5 December 2012

Dicalon kah atau tidak-Saya tetap sokong UBN: Salleh


Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said menyahut soalan sepuemas Presiden semasa ucapan penggulungan Persidangan Agung Umno minggu lepas, apabila Ketua Bahagian Kota Belud itu menyatakan bahawa beliau tetap setia kepada Umno dan BN walaupun tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13.

Salleh dipetik BERNAMA berkata, beliau akur dengan keputusan pucuk pimpinan samada mencalonkan beliau atau sebaliknya.

Selain itu, Salleh juga berkeyakinan bahawa BN adalah parti yang boleh menang di Sabah. 

Pada PRU-12 lalu, BN Sabah hampir menyapu bersih kerusi parlimen mahupun DUN dan hanya kalah di Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong kepada DAP. Kerusi-kerusi yang kalah itu ditandingi Parti PBS komponen BN yang menyertai BN pada tahun 2002.

Walaupun BN Sabah diberi benchmark yang tinggi dan mendapat jolokan Simpanan Tetap BN, Salleh berkeyakinan gelaran itu dapat dipertahankan pada PRU-13 nanti.

Sebenarnya tiada isu utama parti pembangkang di Sabah, yang ada adalah berupa fitnah dan pembohongan. Atas sebab itu, para pemimpin Sabah kini lebih kepada program penjelasan dan penerangan.

Para pemimpin Sabah juga selain turun padang mereka juga mengurus padang untuk menyelesaikan masalah rakyat, demikian menurut Speaker DUN Sabah itu.


48 comments:

Hinamori said...

Umno komited untuk memperjuang nasib bangsa Melayu dan Bumiputera, parti itu juga beriltizam memastikan bantuan dan pertolongan kerajaan sampai kepada dan mampu dinikmati golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah daripada semua kaum di Malaysia.

Hinamori said...

Umno menghargai dan menyanjung tinggi sumbangan setiap warga Malaysia tidak kira apa latar belakangnya dengan kejayaan nasional

Hinamori said...

PM mengingatkan anggota Umno bahawa kemenangan dalam pilihan raya sebenarnya bergantung kepada banyak faktor seperti pengundi setempat, kecekapan jentera di setiap bahagian serta calon yang dipertandingkan

Hinamori said...

calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah iaitu bukan sekadar diterima oleh lingkungan parti tetapi hendaklah juga disenangi masyarakat setempat sebagai pengundi

Hinamori said...


Dalam memastikan kemenangan BN pada PRU-13, Najib menekankan pentingnya disiplin berorganisasi sebagai faktor tonggak yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini.

Hamdan Hadillah said...

Semangat sebeginilah yang kita inginkan sebenarnya sebagai seorang pemimpin.

Hamdan Hadillah said...

Walaupun tidak dicalonkan seharusnya bekas pemimpin perlu meneruskan sokongan mereka.

Hamdan Hadillah said...

Kita dapat lihat juga yang mana sekarang ini pelbagai isu mula dibuat untuk menjatuhkan dan merosakan perhubungan pemimpin BN.

Hamdan Hadillah said...

Bukan macam Lajim.. Lajim bukannya contoh yang baik. Kerana sudah tahu tidak dicalonkan pada akan datang dan terus membuat keputusan tarik diri dan menyertai parti lain.

Hamdan Hadillah said...

Apa pun yang terjadi kita perlu ada pendirian tersendiri dan tidak tergugat dengan pelbagai tawaran yang hanya untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.

Hamdan Hadillah said...

Teruskan menyokong UBN untuk sabah. Ini adalah yang terbaik untuk Sabah.

mantera said...

Salleh Said adlah antara pemimpin UMNO yang berfikiran terbuka dan benar2 berjuang untuk parti.

mantera said...

semua ahli perlu sentiasa memberi sokongan kepada parti walaupun tidak dicalonkan.

mantera said...

perjuangan parti untuk menjaga kebajikan rakat harus menjadi keutamaan.

mantera said...

moga BN akan terus kukuh di Sabah.

mantera said...

teruskan dptkan sokongan rakyat.

Blackforest said...

Najib meramalkan 5 kemungkinan yang akan berlaku jika seseorang pemimpin UMNO itu tidak terpilih sebagai calon PRU ke 13 nanti.

Pertama - akan sokong sepenuhnya
Kedua - akan sokong sahaja
Ketiga - tidak akan bekerja
Keempat - Sabotaj parti
Kelima - Lompat parti

Blackforest said...

Calon akan menjadi indikator utama perubahan yang cuba dibawa oleh parti ke atas struktur parti yang ada di negara ini. Calon dilihat akan memain peranan dominan dalam konteks untuk ditampil sebagai asas kepada muhasabah dan pembaharuan yang dilakukan oleh parti politik.

Blackforest said...

Ada juga cadangan agar nama calon diumumkan awal tanpa menafikan akan ada faktor penarik-penolak yang mempengaruhi sebarang keputusan ke atas isu ini.

Blackforest said...

Satu mekanisme perlu dicari untuk membolehkan yang tidak dipilih sebagai calon diberitahu awal. Jika diumum awal, apa kesannya; jika diumum lewat apa kesannya juga perlu diamati. Misalnya, seseorang calon yang diumum awal akan membolehkan kekecewaan dan kemarahan pemimpin serta penyokong yang tidak terpilih diredakan dengan usaha berterusan dalam satu jangka masa agar reda dengan keputusan tersebut dan diminta menyokong calon terpilih.

Blackforest said...

Walaupun begitu, ia juga membuka ruang masa yang lama untuk yang tidak dipilih merancang secara strategik untuk membunuh calon yang dipilih dengan pelbagai tohmahan dan memujuk pengundi untuk tidak memilih calon parti sendiri.

Blackforest said...

Sekiranya amalan lama diguna pakai yakni diumum ketika hampir PRU, ia akan membolehkan mereka yang tidak terpilih menggunakan waktu kempen untuk memburukkan calon sendiri yang turut boleh menjejaskan kempen calon parti.

Blackforest said...

Tempoh masa yang kritikal ini wajar digunakan bukan untuk berhadapan dengan musuh dalam selimut tetapi lebih baik ditumpu untuk meningkatkan tahap sokongan.

Maka, satu pendekatan terbaik yang bersifat 'menang-menang' perlu dicari agar yang terpilih, yang tidak dipilih dan yang digugur dapat sepakat bersama memobilisasi sokongan atas nama parti.

Blackforest said...

Begitu juga dengan calon bidan terjun atau paracut. Jangan paracut disabotaj tidak boleh dibuka sehingga calon gagal mendarat dan terpaksa dihantar pasukan bantuan keselamatan mencarinya.

Blackforest said...

Kalau dihantar lewat pasukan bantuan keselamatan, calon ini akan kalah sebagaimana penerjun payung terjun yang tidak berkemampuan membuka payung terjunnya. Pengalaman PRU 2008 perlu dijadikan iktibar dalam memperkukuhkan faktor dalaman parti.

Blackforest said...

PRU 2008 tidak signifikan dengan pemilihan calon kerana ada calon yang tidak boleh berkomunikasi bahasa kebangsaan dan banyak menghabiskan masa di luar negara boleh terpilih kerana pengundi melakukan 'undi protes' secara besar-besaran. Ada juga kawasan yang dimenangi oleh calon Bebas atas faktor yang sama tetapi pola atau tren ini tidak akan berulang kerana pengundi PRU-13 akan bersifat lebih rasional dan praktikal.

Blackforest said...

calon bandar dan luar bandar mempunyai kriteria yang berbeza sebagaimana calon kawasan Parlimen dan DUN. Malahan, lokaliti akan turut mempunyai kesannya ke atas pemilihan calon terutama bagi kerusi DUN.

unknown said...

Sokongan rakyat amat perlu

unknown said...

Without the people, a leader is nothing

unknown said...

I think this is crucial for politics nowadays

unknown said...

BN needs to brush up their election machinery for now. 

unknown said...

Salleh should have many BN supporters by now

unknown said...

Penentu masa depan yang utama 

unknown said...

Well Salleh, you cant force rakyat to vote for you but you can choose t stay

unknown said...

We all believe that this party will help us out

unknown said...

Walauapa pun sokongan padu tetap penting

unknown said...

Support and unity should instill in people heart

unknown said...

Sokongan padu harus ada

Pemerhati said...

Ahli UMNO Perlu Sokong Calon Yang Dipilih Untuk Menang Majoriti 2/3

Pemerhati said...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru semua anggota UMNO agar menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh parti menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Pemerhati said...

Langkah itu, katanya bagi memastikan perpaduan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat dikekalkan, sekali gus menguatkan BN dan memastikan kemenangan dua pertiga dapat dicapai.

Pemerhati said...

“Saya mohon agar semua anggota UMNO bersatu dan rapatkan barisan dan menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih parti.

Pemerhati said...

“Sama ada matanya sepet sebelah atau hidung penyek, sokonglah mereka dalam memastikan kemenangan dua pertiga pada PRU-13 kelak,” katanya ketika sesi soal jawab pada majlis Bicara Tokoh bersama rakyat di Felda Kemasul

Pemerhati said...

Dr Mahathir berkata sokongan orang Melayu telah berkurangan akibat perpecahan yang berlaku di dalam parti sehingga menyebabkan UMNO, parti yang mewakili orang Melayu di negara ini kalah teruk pada pilihan raya umum 2008.

Pemerhati said...

Justeru, katanya UMNO dan parti komponen BN perlu terus berdampingan dengan rakyat agar rakyat terus memberi sokongan.

Pemerhati said...

“Saya juga lihat sokongan terhadap UMNO semakin meningkat pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 baru-baru ini apabila ramai perwakilan dan anggota yang memberi perhatian dan respons yang cukup baik terhadap ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak).

Pemerhati said...

“Saya harap sokongan itu dapat diterjemahkan dengan memberi sokongan kepada parti dan memastikan BN menang pada PRU-13 kelak,” katanya lagi

Pemerhati said...

Tidak perlu timbul perbuatan sabotaj calon parti.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels