"Embayu" hanya satu-satunya cara untuk mendapat beras daripada padi. Cara tradisional ini, kini diganti dengan alat moden yang disebut "kisaran".
Embayu, sebenarnya adalah cara tradisional semua kaum di nusantara ini bagi mendapatkan beras daripada padi.
Embayu atau menumbuk padi mengunakan lesung. Lesung diperbuat daripada kayu. Biasanya kayu yang keras saja yang digunakan.
Embayu, boleh dilakukan seorang, berdua, bertiga, malah hingga enam orang. Kalau proses embayu lebih daripada seorang, istilah bagi iranun adalah "pelibanga". Bukan mudah melakukan "pelibanga" kalau "pembayu" melebihi tiga orang.
Tahun 60-an, penulis biasa melakukan "embayu" samada sebelum atau selepas sekolah atau masa-masa cuti hujung minggu.
Pada masa itu, kemampuan, antara 2-3 gantang padi (4-6 kg). 2-3 gantang, hanya dapat beras 3/4-1.5 gantang. Beras itu, cukup untuk makan 3-5 kali, ertinya cukup untuk di masak selang dua hari.
Idea menulis soal embayu ini, sebenarnya terlintas difikiran, selepas anak-anak mula bercuti hujung tahun. Melihat, anak-anak tiada aktiviti, tidak sama dengan aktiviti semasa penulis berdepan dengan cuti sekolah di masa persekolahan, maka idea menulis embayu teringin penulis kongsikan dengan rakan-rakan pembaca.
Embayu, pada masa silam di kampung, biasanya menjadi tarikan muda-mudi. Di saat bulan mengambang atau terang bulan, biasanya acara embayu beramai-ramai akan diadakan.
Embayu yang mengunakan "enduo" atau alu adalah proses mengupas sekam padi untuk dijadikan beras. Proses menumbuk dilakukan berulang kali, sehingga padi terlepas sekamnya.
Embayu di awal malam, biasanya akan menarik handai taulan untuk datang ke tempat di mana embayu dijalankan. Sebabnya, aluanan bunyi embayu seperti muzik yang menghiburkan. Bunyi alunan embayu yang menarik untuk didengar, selain seni menumbuk padi melalui "pelibanga" juga jenis lesung yang digunakan. Hanya jenis lesung yang diperbuat daripada seperti selangan batu atau belian, yang boleh menghasilkan bunyi seperti muzik.
Embayu, bukan sahaja menjadi pengikat silaturahim antara penduduk, juga sebagai perantara antara muda-mudi untuk mencari jodoh. Di sini, ibu bapa yang ada anak gadis atau anak muda akan bakal memilih menantu. Pertimbangan yang biasa jadi omongan adalah si anu dan si anu itu "mapasang" atau rajin.
Melalui proses embayu, juga kita akan menlihat hati budi seseorang, sama dengan melihat hati budi seseorang bagi mereka yang bermain golf.
Memilih bakal pasangan melalui kegiatan tradsisi ini, bukan sahaja menjadi pengherat hubungan, malah, hasil temuan pasangan daripada aktiviti ini, biasanya pasangan itu akan berpisah melalui kematian. Jarang berlaku pencerian, seperti mana berlaku melalui percintaan yang telah memamah era tradisi itu.
Era moden, seperti hubungan telepon, sms, whatapp, facebook atau instagram, tidak dapat menandingi, era kuno itu dari segi hubugan sosial; kerana era kuno itu telah terbukti melahirkan hubungan kental antara masyarkat pada zamannya.
Benarlah, semakin modennya dunia, maka hubungan antara masyarakat meskipun dekat, namun jauh. Malah seorang menteri kabinet kanan Sabah, pernah berkata, betapa hilanglah ikatan kekeluargaan akibat temuan moden yang melanda umat segagad. Bayangkan kata menteri itu " Sepatutnya satu jamuan keluarga di restoran untuk meraikan satu kejayaan, namun antara bapa-ibu-anak- langsung tidak berbicara, kerana masing-masing sibuk dengan gadget masing-masing".
Fasiliti dunia moden kini, seharusnya memperat hubungan antara insan, namun hakekatnya hubungan itu semakin jauh. Contohnya, meskipun hubungan telepon dapat disambung, namun kerana yang dipanggil tidak memberi respon, walaupun dipanggil berulang kali, ertinya alat moden itu, yang seharusnya alat mempererat hubungan silaturahim, tetapi hakekatnya mejauhkan hubungan antara umat.
Kalaulah acara embayu masih wujud dizaman ini, dan tidak diganti dengan alat moden, mungkin hubungan sosial antara umat masih kekal?
Sehubungan itu, penulis teringat posting gambar persawahan di Sungai Limau, Kedah oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumhan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan- Datuk Rahman Dahalan (gambar disertakan)- mengingatkan penulis, bahawa Menteri itu, ingin mengimbau kembali suasana hubungan antara rakyat pada zaman silam, yang penuh dengan keindahan dan keakraban. Kerana akibat politik, maka keakraban dan hubungan silaturahim bukan sahaja berkurang, malah putus.
No comments:
Post a Comment