan pula digantung. Ini memang krisis besar PKR Sabah yang sudah lama ‘overdue”. Ramai yang melihat bahawa Dr Jeffrey pasti berada di sebalik tabir tindakan itu. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa krisis kepimpinan sebegini memang “trademark” Jeffrey bila ketokohannya didesak dan dipersoal.

Bahagian PKR yang 16 itu majoritinya sudah pasti di kalangan penyokong Jeffrey dari KDM secara majoriti. Pengaruh Jeffrey di kalangan KDM memang sukar dinafikan. Relevantnya Jeffrey kepada KDM sama seperti relevanya DSAI kepada PKR. Tetapi bila Jeffrey tercabar dengan tindakan Azmin Ali yang menamakan Tuan Haji Hamzah Amir sebagai bakal penggantinya bagi jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Jeffrey tidak lagi mampu bertahan atau berupaya menyembunyikan kehendaknya. Sebagai Naib Presiden PKR yang sudah menunjukkan komitment yang besar begitu lama, baginya dan penyokongnya dia lebih layak menduduki kerusi nombor 1 PKR Sabah itu.

Namun Azmin mungkin mempunyai perhitungan yang berlainan. Baginya, musuh yang perlu ditawan di Sabah ialah UMNO manakala pihak lain dianggap sudah dipertanggungjawabkan kepada DAP, PAS atau SAPP. Kerana itu dia memilih Haji Hamzah Amir. Perkiraan Azmin ini dilihat sebagai prelude kepada PRU13 di mana Jeffrey BUKANlah seorang yang mudah menuruti kehendak pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan. Jeffrey adalah “pemegang paten” Borneonisasi dan point 20. Terbukti apabila dia menidakkan dan menafikan camputangan Teresa Kok (DAP) semasa pemilihan calon dalam PRU12 yang lalu.

Komitment dan kepimpinan Haji Hamzah Amir pula belum terbukti. Gerakan ahli-ahli PKR Kalabakan dan Balung yang cuba menyingkir Haji Hamzah berpendapat, suatu waktu dulu bahawa, bahawa Haji Hamzah terlalu mudah disingkirkan dari memimpin kawasan itu. Inikan pula menjadi pemimpin PKR seluruh Sabah. Apapun. kualiti kepimpinan Haji Hamzah sebagai mantan penjawat awam yang berpengalaman belum teruji. Adalah tidak adil memberikan “grade” terlalu awal mangenai kemampuannya mempimpin sesebuah organisasi siasah.

Bagi kemp Jeffrey, mereka melihat Haji Hamzah dari sudut yang lain. Haji Hamzah adalah ipar Datuk Shafie Haji Afdal, Naib Presiden UMNO, Ketua Bahagian UMNO Semporna, Menteri Penbangunan Luar Bandar Malaysia dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Shafie sudah pasti akan membayangi kepimpinan Haji Hamzah dalam hampir semua sudut. Atas dasar ini, bagi mereka, sudah tentu Haji Hamzah tidak akan mampu mengguggat kedudukan UMNO di Sabah dan dalam masa yang sama, PKR akan kehilangan pengaruh di kalangan KDM apabila Jefrey diketepikan.

Kem Haji Hamzah juga mempunyai alasan kukuh. Mereka melihat kewibawaan Jeffrey dibayangi oleh pengaruh DSP Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Luarbandar Sabah, dan abang kandung Jefrey sendiri. Sebagai Huguan Siou, sudah pasti pengaruh Pairin dalam KDM mengatasi pengaruh Jeffrey. Alasan ini benar kerana hanya sekali sahaja Jeffrey menang dalam pilihanraya yakni di bawah tiket PBS dengan sokongan Pairin iaitu semasa Jeffrey bertanding di DUN Bingkor tahun 1994. Manakala pada PRU12, Jeffrey bertanding atas tiket PKR menentang PBS, Jeffrey kalah di DUN Bingkor kepada Gustin Gunka dari PBS, nama yang tidak berapa popuilar dalam arena politik Sabah.

Saya melihat, langkah Jeffrey bersembunyi di belakang tabir 16 bahagian PKR yang bermesyuarat secara tidak resmi ini adalah perjuadian terakhir baginya dalam PKR. Dia akan “gamble” menghadapi badai politik Sabah jika dia diberi peranan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. Jika tidak, perjuangannya dalam PKR mungkin akan berakhir di situ. Dia barangkali akan merehatkan diri dalam politik seperti yang selalu dilakukannya pada masa lampau. Dalam masa rehat, dia pasti merencana sesuatu demi masa depan perjuangannya, demi mengekalkan nama keluarga “Kitingan” dalam senario politik Sabah dan pengikutnya dari kalangan KDM.

Jika Jefrey diketepikan PKR, mungkin dalam masa terdekat dia tidak menerima pelawaan PBS. Baginya selagi YAB Musa Haji Aman (MA) menakhodai kapal Barisan Nasional Sabah, selagi itu dia merasakan bahawa MA adalah seteru atau musuh politiknya. Walaupun “politic is the game of possible” tetapi pertentangan politik antara Jeffrey dengan MA sudah terlalu jauh. Dalil 80+ dan beberapa kes rasuah yang diketengahkan Jeffry terhadap MA sudah tentu sukar bagi MA menerima dan memaafkan Jeffrey.

Jika Jeffrey disingkir dan berehat setahun dua, dia pasti akan kembali aktif menjelang PRU13. Hubungan rapatnya denga Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan Tan Sri Chong Kah Kiat, Mantan Presiden LDP sudah pasti mampu disuburkan Jeffrey. Mereka bertiga adalah ‘common political enemy” MA walaupun mereka lebih friendly kepada pemimpin BN yang lain. Seandainya pergolakan politik tanahair terus berlaku, tidak mustahil keadaan akan mendesak perubahan politik di Sabah. Jika MA membuat keputusan untuk tidak lagi mahu memimpin BN Sabah seperti tindakan Tun Pak Lah memberi laluan kepada DS Mohd. Najib Tun Razak, tidak mustahil Jeffrey akan bergegas menaiki perahu PBS atau bergabung dengan YTL dan CKK bagi melayari konsep 1Malaysia.

Persoalan yang masih terpampang di hadapan kita ialah, apakah Jeffrey hanya sekadar mencari alasan untuk meninggalkan PKR secara terhormat yang sudah lama melihatnya terlalu kerdil untuk berada di pentas politik tanahair? Masa akan menentukannya.

19 October 2009

Nizar-Anwar: PKR Sabah Di Hujung Senja

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels