1 August 2010

Ada kah pemimpin Kota Belud parasit? jika ada Siapa?

Sedutan daripada blog Datuk Salleh "Kita sebagai pemimpin perjuangan bangsa harus menampilkan nilai-nilai dan moral politik yang luhur, telus dan ikhlas. Amalan politik “lempar batu sembunyi tangan” hendaklah dielakkan kerana ia boleh melahirkan “parasit” yang akan membunuh seluruh sistem perjuangan."

Bagi OKB keluhan Ketua Bahagian Umno Kota Belud ini mungkin ada asasnya. Jika keadaan ini tidak berlaku, tidak lah mungkin sebagai mantan ketua menteri dan sekarang ini memegang jawatan penasihat sains dan teknologi kepada ketua Menteri Sabah, sanggup melontarkan pandangan demikian.

Kota Belud adalah kawasan unik. Cara berpolitikpun unik. Amalan politik Kota Belud, sejak sekian lama penuh dengan warna-warni. Jarang benar, politik Kota belud tidak ditandai pelangi.

Politik Kota Belud jarang ada yang to the point. Politik Kota Belud, penuh dengan rasa dendam, jatuh menjatuh.

Politik Kota Belud penuh dengan kesukuan. Lihat sahaja, bagaimana kaum minoriti jarang ada peluang untuk diketengahkan. Kalaupun ada, hanya kebetulan. Dan yang diketengahkanpun, bukannya ada apa-apa.

Pada masa kini, politik kesukuan ini cuba diminimakan, namun masih ada pemimpin yang masih membangkitkan soal-soal kesukuan, soal-soal sejarah dengan tujuan meminggirkan sesama pemimpin dalam pasukan atau perahu yang sama; mungkin inilah yang dimaksud oleh Salleh sebagai parasit politik?

Malah Salleh menzahirkan bahawa amalan lempar batu sembunyi tangan dan parasit politik telah dibuktikan oleh sejarah. Dalam sejarah; sikap berkelompok-kelompok mudah mewujudkan fitnah dan boleh mencetuskan perpecahan dan kehancuran.

Jadi, jika ingin menjadi pemimpin, maka bersedialah menjadi penyokong, kerana suatu hari nanti kita juga perlu disokong.

Jadilah penyokong yang setia, jangan pula sokong membawa rebah. Namun, ada juga pemimpin daerah ini yang hanya mahu disokong, apabila penyokong mahu disokong, maka berbagai dalih dan alasan dikemukakan. Penyokong yang mengharap sokongan terpaksa melutut, bagaikan pengemis, pun demikian, sokongan tidak kunjung tiba.

Seorang kawan berborak dengan OKB sebelum tulisan ini ke udara. Kawan itu menceritakan pengalaman pahitnya berhadapan dengan para pemimpin Kota Belud.OKB kenal benar kawan satu ini, dia memang pejuang bukan sahaja masa, tenaga malah harta benda, namun pada masa ini, kawan ini hidup merimpat tanpa batuan atau sokongan daripada pemimpin yang pernah disokongnya. Malah satu ketika, kawan yang dimaksudkan pernah berbulan-bulan mengejar-ngejar pemimpin yang disokongnya, kerana telah dijanjikan bulan dan bintang. Akhirnya, wang KWSP yang telah dikeluarkan semuanya sirna, janji tinggal janji. Kawan itu kini tiada harapan lagi.

Nasihat kawan itu kepada OKB, jangan lah bergantung harap, siapakah saudara? kenapa pemimpin itu mahu bantu saudara?

OKB juga teringat kisah seorang kawan.Kata kawan tersebut, sebelum ini ada seorang wakil rakyat yang beria-ia sangat nak tolong kawan, sebab apa nak tolong, kerana kawan tersebut merasakan bahawa YB yang satu ini yang dapat tolong, atas sebab apa? kerana YB ini kononya adalah jenis YB yang mudah menolong, atas propaganda tersebutlah, kawan ini cuba mendapatkan pertolongan. Pertolongan bukan mahu meminta wang ringgitnya, namun meminta pertolongan kuasa yang ada pada YB berkenaan. Namun kata kawan tersebut, kini sudah genap setahun pertolongan yang sangat diharapkan tidak kunjung datang.

Jika dahulu YB itu mudah menjawab panggilan katanya; kalau pun tidak ontime menjawab, maka akan membalas panggilan. Namun kini, semuanya itu sirna, mungkin YB itu telah merasa secure, kerana YB itu tahu, bahawa politik Kota Belud adalah politik wang begitulah komen kawan itu.

YB itu yakin jika masih dipilih sebagai calon, maka wang ada akan ditabur, sudah tentu, YB ini akan menang lagi. Jika bertanding jawatan parti, maka wang juga akan ditabur, maka menang lagi. Kesimpulannya bagi YB yang satu ini, untuk berkuasa, maka perlu wang. Wang akan menentukkan segala-galanya. Bagi YB satu ini istilah "Apabila kita mengharapkan sokongan dari orang lain, kita juga harus terlebih dahulu atau sedia menyokong orang lain" tidak jalan, tiada dalam kamusnya.

Parti seharusnya tampil sebagai ejen perubahan sikap, budaya dan sosial. Pengurusan dan pentadbiran yang cekap, cepat dan tepat hendaklah menjadi amalan, baik dalam pentadbiran kerajaan mahupun pengurusan politik bukan matalamatnya, matalamatnya adalah bagaimana mengumpul wang banyak untuk mencipta kuasa. Power given by money!!! demikian pengakhir keluhan kawan juga teman OKB itu.

13 comments:

tombolo said...

sebagai pemimpin ia perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dgn baik.jujur dan adil

Ted Medresher said...

ambil tindakan terhadap mana2 parasit yang telah dikenal pasti sebelum sistem perjuangan umno dilumpuhkan.. rasanya walau berulang kali PM atau pemimpin2 atasan melaungkan perkataan transformasi, namun setakat suara tanpa tindakan tidak akan memberi makna.

supra said...

tidak ada perasit dikalangan pemimpin kota belud, pemimpin2 perlu menjalankan tugas mereka dngn baik.

mai said...

parasit tidak perlu ada dalam kalangan pemimpin.
apa yang diperlukan adalah semangat bekerjasama dan saling membantu.

toM said...

tanggungjawab kepada rakyat itu yang sangat penting bagi seorang pemimpin. Jadi, jangan sia-siakan tanggungjawab itu dan bantulah rakyat untuk kebaikkan semua.

pacayang said...

kenapa harus ada parasit pula dalam pemimpin kb? jangan sekali pun, ini akan memburukkan smua pemimpin nanti. oleh itu, elakkan dan berkerjasama semua pemimpin Kb.

mantra said...

parasit tidak seharusnya wujud dalam kepimpinan, pemimpin2 harus menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat dgn baik.

durian said...

Saya rasa parasit berada dimana-mana parti.
Bagi kawasan KB, rakyatnya harus pandai menilai siapa parasit ini dan singkirkannya supaya tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

nunu said...

Saya rasa orang KB tahu siapa parasit.

norlaila said...

Parasit ada dimana-mana saja, yang penting kita harus tahu cara menangkis kerosakan yang dibawa parasit ini.

jamirin said...

Jangan sampai ada parasit. Apa yang dibuat, buatlah secara telus dan boleh terdedah dibawah matahari. Dengan itu, parasit tidak akan wujud.

bobby said...

Walaupun parasit ini wujud, ia akan disingkirkan mengikut aliran masa.

zoro said...

Kalu ada, singkirkan mereka. Jangan sampai rosak semua.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels