13 August 2010

Apabila gambar pengganti diri

Bulan puasa datang saja, pasti ada gambar besar dipampang di persimpangan jalan sebagai pengganti diri. Itu bagi pemimpin. Bagi rakyat biasa pada bulan puasa, bazaar ramadhanlah tempat pertemuan atau surau-surau atau masjid.

Lain pula kalau musim pilihanraya, apa jua pilhanraya, yang datang ada lah calon sekurang-kurang wakil calon, pengganti diri tak main. kenapa ya?

12 comments:

joey said...

bagi saya, apa yang penting adalah pemimpin menjalankan tugasnya kepada rakyat. walau apa pun, sebaiknya pemimpin turun padang tidak kira apa musim pun. selamat berpuasa kepada semua.

Logop said...

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Pemimpin haruslah turun padang . Jangalah malas.

Anonymous said...

pemimpin yang baik perlu sentiasa mendekati rakyat.

zam said...

pemimpin perlu berusaha untuk sentiasa mendekati rakyat tidak kira masa. namun apa yang penting adalah setiap luahan dan masalah rakyat diselesaikan.

Bujang Senang said...

Selamat Berpuasa semua..
Gambar penganti diri, tidak apalah tidakkan suruh orang betul melekatkan. hehehee tapi kalau betul dia itu pemimpin yang berjiwa rakyat. bukan saja gambar penganti diri, tapi tuan punya badan sekali turun padang berjumpa dengan rakyat.

Unknown said...

Pemimpin-pemimpin haruslah dekat di hati rakyat, lebih mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan pelbagai perkara supaya boleh mengukuhkan lagi kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap mereka.

Unknown said...

Ia adalah penting untuk semua pemimpin mendekati rakyat tidak kira musim apa. Pemimpin haruslah ikhlas membantu rakyat.

Unknown said...

Selamat berpuasa kepada semua. Pemimpin tidak patut mengamalkan "pengganti diri". Sebaik-baiknya pemimpin harus mendekati rakyat. Rakyat hanya akan memberi sokongan kepada pemimpin yang berusaha untuk mendekati dan membantu rakyat.

Unknown said...

Seorang pemimpin berjiwa rakyat akan turun padang dalam apa jua keadaan atau bila2 masa. Menggunakan gambar pengganti diri tidak sepatutnya diamalkan selalu. Kena turun padang juga untuk berjumpa dengan rakyat dan mendengar masalah yang dihadapi mereka.

Bagaimanapun, selamat berpuasa kepada semua. :)

jsiput said...

Tidak lama lagi pilihan raya, tetapi masih ramai lagi pemimpin tidak berusaha untuk mendekati rakyat. Apa2x pun saya berharap pemimpin akan mengubah sikap mereka.

Ted Medresher said...

mungkin ada masa atau keadaan tertentu yang memaksa atau membuatkan pemimpin menggunakan pengganti diri. tapi sebaiknya jangan terus diamalkan malah dikurangkan bagi memperlihatkan kesungguhan pemimpin untuk kekal sebagai pilihan rakyat.

Antanum said...

Apa yang saya lihat ini sudah menjadi kebiasaan, yang mana keadaan ini sudah lama dipraktiskan oleh orang2 kita dan tidak ada sesiapa yang ingin melakukan perubahan... Tidak menjadi isu bagi saya...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels