27 February 2013

Manifesto Pakatan Besar sudu dari kuah

SEBENARnya tiada sesuatu yang baharu dalam manifesto pakatan yang dibentangkan pada Isnin. Manifesto itu hanya tokok tambah sana sini apa yang ada pada BUKU JINGGA yang mereka lancarkan sebelum ini.

Walaupun pemimpin pakatan berkata manifesto mereka itu "tidak menjanjikan langit dan bumi" namun bagi pemerhati melihatnya manifesto itu sungguh "ambitious" semata-mata untuk bersaing dengan kemampuan dan pencapaian barisan nasional. 

Pakatan cuba menggambarkan di atas kertas, bahawa mereka mampu melakukan ini dan itu, namun tidak menjelaskan cara dan bagaimana mendapatkan sumber terutama kewangan untuk membiayainya. 

Pakatan mendakwa akan melakukan penghematan sehingga 24 peratus daripada kos mengurus serta pembangunan yang dibentangkan Bn seperti mana bajet 2013 negara (RM206bilion), dengan mengorbankan pembinaan jalanraya dan infrastruktur.

Ertinya, Pakatan tiada kelebihanpun, kerana mereka tidak mampu mempertahankan yang sudah ada, sebaliknya hanya menukar tujuan seperti membalikkan coin 50 sen, ekor ke kepala.

Manifesto Pakatan kelihatnya hanya condong kepada matalamat DAP dan PKR, seolah-olah mengenpikan Pas, kerana dalam manifesto itu tidak menyebutkan asas perjuangan Pas-meneggakkan negara islam.

Bukti Pas diketepikan melalui manifesto itu, apabila Datuk Hadi diberikan peluang berucap mewakili partinya, seolah seseorang yang hilang arah tujuan, ucapannya bukanlah merupakan ucapan akan tetapi lebih mendekati ceramah.

Bagi penyokong Pas, Hadi adalah calon Perdana Menteri, namun semangat untuk itu tidak terdapat pada Hadi, apabila berdepan dengan Anwar.

Bukan sahaja semangat tiada pada Hadi, akan tetapi beliau akur kepada kelemahan dirinya sendiri, kerana kurang pengetahuan dalam banyak perkara terutama ekonomi, perkembangan dunia, kerana Presiden Pas itu yang terbentur dengan pengetahuan agamanya.

Melihat manifesto pakatan yang dibentangkan semalam, entah apa sambutan rakyat terhadapnya, kerana sebenarnya Pakatan masih banyak berhutang kepada rakyat kerana kebanyakkan janji-janji manifesto tahun 2008, belum ditunaikan. Disebabkan kegagalan menunaikan janji, sehingga Menteri Besar Selangor Tan sri Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan, bahawa manifesto bukanlah aku janji yang perlu ditunaikan.

Jika demikianlah pendirian Pakatan (kenyataan Khalid itu) apa kah tujuan mereka me-reka manifesto? Benarlah kata para pemimpin dan penyokong Bn, manifesto pakatan hanya berupa retorik dan janji manis, tujuannya hanya untuk menipu rakyat.

Melihat konvensyen kali ke empat Pakatan semalam, nampaknya sambutan pada kali ini, sungguh tidak memberansangkan, sehingga memperanjatkan penyokong tegar tiga parti itu. Bukan sahaja penyokong malah kepimpinan pakatan sendiri terkejut dengan sambutan yang begitu kurang, jika dibandingkan tahun lepas di Kedah.

Keadaan di Shah Alam, sungguh sunyi dan kelihatan tidak bermaya. Malah semasa Anwar berucap tidak kedengaran ucapan yang berapi-api tanda yakin akan merampas Putrajaya, sebaliknya meminta hadirin agar jangan terlalu yakin dan bongkak, kerana dalam politik katanya perlu adanya kesederhanaan.

Ada yang melihat lontaran kata-kata Anwar itu ditujukan kepada pemimpin DAP dan penyokong parti itu, kerana sejak akhir-akhir ini, para pemimpin DAP begitu bongkak kerana merasakan sokongan kaum cina berpihak kepada parti itu.

DAP mahu semua kawasan majoriti cina ditandingi parti itu, sehingga timbulnya perbalahan antara pemimpin akar umbi kedua parti itu, terutama di Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Pada Isnin, walaupun Pakatan mengimpikan mahu merampas Putrajaya, namun tiada seorangpun pemimpin utama pakatan menzahirkan keyakinan itu semasa konvesyen dan pelancaran manifesto mereka. Malah Anwar tidak berani membayangkan jumlah kerusi yang bakal dimenangi pakatan longgar tiga parti itu.

Apa yang pelik pada ucapan Anwar itu apabila "lupa" menyebut keupayaan kerajaan Pas Kedah, sedangkan beliau begitu bersungguh-sungguh memuji Nik Aziz dan Lim Guan Eng, dan sebagai saguhati, Khalid Ibrahim juga mendapat tempias pujian walaupun dengan nada yang seperti tidak bermaya.

Nampaknya, Anwar sedar bahawa Kedah tiada harapan lagi bagi Pakatan, kerana umum mengetahui, bahawa kerajaan Pas di negeri itu diselubungi masalah sejak tahun 2008.

Anwar tahu bahawa kemenangan pakatan di Kedah pada tahun 2008 dengan majoriti yang kecil, bakal tidak akan berulang. Anwar sedar, jika kalah di Kedah, maka impian merampas Putrajaya dan menobatkannya sebagai Perdana Menteri bakal tidak menjadi.

Walaupun Anwar dijajah terutama di negeri asalnya Pulau Pinang, bahawa beliau bakal menjadi Perdana Menteri ke-7 negara, namun hakekatnya semuanya hanya buih laut, kerana beliau sedar, bahawa impian itu tidak akan menjadi kenyataan.

Atas sebab itu, setakat ini, Pakatan belum memutuskan siapa bakal Perdana Menteri, kerana memutuskannya, tiada erti, kerana ianya hanya catatan.

Atas faktor inilah, manifesto Pakatan menulis apa sahaja, kerana mereka tahu ianya bukan janji yang perlu ditunaikan, kerana mereka tahu, pakatan tidak akan menjejak Putrajaya sebagai kerajaan.

Untuk itu, KITA sebagai pengundi, jangan lah termakan semua janji-janji palsu itu, ambillah iktibar kejadian di Selangor, di mana ibu2 Tunggal dan warga mas menyaman kerajaan Selangor kerana  tertipu pada tahun 2008.

Kepada rakyat, jangan sesekali tertipu dua kali. Ambillah iktibar PRU-12 lalu.

74 comments:

Unknown said...

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) menyifatkan manifesto pilihan raya umum ke-13 pakatan pembangkang sebagai lemah dan tidak menarik.

Beliau berkata janji-janji dalam manifesto bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ tersebut sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi.

Unknown said...

“Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma.

Unknown said...

Sebaliknya beliau berkata pembangkang gagal mengambil kira keperluan utama rakyat yang kini diperjuangkan kerajaan BN.

Unknown said...

Perlu difikirkan ialah kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...ini pembangkang tidak sentuh, harap (rakyat) jangan keliru.

Unknown said...

Nampak manifesto ini lemah dan tidak menarik, ternyata pembangkang tidak ada pakar ekonomi.

Unknown said...

Yakin pembangkang juga tidak mampu melaksanakan segala janji yang dibuat berdasarkan rekod mereka memerintah beberapa negeri.

Unknown said...

Warga emas RM1,000 dijanjikan pada pilihan raya dulu dan pelajar tadika dapat elaun tetapi tidak ditunaikan.

Unknown said...

Janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan.

Unknown said...

Antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain.

Unknown said...

Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini.

Unknown said...

Janji-janji karut itu dibuat kerana pakatan pembangkang kini tertekan dengan kejayaan program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ditambah dengan kerja keras BN yang dapat melaksanakan semua janji-janji.

Unknown said...

Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad ahli DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapatkan tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Unknown said...

Pakatan pembangkang seharusnya melaksanakan terlebih dahulu kesemua manifesto itu di setiap negeri yang ditadbir mereka bagi menunjukkan kemampuan mereka dalam menepati semua janji itu.

Unknown said...

Rakyat tidak akan terpedaya untuk kali kedua dengan manifesto itu memandangkan janji-janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 belum ditunaikan.

Unknown said...

Menyifatkan manifesto itu sebagai retorik dan percaya kesemua manifesto itu tidak akan dilaksanakan.

Unknown said...

Mereka tidak akan laksanakan kerana track record mereka dalam menunaikan semua janji tak ada, dulu punya janji pun tak kotakan.

Unknown said...

Macam mana rakyat nak percaya mereka. Satu kali ditimpa tangga cukup la, tidak ada kali kedua.

Unknown said...

Rakyat kini semakin bijak untuk menilai parti mana yang benar-benar ikhlas menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

Unknown said...

akyat perlu menolak pembangkang termasuk manifesto atau janji kosong mereka yang berselindung di sebalik slogan 'Demi Rakyat' menjelang pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.

Unknown said...

berdasarkan PRU lepas, pembangkang hanya menunaikan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji yang dilaungkan ketika berkempen mengenai manifesto mereka.

Unknown said...

Oleh yang demikian, kita bandingkan apa yang dibuat (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak), tidak ada dalam manifesto, tidak ada janji (dibuat) tetapi diberikan.

Unknown said...

Jadi ertinya Barisan Nasional (BN) tidak berjanji pun, BN tetap tolong orang.

Unknown said...

Pembangkang dah berjanji pun, tapi tak bagi, jadi bandingkanlah mana yang baik mana yang tak baik.

Unknown said...

Apa yang lebih malang bagi rakyat apabila ada pemimpin pembangkang yang mendakwa manifesto yang dikemukakan kepada pengundi bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya bukan sesuatu janji mengikut undang-undang.

Unknown said...

sebarang janji yang tercatat dalam manifesto pembangkang termasuk mahu memberikan 20 peratus royalti, itu janji palsu...termasuk mahu memberikan penghapusan cukai pintu dan tol, itu janji palsu. Jadi kalau janji palsu eloklah ditolak oleh pengundi.

Unknown said...

cerita 'basi' yang sering 'diolah dalam pelbagai versi' dan dibangkitkan pembangkang dalam siri ceramah politik mereka.

Unknown said...

Tindakan pembangkang mengeluarkan cerita 'basi' itu adalah untuk meracuni pemikiran dan menyuntik perasaan benci rakyat terhadap Umno dan BN.

Unknown said...

Saya harap dengan apa yang diberikan oleh kerajaan BN, idea yang daripada Datuk Seri Najib diterima dengan baik, sebab itu kita ikhlas membantu dan bantuan ini pun tidak diberikan kepada pihak yang menyokong kerajaan malah ia kepada semua rakyat.

Unknown said...

Rakyat lebih terbuka hati dan fikiran dalam membuat pilihan terbaik dalam PRU akan datang kerana BN sememang lebih baik daripada pembangkang.

Unknown said...

Rakyat supaya tidak tertipu lagi dengan manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) pakatan pembangkang.

Unknown said...

Rakyat perlu memastikan sama ada manifesto itu janji pembangkang yang boleh dipegang atau sebaliknya, sebelum bertindak mengundi pembangkang semata-mata kerana manifesto itu.

Unknown said...

Kalau mereka (pembangkang) kata manifesto ini bukan janji yang tidak ada legal binding, jadi saya minta rakyat jangan percaya sangat dengan manifesto ini. Maksudnya mereka akan ditipu sekali lagi.

Unknown said...

Kalau mereka jujur, beritahu kepada rakyat terlebih dahulu apa yang mereka faham tentang manifesto sebenarnya.

Unknown said...

Adakah tujuannya untuk membohongi rakyat, menipu rakyat...kalau mereka kata bukan janji, tolak awal-awal.

Unknown said...

pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang PRU 13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata pakatan pembangkang seolah-olah mempermainkan sistem demokrasi negara apabila menjadikan manifesto itu sebagai dokumen 'main-main' dan tidak serius.

Unknown said...

Manifesto pakatan pembangkang itu juga menimbulkan banyak persoalan kerana tidak dibuat dengan satu kajian yang menyeluruh dan penjelasan mengenai pelaksanaannya.

Unknown said...

Memberi contoh pengurangan duti eksais kereta supaya kereta import menjadi murah yang akan mengakibatkan kerajaan akan kehilangan pendapatan sebanyak RM6.4 bilion.

Unknown said...

Mereka nak 'cover' macam mana, apa yang mereka nak buat untuk 'cover' pendapatan kerajaan melalui duti eksais yang akan hilang.

Unknown said...

Pakatan pembangkang juga masih berteka-teki berhubung calon perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya nanti.

Unknown said...

Macam mana mereka boleh umum manifesto tapi tidak berani umum siapa bakal perdana menteri. Kalau siapa bakal perdana menteri pun tak berani nak umum, di mana rakyat nak ada keyakinan tentang kesungguhan mereka nak melaksanakan manifesto itu. Mereka kena tegas siapa nak memimpin negara ini.

Unknown said...

The opposition's general election manifesto is weak and not attractive, said Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Unknown said...

He said the promises in the manifesto "Pakatan people's hope" had been carried out by the Barisan Nasionagovernment all these years.

Unknown said...

"Abolish toll, BN, too, had reduced toll from time to time and in the future, toll collection will be stopped... free education, even now education is free," he said.

Unknown said...

In fact, the opposition had failed to take into consideration the people's basic needs.

Unknown said...

"There is a need to think of housing, food, transport, daily expenses... the opposition has not touched these, the people must not be confused. The manifesto looks weak and not attractive."

Unknown said...

He added that based on the opposition's track record in states ruled by them, the opposition could not fulfil its promises.

"Senior citizens were promised RM1,000 in the previous manifesto and preschoolers promised allowances but none was fulfilled."

Unknown said...

Selangor Youth Secretariat chairman Budiman Mohd Zohdi said Pakatan should not promise a minimum household income of RM4,000 per month.

Unknown said...

He slammed the Selangor government for failing to implement the minimum wage when only state government-linked companies enjoyed a minimum wage of RM1,500 per month.

Unknown said...

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) chairman Hamidzon Khairuddin said after five years of rule, the Selangor Pakatan government could not afford to give RM500 to those in need much less to ensure income of RM4,000 per month.

Unknown said...

Hamidzon said Pakatan should revisit its 12th general election manifesto because 80 per cent of its promises had yet to be fulfilled.

Unknown said...

Opposition party leaders are hurling allegations about the Federal Government aid for the people for fear of losing their support and influence, said Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan.

Unknown said...

He said the assistance provided by the Federal Government, such as the 1Malaysia People's Aid (BR1M) and more, was to help the people.

Unknown said...

"Why is the opposition scared of BR1M? Because they are worried their supporters will run away. They can only talk, promise and create a manifesto but are unable to execute.

Unknown said...

"We are helping the people without even having promised such aid in the 2008 manifesto.

"They say BN stands for 'Barang Naik' (in reference to alleged higher prices for goods).

Unknown said...

"When we find a formula to help the people, they bombard us with accusations," he said after attending the "Himpunan Barisan 1Malaysia" gathering at the Dewan Sri Zaleha Naza, Gurun, here yesterday. He was responding to statements by Pas leaders on the Federal Government aid for the people.

Unknown said...

Meanwhile, Ahmad said, BN needed to win back Kedah in the next elections to give its people the development and prosperity they lacked under the Pas leadership.

Unknown said...

He said Umno and BN leaders should not waste five years of hard work by doing something that could be detrimental to the party.

"We have promised at several (party) meetings to be loyal, to avoid sabotage and not bring down nominated candidates.

Unknown said...

"We will obey the orders of the leaders, no matter who is chosen.

"We have put in five years of hard work. Let's not waste all these efforts.

Unknown said...

"We need to win back Kedah because their leaders are at loggerheads and unable to give the people a better life, like how we did before 2008."

mantera said...

maifesto pembangkang hnya manifesto kosong.

Unknown said...

Manifesto Pembangkang Hanya ‘Gula-Gula’ Tarik Undi – Adnan Yaakob

••> Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini berkata manifesto pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13 hanyalah “gula-gula” untuk menarik sokongan rakyat

Katanya manifesto itu yang menjanjikan pelbagai perkara percuma kepada rakyat jelas dibuat untuk meraih undi tanpa memikirkan kesan kepada negara.

••> Datuk Seri Adnan Yaakob berkata...

Jangan percaya gula-gula yang ditawarkan pembangkang, seperti contoh menghapuskan semua benda yang kita tak suka.

• Tol hapus, PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) hapus dan sebagainya. Tengok cantik tetapi kita akan keluar hasil, lama-lama kerajaan boleh bankrap.

•Mana boleh semua percuma, kerajaan kutip cukai untuk pendidikan, pertahanan dan keselamatan rakyat

• Pembangkang diminta jangan memperbodohkan rakyat, harap rakyat dapat berfikir dan sentiasa bersyukur pada Allah dan terima kasih pada kerajaan.

• Yang diganti selalunya tidak sebaik yang menggantikannya. Jangan percaya penbangkang dapat membantu rakyat


LISTEN...LISTEN!

Kris Jr said...

Umum sudah maklum manifesto PR sempena PRU 13 sepatah perkataan pun tidak menyebut perihal perlaksanaan hukum hudud, membuktikan PR tidak berhajat pun untuk membantu merealisasikan gebang politik yang dicanangkan oleh PAS.

Kris Jr said...

Atau boleh juga dikatakan bahawa PAS sudah tidak berminat membicarakan perlaksanaannya kerana sudah memahami senario semasa dan populasi penduduk negara ini belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Kris Jr said...

ketidaksediaan PAS mendesak rakan sekutunya dalam PR seperti PKR dan DAP memasukkan janji perlaksanaan hudud adalah disebabkan polisi PAS sendiri yang sedari awal lagi hanya berminat memanipulasikan undang-undang Islam itu demi meraih kepentingan politik kepartian.

Kris Jr said...

Tapi disebalik semua itu, di Kelantan dan Terengganu isu hudud masih terus dimainkan oleh PAS dan seringkali menjadi bualan hangat penyokong mereka baik di kedai-kedai kopi mahupun ketika mereka melakukan ziarah kempen politik dari rumah ke rumah.

Kris Jr said...

Sama ada mereka sedari atau sengaja buat pekak dan bisu, semasa PR melancarkan Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama PR dan ditandatangani sama oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang secara jelas memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa PR berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Negara dan segala isi peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Kris Jr said...

Bagi rakyat Malaysia yang waras dan segelintir penyokong PAS yang masih berakal tentu faham ikrar dalam Buku Jingga itu seperti boomerang yang tepat ke dahi pemimpin dan penyokong PAS. Bak kata orang tua-tua, ibarat menjilat ludah sendiri.

Kris Jr said...

Kandungan Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan oleh PR dan dipersetujui bersama oleh DAP, PKR dan PAS yang langsung tidak menyentuh isu hudud, barangkali sesuai kalau dikatakan manifesto itu ibarat nota selamat tinggal oleh PAS kepada isu perlaksanaan hudud.

Kris Jr said...

Manifesto PR itu juga simbolik pengakhiran propaganda PAS untuk mengangkat kedudukan Al-Quran & Hadis ke tempat tertinggi mengatasi Perlembagaan Negara sekarang yang dikatakan sekular dan jahiliah.

Kris Jr said...

entah apa reaksi rakan-rakan dari PAS jika mereka menyedari selama bertahun-tahun lalu mereka sudah tertipu dengan propaganda bombastik berhubung isu hudud.

Kris Jr said...

Mungkin akan ada yang hentak kepala pada dinding atau ada tepuk dahi berkali-kali tanda kesal di kencing hidup-hidup oleh PAS.

Kris Jr said...

sebahagian besar ahli dan penyokong PAS sudah diasuh untuk wala’ buta tuli pada pucuk pimpinan parti, usahlah pelik kalau dalam jangka waktu terdekat ini UMNO & BN juga yang jadi sasaran tohmahan mereka

jackie said...

Nampak sangat manifesto ini hanya sekadar janji kosong pembangkang, tidak masuk akal langsung.

jackie said...

Apa Manifesto pembangkang buat sekalipun, rakyat tidak akan mudah percaya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels