11 December 2012

Apabila faktor sabotaj menghantui UBN

UBN benar-benar mengambil iktibar berhubung tsunami politik yang dihadapi gabungan 13 parti itu pada PRU-2008. Faktor sabotajlah merupakan fakor utama, kenapa ramainya calon-calon bidan terjun serta calon-calon yang dikitar sekian banyak berguguran pada pilihanraya itu.

Pada PRU itu, UBN mendapati tiga Presiden parti komponennya kalah berserta calon-calon daripada parti yang dipimpin mereka, adalah penyebab tsunami politik itu. Selain kekalahan calon-calon parti komponen, calon-calon bidan terjun yang dimotori orang tertentu, juga salah satu penyumbang kepada ramainya calon-calon UBN kecundang.

Berasaskan kepada pengalaman itu, faktor sabotaj disenaraikan sebagai salah satu faktor yang boleh membahayakan UBN, selain faktor persepsi rasuah Kroni, dan Nepotisme.

Sebenarnya faktor yang menjadi kekangan kepada UBN untuk menang besar sekurang-kurangnya 2/3 dewan rakyat adalah dua faktor itu. Atas sebab itulah, semasa berucap penggulungan persidangan UMNO ke-66 pada 1 Disember, Presiden parti mengingatkan para ahli dan penyokong UBN, betapa bahayanya faktor sabotaj dan faktor persepsi yang diwujudkan oleh pihak lawan.

Mungkin kah faktor sabotaj tidak berlaku? jawapannya, mungkin tidak berlaku, kalau calon-calon yang dipilih nanti menepati selera semua. Calon-calon itu, bukan sahaja mendapat restu daripada pihak atasan, juga mendapat restu dan dokongan daripada peringkat bawah, yakni akar umbi.

Pada PRU-12 lalu, kalau kita perhatikan, calon-calon pembangkang yang menang terutama daripada PKR, adalah mereka-mereka yang tidak mempunyai nama langsung dalam arena politik tanah air; kenapa mereka boleh menang? akibat marah dan sabotajlah penyebab kemenangan itu.

Pada PRU-13 ini, faktor-faktor yang boleh membawa kepada unsur marah dan sabotaj perlu dielak diawal mungkin, kerana kalau tidak dapat diatasi, ianya boleh membawa kepada malapetaka besar.

38 comments:

Unknown said...

Parti komponen Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap saranan agar menyingkir mana-mana pemimpin atau anggota yang melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Unknown said...

Kepimpinan BN dengan tegas menyatakan bahawa tiada ruang untuk mana-mana ahli yang tidak setia.

Unknown said...

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar)berkata perbuatan sabotaj merupakan kesalahan serius dan menegaskan agar semua parti komponen supaya tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menentang BN.

Unknown said...

Katanya PRU 2008 merupakan pengalaman pahit bagi BN apabila perbuatan sabotaj menjadi punca kepada kegagalan BN untuk mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Unknown said...

“Umno tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan tidak setia malah begitu juga parti-parti komponen yang lain. Kita tidak mahu ada orang yang melakukan sabotaj di kalangan kita,” kata Tengku Adnan.

Unknown said...

Sementara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata komponen BN tidak perlu bertolak ansur dengan ahli yang mengkhianati mereka.

Unknown said...

Bagi Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha, beliau berkata jawatankuasa pusat telah mengumumkan enam bulan lalu bahawa parti itu akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang melakukan sabotaj kepada calon BN.

Unknown said...

Manakala Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu telah memecat ahli yang melakukan sabotaj kepada calon BN dalam pilihan raya umum sebelum 2008 dan menegas tidak akan teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama sekali lagi.

Unknown said...

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata parti itu pada masa lalu pernah menggantung atau memecat ahli yang didapati bersalah atas kesalahan mensabotaj.

Unknown said...

Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata parti itu tidak akan bertolak ansur dengan ahli yang melakukan sabotaj walaupun parti itu tidak pernah mengalami masalah berkenaan sebelum ini.

Unknown said...

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berkata perbuatan sabotaj jarang berlaku dalam parti namun memberi jaminan akan bertindak tegas mengenainya sekiranya terjadi.

Unknown said...

Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas berkata jawatankuasa disiplin parti itu akan bertindak dengan segera jika terdapat sebarang kejadian sabotaj pada PRU akan datang.

John Winchester said...

Sindrom perasan bagus dan hebat ni banyak terdapat dikalangan pemimpin yang tidak sedar diri.

John Winchester said...

ada yang berasakan dirinya cukup layak,tetapi beliau hanya layak dimata tukang kipas dan pengikutnya saja tetapi tidak kepada rakyat secara keseluruhan.

John Winchester said...

Sindrom perasaan perasan hebat ini menjadi penyakit hinggakan ada yang sanggup sabotaj parti,cah keting dan hinggakan cuba mengalahkan calon dengan membantu pihak lawan.

John Winchester said...

bersetuju dengan pendapat dan amaran Ds Najib,jika ada golongan perasan bagus cuba nak sabotaj calon parti dan BN.Adalah lebih baik ditendang keluar.Pengkhianat jenis ini hanya mementingkan diri daripada aspirasi BN.

John Winchester said...

Ada yang berdegar degar bercakap soal pemilihan calon,tetapi orang yang bercakap itu jika tidak terpilih perangainya pun sama juga.Sindrom perasaan perasan.


John Winchester said...

Buat Adun dan Ahli Parlimen yang terbukti berkerja dan berkhidmat kepada rakyat bersungguh sungguh,usah anda bimbang rakyat tahu dan nampak siapa buat kerja siapa yang culas.

John Winchester said...

Semua orang tahu Guan Eng lidah bercabang ini hanya mengkayakan kroni dan membangunkan projek rumah rumah mewah,betullah kata regim DAP mereka berjaya menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang sebab golongan miskin rumah mereka diroboh,kampung mereka dihancurkan dan dihalau..maka tiadalah orang miskin di Pulau Pinang.

John Winchester said...

Biawak lidah bercabang seperti Guan Eng terseksa dikerana aura Najib mendapat sokongan rakyat,buat haprak pakatan mereka bagaikan kepanasan melihat pelbagai janji dilaksana demi kepentingan rakyat

John Winchester said...

Anwar mengakui masalah perumahan mampu milik di Pulau Pinang masih belum dapat diselesaikan kerajaan negeri DAP

John Winchester said...

Syukurlah kerana BN telah belajar dari kesilapan 2008, di mana faktor calon yang salah banyak merugikan parti yang sedia lemah ketika itu.

John Winchester said...

perlunya rakyat bertindak matang agar tidak terpedaya dengan taktik sabotaj dan golongan yang tidak matang itu.

John Winchester said...

penting untuk kita melihat sesuatu dalam konteks yang besar dan luas sebelum membuat keputusan.

jackie said...

Jika ada pemimpin Bn yang tidak setia, lebih baik buang terus, hanya buang masa sahaja.

jackie said...

Wakil rakyat yang di pilih perlu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, agar rakyat akan sentiasa memberi sokongan.

mantera said...

setiap ahli BN harus bekerjasmaa dan saling membantu.

mantera said...

tak perlu nak sabotaj satu sama lain.

CarloS said...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melontarkan soalan ‘cepumas’ penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota UMNO untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti.

CarloS said...

Menyifatkannya sebagai soalan yang penting dan perlu dibuat kaji selidik, presiden UMNO itu mengajak para pejuang parti untuk memikirkan persoalan itu kerana ia bakal menentukan kalah menang parti pada pilihan raya umum itu.

CarloS said...

Lima kemungkinan ditawarkan Najib bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu — sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.

CarloS said...

“Ini survey penting…tanya diri sendiri. Kita tidak akan edar borang dalam dewan ini, jangan bimbang…tetapi saya nak tuan puan sekalian dalam dewan ini, dalam perjalanan balik nanti, dalam kereta nanti, dalam bas ekspres nanti, cuba tepuk dada, tanya selera,” katanya disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan.

CarloS said...

Menggulung perbahasan pada sesi penutup Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, Najib menuntut warga UMNO menghayati dan membawa semangat yang bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra itu, pulang ke tempat masing-masing

CarloS said...

“Kita hendak semangat seperti ini bertahan sampai masa pilihan raya. Bawa balik masa kita jumpa penyokong-penyokong kita, sebab dalam kalangan kita banyak batu ronsonnya (batu api), banyak tukang kipas, dia cong (tipu) kita, kalau tidak kuat iman, daripada sokong sepenuhnya turun pada sokong, ataupun dari sokong dia buat dek (tak tahu)…tidak bekerja (untuk parti) atau lebih parah dia sabotaj atau lompat parti,” katanya.

CarloS said...

Beliau turut mencuit sinis golongan yang sanggup mengkhianati parti selepas puas merasai nikmat yang diperolehi semasa berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

CarloS said...

“Saya sebut ini sebagai segala kemungkinan. Dalam dewan ini hampir semua penyokong tegar, penyokong setia pada perjuangan parti. Tetapi jangan lupa ada juga bekas menteri, timbalan menteri yang sudah mengkhianati parti ini.

CarloS said...

“Dia sudah rasa nikmat jadi menteri dan timbalan menteri dan banyak lagi nikmat lain, tetapi hari ini kerana gila jawatan, mungkin kerana dihasut orang tertentu, hari ini mereka jadi orang yang menentang UMNO dan BN,” katanya.

CarloS said...

Sebab itu, kata Najib, pada perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum ini, jawapan paling wajar kepada soalan cepumas yang diutarakan itu adalah perakuan untuk terus menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels