Showing posts with label dasar subsidi. Show all posts
Showing posts with label dasar subsidi. Show all posts

27 May 2010

Belumpun Subsidi Dibincang Harga Barangan Mula Naik

Bayangkan harga sardin kingcup minggu lalu adalah 4.30 setin, semalam dijual pada harga 4.70 setin, naik 9% lebih.

Begitu cepatnya para peniaga atau peruncit memberi respon kepada kepada perkataan "subsidi".

FOMCA semalam meminta agar kerajaan menghapuskan sistem subsidi, kerana sistem itu tidak mengenai sasaran.

Sebelum ini mantan perdana Menteri Tun Mahathir memberi pandangan agar supaya kerajaan menghapuskan subsidi secara perperingkat. Kerajaan perlu mengenai pasti barangan yang diberi subsidi selari dengan policy subsidi itu.

Misalnya subsidi minyak, tidak mengena, kerana orang-orang kaya juga mendapat subsidi, demikian juga gula, para pekilang juga mendapat subsidi. Pada gilirannya, penduduk luar negara juga ikut diberi subsidi, kerana barangan kilang itu di ekzport.

Dalam perkembangan lain Mesyuarat Jemaah Menteri semalam tidak membincangkan rancangan kerajaan untuk memotong subsidi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Perkara itu tidak dibincangkan,” kata Hishammuddin ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, menurut laporan Reuters lewat petang ini, yang memetik sumber, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini ada membincangkan perkara berkenaan tetapi tidak memutuskan berhubung methodology ataupun menetapkan jangkamasanya.

Menurut laporan itu, keputusan kerajaan tidak dijangkakan dalam masa terdekat ini.

“Kita masih terpaksa menunggu maklum balas daripada orang ramai dan membincangkan lanjut bagaimana cadangan berkenaan boleh diselaraskan sebelum dilaksanakan,” kata sumber itu kepada Reuters.

Kos subsidi negara ini mencecah RM74 bilion tahun lalu manakala kadar defisit dicatatkan pada kadar paling tinggi sejak 20 tahun lalu.

7 May 2010

Apa Yang Dicari Melalui Dasar Subsidi

Nelayan dan petani mendapat pembelaan daripada kerajaan untuk mengurangkan beban hidup terutama dimusim tidak berpendapatan.

Nelayan tidak berpendapatan pada musim tengkujuh atau musim angin kencang, manakala petani tidak berpendapatan di musim banjir dan kemarau panjang.

Pada musim-musim luarbiasa ini lah bantuan kerajaan kepada mereka sangat membantu menyara hidup termasuk belanja anak-anak mereka ke sekolah.

Namun, dilain keadaan, subsidi juga mengakibatkan golongan sasar ini menjadi malas, nelayan tidak turun ke laut lagi walaupun musim ikan mendarat, demikian juga petani, membiarkan tanahnya ditumbuhi rumput rumpai.

Sasaran pemberian subsidi sebenarnya sebagai insentif kepada mereka untuk mempertingkatkan produktiviti, sebaliknya menjadi faktor menurunnya produktiviti.

Ini lah sebenarnya menjadi dilemma kepada kerajaan. Kerajaan membantu dengan memberikan subsidi agar menjadi pemangkin kepada keluaran, namun subsidi bukan pula menjadi pendorong, malah mereka menjadi malas.

Penyakit malas ini, apa kah ada kaitan dengan fizikal kerana yang mendapat subsidi itu adalah golongan-golongan warga emas atau cacat atau kah penyakit malas itu adalah disengajakan, kerana merasa bahawa sara hidup tidak memerlukan tulang 4 kerat lagi,kerana telah terjamin?

Namun, penyakit malas ini berakibat ganda, selain supply yang diharapkan akan meningkat kerana subsidi ini, ternyata tidak tercapai. Akibatnya supply berkurangan. Apabila supply berkurangan, maka harga barangan yang diharapkan terus meningkat.

Pada masa ini, harga ikan di Kota Belud cukup tinggi, demikian juga lada, sayur dan semcamnya..

Siapa yang dirugikan? kerajaan kah? atau pengguna? atau siapa yang diuntungkan?. Apa yang dicari melalui dasar subsidi...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels