29 August 2010

Setiausaha BN Sabah gagal rungkai plot jatuhkan Musa Aman

Plot untuk jatuhkan Musa Aman telah mula terbongkar. Semalam Timbalan Pengerusi Umno Negeri Sabah, DSP Salleh Said telah mendedahkan  adanya plot tersebut, malah; mantan Ketua menteri itu mendakwa LDP bersekongkol dengan pihak ke-3 untuk menjatuhkan Musa Aman.

Persekongkolan LDP dan pihak ke-3 itu kononnya mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Musa sebagai pengerusi BN Sabah.

Gerakan ini merupakan tamparan hebat kepada Setiausaha BN Negeri Datuk Rahman Dahalan, kerana gagal mengesan apa tak lagi membendungnya.

Seharusnya sebagai setiausaha BN telah awal-awal lagi telah dapat merungkai perkara ini, kerana usaha seperti ini akan menganggu gugat keutuhan BN negeri, yang dikatakan sebagai Fixed deposit BN.

Datuk Rahman yang mengetuai urus setia BN negeri sepatutnya dapat mengetahui lebih awal lagi plot seumpama ini, jika dianya mempunyai jalinan yang kuat terhadap komponen-komponen BN.

Pada Selasa lalu, Timbalan Presiden LDP-Sabah Chin Su Phin telah mengeluarkan kenyataan bahawa partinya tidak lagi menyokong Musa Aman, namun tetap menyokong Umno dan kepimpinan Najib Razak.

1 comment:

ROJOKOBOG said...

Salam 1 Kota Belud,

Benar seperti apa yang dikatakan Saudara 1KB bahawa Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin, LDP menyokong UMNO dan kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak tetapi tidak menyokong Datuk Musa Aman ( Daily Express 26.08.2010, tetapi pada hakikatnya itu adalah pendirian LDP yang disuarakan oleh Timbalan Presidennya, sebaliknya kita tidak tahu apa pula pendirian Presiden LDP Datuk V.K Liew berhubung situasi dan isu semasa ini, samada kenyataan Timbalan Presiden LDP tersebut hanya sekadar suara sebahagian daripada Ahlijawatankuasa yang menghadiri mesyuarat Barisan Nasional sehari sebelum kenyataan akhbar tersebut.

Kenapa pula kita menganggap Setiausaha BN Sabah Dato Rahman Datuk Dahlan gagal menangani isu ini sebelum ianya menular lebih jauh, adakah benar ada plot untuk menjatuhkan Datuk Musa Aman sedangkan hanya LDP sahaja yang menyuarakan ketidakpuasan hati sebilangan kecil penyokongnya, semasa mesyuarat tertinggi BN Sabah diadakan rasanya semua saluran telah digunakan oleh LDP untuk merungkai segala persoalan yang mereka alami dan telah dijawap oleh Pengerusi BN pada mesyuarat tersebut, rasa tidak puas hati Timbalan Presiden LDP adalah merupakan perkara biasa yang masih ada jalan penyelesaian untuk menangani beberapa isu yang menyelubungi parti kompenan Barisan Nasional tersebut. Tindakan SU BN Sabah untuk tidak mengeluarkan kenyataan akhbar adalah bertepatan disebabkan Pengerusi BN Sabah iaitu Datuk Musa Aman telah menjawap semua persoalan yang dikemukakan semasa mesyuarat BN diadakan, tiada gunanya kita melatah diluar bilik mesyuarat sedangkan masalah tersebut boleh disuarakan melalui perundingan keluarga ( Mesyuarat BN ) diharapkan agar Presiden LDP dapat meyakinkan para penyokong akar umbi LDP bahawa isu ini tidak akan berlarutan dan akan dibereskan dalam masa terdekat dengan kerjasama semua parti kompenan Barisan Nasional.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels