24 October 2010

Ansari Abdullah calon reject Tuaran mencuba Nasib di Rantau Orang

Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat kononya untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.

Menurut Anwar Ansari dipilih kerana merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.

Ansari telah beberapa kali masuk bertanding baik DUN mahupun Parlimen sejak zaman Berjaya lagi, namun satu kalipun tidak pernah menang.

Pada PRU-12, dia mencuba nasib di Tuaran baik negeri mahupun Parlimen, namun tidak mampu bersaingpun dengan calon-calon BN.

Kini mencuba nasib di rantau orang, ini lah petanda, bahawa PKR ketandusan pemimpin yang boleh dijadikan sebagai calon.

Pemimpin PKR asal Sandakan, yang juga Pengerusi PKR Negeri Encik Thamrin Zaini diketepikan, menunjukkan walaupun Thamrin sebagai pengerusi parti peringkat negeri, namun Anwar merasakan kepimpinannya tidak dapat dihandalkan.

Pemilihan Ansari yang berasal dari luar Sandakan menunjukkan, bahawa PKR atau PR sebenarnya tidak serius bertanding di PRK kali ini. Mereka meletakkan calon hanya untuk mendapatkan undi simpatisan PKR, agar supaya memberi peluang kepada Persiden SAPP Datuk Yong Teck Lee.

Dengan pemilihan Ansari Abdullah, yang nyata kini persaingan untuk kerusi P-185 Batu Sapi hanya terletak pada calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin dan Datuk Yong Teck Lee.

Datuk Yong sudah tentu mengharapkan sokongan kaum cina, untuk bersaing dengan BN yang mendapat sokongan bumiputera dan sebahagian kecil kaum cina.

Melalui percaturan Yong, dia hanya memerlukan sejumlah 1,000 undi bumiputera untuk menang. Melalui pencalonan Ansari, sudah tentu kaum cina akan memberi undi kepada Yong Teck Lee. Sentimen kaum cina Sandakan, sangat berbeza dengan sentimen kaum cina Semenanjung; di sini lah kemungkinan kelebihan Yong Teck Lee.

Berasaskan perkembangan semasa ini, Datuk Musa Aman sebagai Pengarah Pilihan Raya PRK Batu Sapi mempunyai tugas yang sangat berat untuk mendapatkan undi kaum cina. Peranan parti LDP, MCA dan Gerakan tidak akan banyak membantu. Namun kerana calon BN merupakan calon yang mempunyai jalinan dan net working dengan para pengundi kaum cina, serta mengenang perkhidmatan mendiang suaminya sebagai MP 2 penggal, maka keadaan inilah yang memberinya kelebihan di banding Yong Teck Lee.

BN diperkirakan akan berhadapan dengan isu-isu tanah yang akan dibangkitkan oleh pihak SAPP dan PKR.

Apapun, Datuk Musa, Tan Sri Pairin dan Datin Linda Tsen mempunyai kaedahnya tersendiri untuk memenangi PRK kali ini.

19 comments:

evan medhousky said...

menyedari adanya kelebihan, tidak bermakna itu jaminan untuk menang. teruskan usaha dan jangan sesekali memandang rendah terhadap mana2 parti yang bertanding..

eika said...

parti yang bertanding pasti berusaha untuk mendapatkan sokongan. BN mungkin mempunyai kelebihan dalam persaingan ini. Namun BN perlu terus berusaha untuk memastikan kemenangan dicapai.

Nurul said...

Ansari calon reject tuaran mencuba nasib di Batu Sapi??kita tidak pasti kekuatan Ansari sebenarnya. Tapi kita tidak pasti lagi siapa calon PKR nanti. Apa pun kita tunggu dan lihat adakah Ansari akan terpilih artau tidak.

ali asgar said...

Setiap orang ada kelebihan tersendiri. Tapi bagi saya lebih baik meletakkan calon yang betul-betul berasal dari tempat tersebut. Ansari yang orang luar sandakan harus memberikan ruang kepada orang yang berasal dari dalam sandakan.

nurfatihah said...

Ansari orang luar Sdk, jadi peluang kemenangannya tipis. Kenapa sangat yakin dengan kemenangan YTL, sedangkan Linda Tsen juga orang cina?

nurfatihah said...

Namun, jangan terlalu yakin. Kemungkinan akan berlaku dalam pelbagai cara. Siapa tahu? Apa pun, berusaha mengambil hati pengundi sebelum hari pengundian tiba.

supra said...

kita boleh lihat sokongan rkyat trhadap Ansari pada pilihanraya Batu Sapi nnti.

Paquin said...

Baru PRK sudah rancak.. hihihi

Paquin said...

Saya tak sabar mahu tahu siapa yang menang besar nanti... jeng,jeng,jeng..

Paquin said...

Persaingan bakal sengit tapi saya percaya pengundi tahu nak undi siapa:)

Paquin said...

Saya tak sabar nak tahu adakah Datin Linda mampu menarik undi rakyat terhadapnya:)

Paquin said...

Apapun, all the best kepada yang bertanding. Lakukan yang terbaik kerana hanya pemimpin yang benar2 layak dapat memenangi hati rakyat.

Bi said...

Jika kita tahu sifat seseorang itu tidak seperti yang diharapkan dalam memimpin Batu Sapi,saya yakin tidak akan ada yang mengundi beliau.

keke said...

Kurangkan serangan peribadi, penghinaan terhadap calon lain cuma menimbulkan kebencian pengundi.
Kurang cakap, banyak kerja.

money said...

Calon BN belum pernah menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya.

kairy said...

Jangan pandang rendah kepada orang yang tidak mudah mengaku kalah.

sammy said...

Di Tuaran beliau tidak diterima. Tidak semestinya beliau tetap ditolak rakyat Batu Sapi.
Apa kata jka beliau diterima,

apple said...

Jika kali ini beliau sekali lagi di 'reject', hayat politik beliau nyata malap.

moimoi said...

Pengundi Batu Sapi pasti dapat memilih seorang wakil yang dapat menyuarakan suara mereka dalam parlimen.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels