16 October 2010

Almudin Kaida berdepan Yong Teck Lee Di PRK-Batu Sapi?

Musa Aman maklum-bahawa kawasan parlimen P-185 Batu Sapi 60% adalah bumiputera islam daripada suku USBO.

Jumlah pengundi bagi kawasan tersebut adalah 26,000; 38% adalah pengundi cina, selebihnya adalah bumiputera bukan islam dan 1,700 undi pos.

Berasaskan taburan undi-sebenarnya kawasan tersebut adalah untuk bumiputera islam.

Almudin Kaida adalah Timbalan Presdien PBS. Kawasan tersebut adalah kuota PBS. Alangkah elok-jika Tan Sri Pairin memberi peluang kepada timbalannya tersebut untuk bertanding untuk pertama kalinya.

Jika Almudin dipilih-kemenagan muktamad pasti dalam gengaman.

Almudin akan berdepan dengan Presiden SAPP Yong Teck Lee. Bagi Yong kekosongan kawasan Batu Sapi merupakan suatu peluang baginya untuk menguji popularitinya.

Di samping itu- rasa geram dan dendam Yong Teck Lee terhadap mantan Timbalannya Raymond Tan-ADUN Karamunting sangat membara.

Melalui PRK kali ini-akan terlihat-manakah yang popular- Yong Teck Lee kah atau Raymod Tan di kawasan cina.

Bagi kawasan bumiputera Islam-yang terdiri daripada rumpun USBO- OKB merasakan-bahawa majoriti pengundi akan memangkah BN.

Almudin adalah daripada rumpun USBO-berbaloi jika diberi peluang. Pertimbangkan lah.

14 comments:

eika said...

tidak kira lah siapa yang dicalonkan. yang penting pemimpin tersebut boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada masyarakat.

mandau said...

hanya calon yang terbaik akan dipilih oleh rakyat.

evan medhousky said...

gunakan masa yang ada ini sebaik2nya dan teruskan usaha mempersiapkan parti. dalam politik tiada yang mustahil, tapi tanpa usaha semuanya pasti mustahil.

evan medhousky said...

mungkin lebih baik jika mana2 parti yang bakal bertanding turun melakukan tinjauan untuk mengetahui secara terus dari penduduk Batu Sapi berkenaan dengan persoalan2 yang masih belum dapat diputuskan.

lafizah said...

seronok juga mendengar cerita Almudin Kaida timbalan PBS yang disokong oleh Datuk Musa Aman untuk menjadi calon Batu Sapi. tapi kita tunggu saja siapakah yang akan bakal bertanding. Almudin mungkin juga mempunyai kebolehan tersendiri tambahan lagi beliau adalah anak tempatan. Jadi mustahil akan memperolehi kejayaan.

Nurul said...

Harap cadangan Datuk Musa Aman akan diberikan peluang oleh Tan Sri Pairin untuk menjadi calon PRK Batu Sapi nanti. Tapi apa pun perbincangan haruslah dibuat untuk mendapat persetujuan dari semua wakil BN. Harap BN akan mampu yang terbaik. Sekiranya Almudin berdepan dengan YTL janganlah, buktikan yang BN akan tetap menjadi pilihan penduduk Batu Sapi.

amrul said...

Dengan penjelasan yang dibuat dalam artikel ini. Nampak macam BN ada peluang besar mempertahankan Batu Sapi. Semoga BN akan tetap dengan majoriti pilihan penduduk. Kita harap YTL akan terima kenyataan nanti bahawa penduduk tidak menyokong dengan YTL.

Jonny said...

Semoga calon terbaik akan muncul sebagai pemenang. Selamat berjuang dan selamat mengundi!

Jonny said...

Diharapkan pengundi Batu Sapi akan membuat pilihan yang terbaik.

mai said...

pastikan calon yang bertanding adalah baik untuk rakyat dan bertanggungjawab. rakyat Batu Sapi perlu membuat pilihan dengan sebaiknya.

mike said...

mungkin jika Almudin yang menjadi calon akan membuka peluang kemenangan yang lebih besar kepada BN..namun terpulang kepada pucuk pimpinan BN negeri bagi menentukan siapa yang akan mewakili BN sebagai calon pada PRK batu sapi.

mike said...

peluang kemenangan BN di batu sapi adalah tinggi namuntentu sekali akan digugat oleh PR dan juga SAPP..persaingan yang sengit akan berlaku..oleh itu, BN haruslah tidak terlalu yakin dan harus sentiasa bersedia sepenuhnya..

mike said...

siapa pun calon BN itu nanti, sokongan dan komitmen penuh harus diberikan kepada beliau..

Antanum said...

Kepada yang mengundi, pilihan anda akan menentukan nasib anda...jadi pilihan kena betul2 tepat dan jangan terpedaya dengan janji2 manis tetapi yang kita mahu adalah kualiti dan bagaimana satu2 calon itu dapat memikul tanggungjawab tertentu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels