Showing posts with label Lesen judi bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Lesen judi bolasepak. Show all posts

26 June 2010

Sokongan Rahman Dahalan Terhadap Lesen Judi Dalam Sukan Jadi Noda Hitam Padanya

Sokongan wakil rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahalan terhadap lesen judi sukan pada 15 Mei lalu ternyata menjadi noda hitam pada dirinya.

Kerajaan malam ini telah mengeluarkan keputusan bahawa kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan kepada mana-mana pihak dalam negara ini kerana pertimbangan agama.

Sebenarnya, walaupun wakil rakyat Kota Belud itu merupakan penyokong kerajaan, namun agamanya tidak membenarkan dianya menyokong secara terbuka mengenai perjudian.

BN diwakili oleh berbagai agama, alang kah moleknya jika sokongan terbuka itu dibuat oleh wakil rakyat BN yang bukan beragama islam.

Melalui keputusan kerajaan yang diumumkan oleh Najib, bahawa tiada lesen judi sukan yang akan dikeluarkan, maka sokongan Rahman Dahalan kepada pemeberian lesen itu hanya menjadi noda hitam kepadanya sampai bila-bila.

Sebenarnya lesen judi sukan ini telah diberikan oleh menteri kewangan masa itu yakni Anwar Ibrahim kepada Ascot Sdn Bhd anak syarikat Berjaya groups, namun setelah tamat tempoh lesen itu, Ascot telah beberapa kali mencuba memperbaruhinya.

Najib sebagai menteri kewangan, telah mendengar beberapa pandangan termasuk NGO, bahawa pemberian lesen seumpama itu memberi kesan negatif kepada agama. Ataspertimbangan itu, maka lesen judi sukan tidak akan dikeluarkan.

21 May 2010

Bangga Tak Kita: Kasino Malaysia TOP Di Dunia

Ranking Casino Dunia Top-10

1.) Casino de Genting (PAHANG) – 13,000

2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220

3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000

4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700

5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000 T-

6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000 T-

7.) Sands Macao (China) – 8,000

8.) Caesar's Palace (Las Vegas) – 7,500

9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000

10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

Bangga kah kita? Kedudukan Casio de Genting tersenarai sebagai nombor satu di dunia dari segi jumlah pekerja.

Selain itu Malaysia juga tersenarai sebagai negara yang paling banyak outlet menjual nombor ramalan yang diadakan pada setiap hari Rabu Sabtu dan Ahad tiap minggu, ini tidak lagi termasuk undian khas (special draw).

Kota Belud walaupun daerah kecil dan pekannya juga kecil, outlet ramalan nombor terseragam indah. Outlet Toto, 88 dan Sandakan terdapat di pekan ini.

Pada hari-hari yang di sebutkan di atas, pada setiap petang, bersusun dan ramainya para pembeli ramalan nombor.

Mereka yang beratur adalah semua kaum di daerah ini, baik yang islam mahupun bukan.

Pemandangan pada hari-hari itu kita dapat menyaksikan para pembeli nombor ramalan adalah perkara biasa di pekan ini, kemungkinan ini lah kewajaran ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahalan menyokong pemberian lesen judi sepakbola piala dunia kepada kumpulan Berjaya.

15 May 2010

Datuk Rahman Dahalan Sokong Lesen Judi Bolasepak Piala Dunia

Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Piala Dunia 2010 ini.

Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Menurut  Rahman lagi, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan.

Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.

“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.

Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.

Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels