20 July 2010

Senario politik Sabah diambang PRU-13

Datuk Harris Salleh keluar USNO untuk tubuhkan Berjaya adalah tindakan berani, kerana sebelum itu dalam pilihanraya negeri parti USNO menyapuh bersih semua kawasan DUN Sabah.

Memecat Datuk Pairin Kitingan dalam parti Berjaya serta menurunkan status Tambunan daripada daerah kepada daerah kecil juga tindakan berani Datuk Harris-walaupun Datuk Pairin merupakan ketua suku kaum terbesar bumiputera bukan islam.

Menyerahkan 95% hasil minyak dan gas negeri Sabah kepada kerajaan persekutuan juga salah satu keberanian Datuk Haris Salleh.

Memberi status wilayah persekutuan kepada Pulau Labuan sehinggakan mantan perdana menteri dr Mahathir mengeluarkan kata-kata “sink and swim with Berjaya” juga terserlah keberanian Datuk Harris.

Kenapa Datuk Harris Salleh Berani?

Keberanian seorang ketua kerajaan terserlah apabila mendapat mandat yang kuat daripada rakyat yang menaikannya ke tampuk pemerintahan. Harris memanfaatkan sokongan rakyat yang diberikan kepada parti Berjaya bahawa pada dua kali pilihanraya-Parti pimpinannya menang 2/3 kerusi dalam DUN Sabah (masa itu hanya 48 kerusi DUN), dan bakinya oleh parti USNO. USNO dan Berjaya berlawanan diperingkat negeri-tetapi kedua-duanya parti komponen BN di peringkat persekutuan.

Sebelum pilihanraya kecil Tambunan tahun 1984- kegagahan Harris dan Partinya kelihatan di luaran sungguh kuat. Datuk Harris mewakili Tenom di mana majoriti adalah kaum murut bumiputera bukan islam- bukan penghalang baginya- melalui dua piliahanraya- Datuk Harris menang besar.

Tahun 1984- apabila ada pilihanraya kecil Tambunan- Parti Berjaya di wakili oleh Roger Ongkili adik-beradik dengan James Ongkili mantan menteri persekutuan dan Dr Maximus Ongkili (Timbalan presiden PBS) dan masa ini merupakan menteri Sains dan Inovasi Persekutuan telah kalah teruk. Datuk Pairin Kitingan dinobatkan sebagai pemenang. Datuk Harris merasa tercabar- setahun kemudian beliau membubarkan DUN Sabah untuk membolehkan piliahanraya negeri. Umum mengetahui- pada pilahanraya tersebut- parti Berjaya yang ternampak begitu kuat kecundang di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ditubuhkan belum setahun jagung.

Parti PBS memerintah pada awalnya sebagai parti pembangkang dan kemudian diterima masuk dalam barisan nasional. Empat pilahanraya DUN Sabah- PBS terus maju dan tidak pernah kecundang.

Keberanian Datuk Pairin Kitingan

Akibat pertandingan antara Team A dan Team B dalam UMNO pada tahun 1987- UMNO diharamkan-kemudian tertubuh UMNO BARU dan Semangat 46. UMNO Baru diketuai dr Mahathir-Ghapar Baba- Manakala Semangat 46 oleh Tengku Razalleh Hamzah dan Rais Yatim. Selama dua tahun sebelum pilahanraya UMUM 1990- di semanjung secara luaran kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (Semangat 46 dan PAS) dan Angkatan Rakyat ( Semngat 46-DAP) mempunyai peluang membentuk kerajaan persekutuan. Berpaksi kepada anggapan ini- maka pada pilihanraya umum (PRU) 1990 sebelum pembuangan undi PBS keluar Barisan Nasional untuk bergabung dengan Angkatan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Akibat tikam belakang PBS ini- Dr Mahathir mengumumkan kemasukan UMNO ke Sabah atas persetujuan Tun Mustapha-melalui pembubaran USNO. Keputusan PRU-1990 masih memihak kepada BN di Semanjung dan Sarawak, sedangkan Di Sabah- Kesemua kawasan yang ditandingi PBS: PBS menang besar.

Sebelum PRU-1994, telah berbagai strategi dilalui oleh BN melalui parti UMNO di Sabah- antaranya: jika BN menguasai negeri-maka pengiliran ketua menteri akan dilaksanakan. Dalam tempoh empat tahun- parti BN Sabah- yang dianggotai AKAR-LDP dan UMNO mengembeling tenaga dan startegi untuk menumbangkan PBS. Keberanian Datuk Pairin Kitingan benar-benar tercabar dan teruji. Parti UMNO yang sebelumnya diterajui oleh Gafhar Baba, diganti oleh Tun Mustapha dan kemudian oleh Datuk Sakaran Dandai.

Pada PRU-Sabah tahun 1994- PBS menang dengan majoriti mudah. Datuk Pairin tetap Ketua Menteri. Usaha BN melalui PRU tidak berjaya. Tindak tanduk pemimpin BN pusat melalui pintu belakang yang dirancang oleh Anwar Ibrahim telah berjaya. Datuk Lajim Ukin dan Rubin Balang keluar PBS dan masuk UMNO. PBS kehilangan majoriti mudah DUN dan tumbang. Keberanian Datuk Pairin terjawab dengan kehilangan kuasa memerintah- bukan kerana penolakan rakyat tetapi secara licik dan kotor.

Kebangkitan Pemerintahan Semula BN-Sabah

Datuk Sakaran Dandai mengangkat sumpah jawatan ketua menteri sabah di hadapan Tun Said Keruak- Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang sebelumnya menolak permintaan Datuk Pairin membubarkan DUN Sabah bagi memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan. Tidak sampai setahun Datuk Sakaran meletakan jawatan Ketua Menteri kerana dilantik sebagai TYT Sabah. Datuk Salleh Tun Said ADUN Usukan Kota Belud mengambil alih jawatan Ketua Menteri untuk tempoh dua tahun dalam sistem pengiliran Ketua Menteri. Dua Tahun Bumiputera Islam- Dua Tahun untuk Kaum Cina- Dua Tahun untuk bumiputera bukan islam. Sistem pengiliran Ketua Menteri terus berjalan sehingga tahun 2004. Malangnya setelah Datuk Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri- sistem ini dihapuskan- dan kebetulan ketua menteri Sabah pada masa itu adalah Datuk Musa Aman./ Datuk Musa terus menjadi ketua menteri sehingga kini.

Taring Musa Aman

Pada awal kepimpinan Musa Aman- taring atau keberanian beliau belum terserlah. Musa Aman terus melangkah, mengatur langkah- memastikan bahawa Datuk Abdullah Badawi benar-benar mempercayainya sebagai pemimpin Sabah yang tidak berganti. Sistem mengampuh sepertimana yang dilakukan Datuk Harris kepada dr Mahathir-dilakukan oleh Musa Aman terhadap Datuk Abdullah. Di Sabah- tiada lagi pemimpin kepercayaan Abdullah-kecuali Musa Aman. Kepercayaan Datuk Abdullah terhadap Musa Aman begitu jelas dan nyata- apabila pada PRU-12,Musa Aman yang menentukan calon-calon BN yang mewakili UMNO di Sabah. Musa Aman dalam memilih calon-bukan berpaksi kepada latarbelakang calon-dalam senerio politik awal kemasukan UMNO ke Sabah dalam usaha menumbang PBS. Musa Aman memilih calon yang beliau rasakan dalam “inner circle” beliau.

Keberanian Datuk Musa Aman

Kepercayaan penuh yang diberikan oleh Datuk Abdullah dan hasil keputusan PRU-11 di mana semua kawasan baik DUN maupun parlimen dimenangi oleh BN- maka, pada PRU-12- Musa Aman menunjukan keberaniannya. Tiga pemimpin yang dianggap sangat sinonim dengan kepimpinan negeri selepas generasi Datuk Harris Salleh- digugurkan.

Datuk Salleh Tun Said- dimana ayahandalah yang menyebabkan bermulanya permerintahan BN yang diterajui UMNO di Sabah digugurkan. Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia- melalui parti AKAR yang sejak awal-awal lagi merupakan titik-tolak melemahnya kekuatan PBS kerana para pemimpin AKAR adalah mantan-mantan pemimimpin PBS dan kemudian membubarkannya untuk menyatu dengan UMNO digugurkan. Datu Amir Kahar Tun Mustapha- dimana ayahnya berkorban membubarkan USNO untuk menggantikannya dengan UMNO digugurkan.

Walaupun tiga pemimpin yang besar-besar ini digugurkan- mereka tetap bersama UMNO dan bertungkus-lumus memastikan bahawa kawasan-kawasan yang pernah mereka wakili memperoleh kemenangan. Walaupun, pada ketika itu-para pemimpin ini merasakan bahawa mereka- telah tidak berfaedah lagi dikaca mata Musa Aman- mereka tetap setia kepada parti mereka- yakni UMNO. Mereka tahu- pemimpin bersilih ganti- tetapi jika parti kalah dan terkubur- adalah lebih sukar mengembalikannya kerjayaannya. Mereka sedar- parti-parti yang telah terkubur- sukar untuk dipulihkan semula. Berpaksikan kepada asas ini-mereka tetap menyokong UMNO dan BN.

Setelah PRU-12- dimana keputusannya sangat memeranjatkan di Semenanjung- jika tiada Sabah dan Sarawak- sudah pasti kerajaan persekutuan telah berganti. Di Semenanjung: kepiminan Datuk Abdullah kehilang lima negeri- termasuk negari asalnya Pulau Pinang. Manakala di Sabah- Musa Aman terus menyerlah- kerana semua calon UMNO telah menang-walaupun majoriti agak merosot. Parlimen Sabah- hanya kalah satu- melalui calon PBS- yang dikalahkan oleh DAP- begitu juga ADUN- calon PBS kalah kepada DAP. Walaupun- BN Sabah yang dianggotai oleh: UMNO-LDP-SAPP-MCA-MIC-PBRS-UPKO-Gerakan menang besar- tetapi disebabkan tiupan angin perubahan di Semenanjung- menyebabkan pergolakan politik dalaman BN- Sabah. SAPP- pimpinan Datuk Yong Teck Lee- keluar BN- kerana alasannya- hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Abdullah. Majoriti pemimpin SAPP baik yang berjawatan dalam kerajaan Musa Aman- keluar BN- kecuali Timbalan Presidennya- Datuk Raymond Tan yang akhirnya masuk parti Gerakan untuk mempertahankan jawatan menterinya dalam kabinet Musa Aman.

Datuk Raymond Tan pada satu ketika sehingga setahun - walaupun tidak berparti- masih dipertahankan oleh Musa Aman- atas dasar- bahawa Datuk Raymond Tan- masih menyokong dan menang kerusi ADUN melalui parti BN. Selama setahun Datuk Raymond Tan-masih tidak berparti- tetapi masih Timbalan Ketua Menteri.Jika tidak desakan LDP melalui Timbalannya, kemungkinan besar Raymond Tan masih berjawatan Timbalan Ketua Menteri.

Keberanian Musa Aman- tidak berganjak dalam isu Datuk Raymond Tan- walaupun bercanggah dengan konsep barisan nasional pada masa itu- dan konsep beliau sendiri. Dr Jeffery Kitingan- pada suatu ketika mengistiharkan dirinya adalah ahli adun bebas penyokong BN- Musa Aman dengan lantang bercakap- tidak ada istilah demikian.

Keberanian Musa Aman- luarbiasa. Parti komponen BN-Sabah seperti LDP- komponen tertua BN-Sabah- menyuarakan konsep pembentukan kabinet yang berpaksikan kepada konsesus komponen parti BN- tetapi kerana keberanian Musa Aman- beliau hanya menjawab- bahawa beliau bersedia mendengar maklum-balas dari parti-parti ini sebelum beliau membuat sebarang keputusan- mengenai kedudukan Datuk Raymond Tan.

Keberanian Musa Aman- membuat keputusan bukan didorong oleh kuasa yang dimilkinya melalui kuasa rakyat- tetapi berpaksi kepada ‘ apa yang saya mahu” “saya ini pemimpin”. Falsafah ini- pernah dilakukan oleh Datuk Harris Salleh semasa memasuki penggal kedua kepimpinannya. Datuk Musa Aman- pada masa ini- membuat keputusan menurut kehendak hati nuraninya- untuk kepentingan kuasanya. Sebagai misalan- keputusan awam yang diketahui adalah perlantikan CEO IDS. Hasnul Datuk Ayub Aman adalah anak saudaranya- yang tidak berkelulusan PhD- seperti amalan sebelum ini- bahawa CEO IDS- yang merupakan think-tank negeri Sabah diterajui oleh mereka yang berkelayakan PhD. Bermula dengan Dr Jeffery Kitingan, Dr Maximus Ongkili, Dr Richard Gunting dan kemudian Dr Yakob.

Bibit-bibit keberanian Musa Aman ini secara perlahan mengundang kebencian dan geramnya rakyat biasa, sepertimana yang terajadi terhadap kepimpinan Datuk Harris Salleh. Sebelum PRU- Sabah 1985- Kekuatan Datuk Harris Salleh seolah-olah tidak dapat dibendung. Ahli politik berpengalamanpun seperti dr Mahathirpun mengakuinya sehingga beliau mengatakan “sink and swim with Berjaya”. Secara luaran pada masa ini- kekuatan Datuk Musa Aman- sangat kuat- ini terbukti dengan undi kedua tertinggi dalam majlis tertinggi UMNO bersama-sama Dato Noh Omar- Tanjung Karang Selangor. Musa Aman- terlupa- bahawa kekuatan yang pada dirinya pada masa kini adalah gabungan tenaga dan usaha daripada para pemimpin komponen maupun para pemimpin yang tidak berkedudukan dalam parti. Datuk Musa lupa- bahawa Sabah ini terdiri dari berbagai etnik yang ketara jumlahnya setiap etnik.

Terfikirkah oleh Datuk Musa- jika seandainya sokongan dari etik kadazan-dusun yang diketuai oleh Datuk Pairin- Datuk Bernard Dompok; melalui etnik biasaya bersatu menentang kepimpinan beliau- apakah keberaniannya ini dapat berfungsi? Sejarah telah terbukti- apakah melalui parti USNO- Parti Berjaya- sekarang di Semenanjung apabila Anwar Ibrahim tidak berada dalam UMNO- BN hampir tumbang- dan mempercepat turunnya Datuk Abdullah Ahmad Badawi. daripada kerusi nombor wahid negara.

Pemimpin USNO dan kemudian menjadi UMNO seperti Datuk Rahim Ismail, Datuk Karim Bujang yang mewakili pantai barat Sabah- diketepikan dalam Kabinet negeri- walaupun mereka ini berkemampuan dan menunjukan kepimpinan yang disenangi rakyat. Apakah Datuk Ghafur Salleh- yang merupakan pemimpin ulung daerah Tawau yang diketepikan dalam sebarang jawatan- jika bergabung tenaga dengan pemimpin kelompok yang disebutkan- dapat dicegah oleh keberanian Musa Aman.

OKB suka mengingatkan, jangan anggap air yang tenang tidak berbuaya. Percaya atau tidak, kaum KDM pada masa ini bukan lagi menyebelahi parti-parti KDM yang dalam BN. Bukti dan fakta dapat dilihat melalui blog-blog atau FB milik suku kaum ini. Rata-rata KDM pada masa ini hanya menunggu peluang untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Musa Aman.

Isu-isu pribadi dan kepimpinan Musa Aman saban hari disiarkan secara bersiri oleh blog-blog yang ada kaitan dengan KDM. Nampak senerio tahun 1985 akan berulang. Kecuali para pemimpin BN yang tidak peka sahaja mengabaikan keadaan dan fenomena ini.

KDM adalah kaum sama seperti kaum cina, apabila mereka diberi sesuatu demi sokongan balik, mereka akan terima, namun apabila membuat keputusan terutama pada pilihanraya, biasanya mereka akan bersatu. Usno tumbang, Berjaya Tumbang kerana larinya sokongan kaum KDM.

BN negeri tidak lagi dapat bersandar kepada Pairin, Dompok, Maximus. Bagi kaum KDM, mereka ini adalah pemimpin KDM yang telah luput dan tidak berupaya lagi memewakili mereka di peringkat negeri.

Fakta-fakta ini perlu diambilkira oleh Datuk Musa Aman dalam menikmati kuasanya yang ada kini. Musa Aman perlu tahu- bahawa dalam politik- tidak ada yang mustahil. Bahawa dalam politik tidak ada kawan yang senantiasa bersama, dan begitu juga sebaliknya- tidak ada musuh politik selamanya.

Semasa Datuk Harris keluar USNO pada tahun 1976 dan menubuhkan Berjaya- isu utama masa itu adalah isu Datuk Syed Kechik- yang didakwa oleh parti Berjaya telah membolot berjuta-juta hasil balak Negeri Sabah. Parti Berjaya menuduh Tun Mustapha membolot kekayaan Negeri. Tetapi tuduhan-tuduhan ini tinggal tuduhan. Seandainya Tun Mustapha telah membolot kekayaan Negeri- maka mungkin hingga kini- kita dapat menyaksikan istana-istana besar milik bapak kemerdekaan Sabah ini. Semasa pemerintahan Tun Mustapaha- seluruh rakyat menikmati saban tahun hasil pembalakan waktu itu melalui Amanah Tun Mustapha.

Semasa usaha menjatuhkan kerajaan PBS yang dicanangkan oleh Parti AKAR pada tahun 1989- isu masa itu tentang kehilangan wang Yayasan Sabah, konsesi Balak yang dimonopoli oleh pemimpin PBS dan konco-konco nya. Walaupun berbagai usaha walaupun AKAR bersama-sama UMNO dan LDP berganding tenaga melalui konsep BN-Sabah- gabungan ini tidak berjaya menumbang kerajaan PBS melalui peti undi.

Kejatuhan Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris selain isu rakus kuasa tanpa mengambil kira pandangan akar umbi- tetapi juga ada kaitan dengan kebencian rakyat kepada Datuk Harris Salleh yang bersifat pengampuh kepada kerajaan persekutuan. Datuk Harris menyerahkan 95% hasil minyak dan gas kepada persekutuan- menyerahkan pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan-untuk dijadikan Wilayah Persekutuan, menyerahkan jabatan Kastam dan imigeresen kepada persekutuan serta tanah-tanah prime yang ada di bandar terutama bandar kota kinabalu- misalnya bangunan KWSP yang ada sekarang. Datuk Harris menjelang kejatuhannya telah melantik kawan-kawan rapatnya samada menjadi anggota kabinetnya atau pengerusi agensi-agnesi kerajaan negeri tanpa mengira taburan etnik negeri Sabah. Pengagihan projek-projek kerajaan yang diberikan kepada mereka yang berakhir nama khan atau para pemimpin kaki ampuh atau angkat kaki. Jabar Khan bin Napi- dahulu semasa di kampung-hanya bernama Jabar bin Napi- agar supaya tertempias projek- terpaksa menambah nama Khan di hujung namanya.

Gejala ini - seakan-akan berulang di masa pemerintahan Musa Aman. Pemerintahan Musa Aman- ramai yang mengelarnya pemerintahan satu sen- kerana sekecil-kecil projek kerajaan pun- pasti pelaksananya ada kaitan dengan orang Musa Aman atau Anifah Aman. Pemotong rumput ditepi jalan misalnya- apabila ditelusuri di mana syarikat itu berasal- pasti berasal dari daerah Sandakan. Malah dalam dewan undangan negeri pun perkara ini dibangkitkan oleh ADUN Kuamut Masiung Banah- walaupun ADUN ini tidak menyebut secara spesifik tetapi melalui kiasan “ jangan sentuh: ini orang atas punya”.

Rakyat diperingkat akar umbi sekarang ini telah mula beralih arah- terutama generasi muda- di mana bilangannya menguasai daftar undi pemilih untuk PRU-13. Mereka-mereka ini menyaksikan kerakusan para pemimpin termasuk anak-anak pemimpin dan juga sanak saudara pemimpin. Generasi ini menyaksikan dengan ketara antara mereka yang sama-sama membesar dengan anak-anak para pemimpin ini telah terjadi lonjakan perbezaan yang sangat ketara dalam segi penghidupan. Anak-anak para pemimpin yang rapat dengan Musa Aman- dengan cepat mempunyai kekayaan yang luar biasa- memandu Ninja King V-8 sekurang-kurangnya. Jika taburan pengagihan kekayaan ini merata- tidak lah menjadi persoalan- tetapi pengagihan kekayaan ini hanya tertumpu- kepada mereka yang hanya rapat dengan Musa Aman.

Kebencian rakyat bermula dengan menyaksikan keadaan ini. Musa Aman tidak dapat membendung kebencian ini. Rakyat tidak boleh menerima- apabila pemimpin mereka diketepikan- kerana bagi mereka- pemimpin itu adalah wadah untuk meminta pertolongan di kala tersepit- dikala terdesak. Datuk Musa Aman- masa ini hanya dikelilingi oleh para pemimpin yang berjuang untuk kepentingan pribadi- jauh sekali kepentingan rakyat. Ramai pemimpin yang dicipta oleh Musa Aman- dengan sekelip mata punya rumah mewah-punya kereta berjenama berbuah-buah- jika dahulunya hanya makan di kedai-kedai mamak- sekarang ini- cuma berselera di hotel-hotel mewah seperti Hotel Le Meridian milik Anifah Aman.

Apakah kebencian rakyat ini akan meledak melalui PRU-13. Berasaskan kepada keadaan ini- saya yakin ledakan ini akan terjadi melalui PRU-13 kerana bibit-bibitnya telah ternampak melalui PRU-12. Calon-calon BN yang dianggap ternama hanya ditentang oleh calon-calon bidan terjun- tetapi memberi saingan sengit kepada calon-calon BN. Keadaan ini mesti dibendung- kerana kata bidalan: marahkan nyamuk kelambu dibakar. Keadaan ini mesti disusul dengan tindakan yang segera oleh pemimpin BN- Sabah yang berada di luar kelompok Musa- kerana jika tidak- kapal yang sama-sama kita tumpangi akan tenggelam dan karam bersama Musa Aman. Tiada yang sanggup menerima padah- kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit, kerana nila setitik susu sebelanga rosak. Tindakan Musa Aman memberi keutamaan kepada orang-orang dekatnya dan yang ada kaitan saudara dengannya dalam agensi-agnesi startegik menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Musa. Selagi Musa Aman menerajui Parti BN- Sabah- maka rasanya pertukaran kerajaan akan terjadi di negari di bawah bayu ini pada PRU-13. Kuasa silent majority amat sukar di ramal- kerana air tenang- jangan disangka tiada buaya.

Ikhrar Datuk Salleh Tun Said mempertahankan bahawa Sabah merupakan simpanan tetap BN hanya angan-angan selagi Musa mempunyai kata putus muktamad dalam segala pekara baik kerajaan maupun parti.

Melalui paparan di atas BN Sabah kemungkinan dapat diselamatkan jika terjadi perubahan kepimpinan jika memang BN mahu mengotakan slogannya RAKYAT DIDAHULUKAN.

22 comments:

kb girl said...

Satu ringkasan sejarah selepas kemerdekaan yang menarik.
Faktar-faktar mengenai pengagihan sokongan KDM dari Bn ke pembangkang harus dipandang serius olen pemimpin BN.
Ini berasas dan boleh dipercayai.
Jnagan menyesal dikemudian hari.

Unknown said...

PRU 13 mungkin satu cabaran terbesar yang dihadapi BN sejak ia ditubuhkan.

Unknown said...

PBS merupakan parti politik yang amat mengkagumkan antara tahun 1984 hingga 1994. PBS tidak kalah dalam pilihanraya umum walau diasak dengan beribu macam taktik. Wang, undi hantu tapi masih menang.
PBS hilang kuasa disebabkan hati manusia yang mementingkan diri.

Unknown said...

Ketidak puasan rakyat terhadap ekonomi negara, sistem kehakiman, rasuah, masalah pendidikan, kenaikan harga barang keperluan harian, pendapatan yang rendah dll meberi impak besar terhadap PRU 13.

Boten_Trish said...

We will just have to wait and see for the next coming 13th General Election.

joey said...

penerangan yang sangat menarik. harap semua pemimpin bersedia untuk menghadapi PRU-13 akan datang. pastikan kepentingan rakyat dijaga dengan sebaiknya.

Anonymous said...

ini merupakan kisah perjalanan politik du Sabah. pemerintahan di sabah saling bertukar pari. kita sebagai rakyat sabah harus bijak menilai sendiri perkara ini.

Ted Medresher said...

saya sebagai rakyat biasa hanya mahukan yang terbaik untuk sabah. yang terbaik itu bukan hanya datang selepas PRU13 tetapi perlulah bermula dari sekarang.

songkilou said...

Demi untuk mengekalkan kuasa pelbagai area yang perlu diambil kira. Bertindak segera agar penyelesaian dapat di capai dengan cepat dan berkesan.

zam said...

rakyat mahukan pemimpin yang sedia menjaga kepentingan mereka. semoga pemimpin yang dipilih dalam PRU nanti akan berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat.

Mahsiran said...

kenapa mahu masuk PRU baru mahu mulakan kerja. itu tidak patut kepada para pemimpin. mereka haruslah memulakan dari awal lagi. jangan tunggu dekat PRu baru nampak muka. Ubahlah sikap untuk kebaikan semua pemimpin.

Unknown said...

Interesting history of Datuk Harris time. I can imagine the political scenario in Sabah this coming elaction will be a big challenge for BN and also chaotic. More drama to come it seems.

Anonymous said...

harap politik di Sabah akan semakn baik dari masa ke semasa.

Bi said...

semuanya terpulang kepada rakyat bagaimana mereka melihat senario politk di Sabah.. setiap seorang mesti ada pendapat yang berlainan.

Paquin said...

Komen paling ringkas, tunggu dan lihat ja la nanti ya :)

Paquin said...

Macam tak sabar pula tunggu next GE. hehhe
Rasanya pasti hebat kempen time tu kan:P

Paquin said...

Betul juga la Kebenaran. Tak perlu risau akan PRU13. Kalau mmg da buat kerja dgn baik, saya yakin rakyat matang utk buat pilihan yg terbaik :)

Paquin said...

Ta supra. Sama2 lah kita harap agar keadaan politik sentiasa bertambah baik bukan saja di sabah tetapi juga seluruh Malaysia.
Moga2 para pemimpin dapat menyempurnakan sebaik mungkin t/jawab mereka terhadap rakyat.

Paquin said...

Opps salah taip pula.. entah apa maksudnya Ta. hehee
Tapi yg mahu ditaip tu sebenarnya 'YA'...
hehe

Anak Sabah said...

Diharapkan pemimpin yang berkaliber dan berkemampuan akan terus memimpin Sabah ke arah kejayaan.

mantra said...

perjalanan politik disabah ini haru menjadi iktibar kepada kita untuk menbangunkan lagi negeri sabah.

Unknown said...

Kita mahu kewujudan pemimpin2 berani seperti dahulu..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels