Sementara banyak pihak sudah bermain teka-teki sama ada PRU-13 yang akan menjelang tiba dalam beberapa bulan lagi, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat tafsiran.
“Mereka boleh membuat pelbagai tafsiran, tapi apa yang penting ialah bagi kami untuk bertemu dengan rakyat,” kata Najib semalam mengulas sama ada kenyataannya turun padang ke negeri-negeri tahun depan bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai membayangkan pilihan raya umum ke-13 semakin menghampiri.
Najib buat julung kali mengumumkan kepada publik bahawa beliau dan Muhyiddin akan turun padang ke seluruh negara mulai tahun depan, dipercayai antara lain untuk berjumpa dengan rakyat serta menyusun jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Kita boleh lihat program tinjauan (turun padang) Datuk Seri Najib sebagai usaha awal mempersiapkan partinya dan BN untuk menghadapi pilihan raya umum,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan sama ada pilihan raya negeri Sarawak dan umum akan diadakan serentak.
Program turun padang pemimpin Umno itu akan mengambil masa tiga sehingga empat bulan untuk dilengkapkan. Tujuannya agar supaya 70% rakyat akar umbi menyokong matalamat Najib mempertahankan Putrajaya. Tanpa sokongan 70% rakyat, UBN agar sukar mempertahankan pemerintahannya. Justuru itu, acara turun padang semua peringkat kepimpinan UBN sangat perlu.
Program turun padang akan mengambil masa sekitar tiga bulan,atas pertimbangan itu, PRU-13 tidak akan diadakan serentak dengan PRU-Sarawak.
Kerajaan negeri Sarawak akan berakhir Julai 2011. Di tengah-tengah spekulasi bila pilihan raya negeri ini akan diadakan, ramai meramalkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan akan diadakan tahun depan selepas PRU-Sarawak.
Selain itu, Umno juga dijadual untuk mengadakan pemilihan pertama tanpa berasaskan sistem kuota tahun depan, susulan pindaan perlembagaan parti itu tahun lepas.
Tanpa menyebut bila pilihan raya umum akan diadakan, Perdana Menteri berkata beliau juga mahukan para pemimpin Umno turut “turun padang dan sentiasa berada di atas padang”.
“Mulai tahun depan, kami akan turun ke negeri-negeri, jumpa dengan Umno dan rakyat.
“Saya nak Umno sediakan sebaik-baik supaya lawatan kami mendapat sambutan sebaik-baiknya. Balik buat persiapan,” tegas arahan kepada kepimpinan negeri dan bahagian.
Selaku Presiden Umno, Najib berkata, beliau juga akan membuat perubahan dalam kepimpinan Umno di peringkat tertentu supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak.
Keperluan mengubah pucuk kepimpinan negeri khususnya di negeri-negeri yang pengerusinya diimport dari negeri lain juga dibangkitkan perwakilan.
Pada perhimpunan agung tahunan yang sama, Muhyiddin pula berkata Umno perlu meningkatkan kerjasama di kalangan anggota supaya proses transformasi politik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Beliau berkata inisiatif untuk melakukan transformasi itu merupakan langkah penting yang tidak boleh diabaikan kerana mahu atau tidak, Umno tetap akan berdepan dengan rakyat jelata yang akan menilai dan membuat keputusan dalam menentukan nasib parti pada pilihan raya akan datang.
“Masa yang ada di hadapan kita tidak banyak lagi, saya kurang pasti bila presiden parti nak umum tarikh pilihan raya, tetapi kalau pun tidak diumumkan pasti kita tahu tinggal beberapa bulan sahaja lagi ke hadapan,” kata timbalan perdana menteri.
Esok, Najib akan membuat pengumuman penting mengenai program Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).
Pun begitu, Dr Mahathir berpendapat pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat meskipun terdapat gesaan daripada Najib agar perubahan-perubahan parti dilakukan dengan segera.
“Saya tak ingatlah akan cepat. Ada masa lagi,” katanya.
Mengambil kira kenyataan Najib, Muhyiddin dan Dr Mahathir itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian juga tidak menolak bahawa “tahun 2011 sama-sama penting bagi Najib.”
“Tahun 2011 akan kelihatan tahun persiapan Najib bagi menghadapi pilihan raya umum dan pemilihan parti,” kata beliau.
Mahu tidak mahu, Najib kena turun padang untuk menemui ahli-ahlinya.
Pokoknya, Najib sudah tidak boleh mengharapkan kelebihan sistem kuota, yang sudah pun dimansuhkan.
Jadi beliau tiada pilihan melainkan turun padang lebih awal sebelum mesyuarat cawangan dan persidangan bahagian bersama Muhyiddin untuk mencari sokongan atas faktor gandingan bersama — Najib-Muhyiddin.
“Jadi, bagi Najib sokongan ahli parti perlu diutamakan dalam menghadapi pilihan raya umum,” kata penganalisis ini.
Justeru beliau berpendapat BN memerlukan sekurang-kurangnya setahun sebelum boleh dianggap sudah bersedia.
“Pilihan raya Sarawak tidak wajar diadakan sekali dengan pilihan raya umum. Sarawak boleh menjadi penanda aras walaupun mengadakan pilihan raya negeri boleh memberi kelebihan kepada BN dari segi penyusunan strategi.
“Dalam satu tahun akan datang, BN perlu memahami apa keperluan dan kemahuan rakyat dan menilai cara fikir rakyat untuk memulihkan kepercayaan,” kata beliau yang turut menimbulkan persoalan apakah indikator yang digunakan BN untuk mengadakan pilihan raya dalam waktu terdekat.
“BN perlu bertanya mengapakah rakyat perlu mengundi mereka?
“Apakah keunikan BN yang memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat ke atas mereka?” katanya.
Sivamurugan berpendapat bahawa ia tidak boleh bergantung kepada kelemahan lawan tetapi kekuatan mereka sebagai persediaan pilihan raya.
BN tidak boleh mengadakan pilihan raya sekarang tanpa ada hasil akhir pelan transformasinya (ETP dan GTP).
“Ia boleh dikatakan bersedia jika satu undi Najib diterjemah kepada satu undi kepada BN kerana populariti beliau mampu menjana sokongan terutama di kalangan pengundi bukan Melayu,” katanya.
Kata beliau, kenyataan hak Melayu di bawah perlembagaan mengukuhkan sokongan orang Melayu kepada beliau terutama pengundi tradisi.
Dengan menekankan bahawa Perhimpunan Agung Umno kali ini lebih banyak memfokus soal hak-hak orang Melayu yang tidak wajar dikhuatiri oleh mana-mana sebab ia termaktub jelas dan terkunci sebagaimana dikatakan oleh Najib, Aziz juga berpendapat bahawa Umno mahu memfokus menarik sokongan pengundi atas pagar agar beralih kepada Umno-BN.

15 comments:
saya harap program turun padang ini mampu mengukuhkan kedudukan umno/BN sebelum PRU13 bermula. apa sahaja usaha memperkasakan parti wajar dilaksanakan segera disemua peringkat, dan semua jentera umno/BN wajar memainkan peranan masing2..
bgslah jika PM nak turun padang, ia mendekatkan hubungan antara rkyat dan pemimpin kita.
pendekatan turun padang memang baik dan patut dilakukan. ini bagi mendekatkan rakyat dengan pemimpin.
UMNO mungkin telah bersedia dan mungkin juga tidak. Apa pun pastikan masalah rakyat diselesaikan seadanya. Jangan biarkan rakyat merana kerana semua ini. UMNO terus maju untuk rakyat.
Pemimpin UMNO haruslah lebih mendekati hati rakyat. Janganlah kita asyik pentingkan diri sendiri. Tolonglah rakyat yang memerlukan pertolongan.
cara turun padang mendekati rakyat adalah kaedah terbaik untuk menjalinkan hubungan baik dengan rkyat.
BN harus bersedia dari awal bagi menilai sokongan rakyat kepada mereka dan strategi 'turun padang' mampu mendekatkan rakyat dengan pemimpin di samping isu2 tempatan dapat diketahui oleh pucuk pimpinan kerajaan agar penyelesaian boleh dilakukan.
namun program 'turun padang' ini haruslah tidak bersifat mendengar dan melihat sahaja tetapi harus disertakan dengan tindakan2 yang wajar khususnya untuk menyelesaikan isu2 tempatan.
apa pun. 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' harus dipraktikkan oleh semua lapisan perkhidmatan kerajaan..diharap rakyat akan mendapat hanya yang terbaik dari kerajaan..
Asalkan pemimpin yakin dengan kemampuan mereka rasanya ila2 pilihanraya pun boleh... hehe
“BN perlu bertanya mengapakah rakyat perlu mengundi mereka?
Pertanyaan yang bagus.. Mungkin jika hal ni dipersoalkan BN akan lebih teruja membuktikan kemampuan mereka :)
Saya harap, kerajaan akan berusaha lakukan yang terbaik dan pastikan kepercaayaan rakyat kekal kukuh!
Betul evan medhousky. Usaha memperkasakan parti harus giat dilakukan:)
Setuju mike. Saya yakin jika konsep 'rakyat didahulukan; pencapaian diutamakan' dipraktikkan pasti sokongan rakyat terhadap kerajaan tidak akan berbelah bagi.
Umno sudah cukup bersedia, baru2 ini telah banyak peruntukan yang telah disalurkan di Sandakan yang mana, Sebanyak RM4.41 million peruntukan bagi SRJKC dan juga kepada non-muslim religious bodies.
Post a Comment