23 October 2010

Najib rombak kepimpinan parti untuk menghadapi PRU-13

Demi menghadapai pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berjanji akan membuat perubahan kepimpinan parti itu di peringkat tertentu.

"Dalam masa terdekat ini saya nak buat perubahan pada kepimpinan Umno di peringkat tertentu. Moga akan lengkaplah (barisan kita)," katanya yang juga perdana menteri.

Dalam ucapan penggulungan dalam mesuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Najib bagaimanapun berkata akan merundingkannya terlebih dahulu dengan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden parti itu.

"Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya berseloroh merujuk kepada ketiga-tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal - yang masing-masing mempunyai darah bangsa dan kaum yang disebutkan itu.

Perkara itu ternyata mencuit hari ketiga-tiga pemimpin kanan Umno itu serta perwakilan yang hadir.

Najib bagaimanapun tidak menyebut secara jelas pada peringkat mana perubahan itu akan dilakukan.

Bagaimanapun, kemungkinan besar ia melibatkan jawatan pengerusi perhubungan negeri ekoran beberapa teguran daripada perwakilan sepanjang tiga hari persidangan Umno pada tahun ini.

'Tutup buku' bincang hak Melayu

Najib juga menggesa anggota parti itu "tidak malas untuk menang di Galas dan tidak jadi batu api untuk menang di Batu Sapi."

Sementara itu, menyentuh soal hak istimewa Melayu yang disifatkankannya sebagai "terkunci kemas" dalam perlembagaan sebelum ini, Najib menyatakan kekesalannya terhadap pembangkang yang didakwa memutarbelitkan perkara itu.

Katanya, pembangkang berhujah, oleh kerana perkara itu telah terkunci, maka orang Melayu tidak lagi memerlukan Umno.

"Ini adalah satu pandangan yang tidak benar sama sekali. Walaupun peruntukan itu terkunci kemas tetapi kuasa politik, ia perlu di tangan Umno untuk mengetengahkan prinsip dan semangat perlembagaan itu," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

"Sebab itu, saya tutup ucapan dasar saya dengan berkata, dalam apa jua keadaaan pun, Putrajaya perlu kita pertahankan."

Sambil menyifatkan pembangkang sebagai bengap dan bangang, Najib sempat memperli PKR - parti utama dalam Pakatan Rakyat - dengan berkata:

"Dia dulu sibuk dengan reformasi, sekarang sibuk baling kerusi (dalam pemilihan cabang)".

Najib juga berharap soal hak Melayu tidak lagi dibangkitkan dan dianggap sudah "tutup buku".

18 comments:

mandau said...

biarlah perubahan yang dilakukan membawa kepada sesuatu yang lebih baik. ia boleh memacu kepada kekukuhan BN.

evan medhousky said...

setuju dengan Jonny.. PM dan semua jentera2 umno/BN mesti berkerjasama menterjemahkan hasrat ini ke dalam bentuk tindakan supaya ia dapat disempurnakan tepat pada masanya. bagi menghadapi PRU13 ini, parti pemerintah perlu lebih banyak tindakan..

eika said...

usaha yang ingin dilakukan oleh PM ini diharap akan menjadikan BN bertambah kukuh. ini juga diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap UMNO.

nurfatihah said...

Katanya, pembangkang berhujah, oleh kerana perkara itu telah terkunci, maka orang Melayu tidak lagi memerlukan Umno.

"Ini adalah satu pandangan yang tidak benar sama sekali. Walaupun peruntukan itu terkunci kemas tetapi kuasa politik, ia perlu di tangan Umno untuk mengetengahkan prinsip dan semangat perlembagaan itu," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Saya sudah menjadi semakin tidak faham. Sekejap cakap jangan persoal hak melayu, tapi boleh di pertengahkan pula prinsip dan semangat perlembagaan. Hmm.
S

maya said...

Saya setuju rombak kepimpinan parti untuk mengahdapi PRU-13

supra said...

rombakan ini perlu bagi membaiki kelemahan yang ada dalam parti.

Paquin said...

Buatlah apa yang patut asalkan hasilnya positif :)

Paquin said...

Saya harap Najib dapat lakukan yang terbaik dan bukannya memberi harapan semata-mata!

Paquin said...

Betul tu mai... mana tau perubahan yang dibuat dapat menonjolkan kekuatan umno:)

Paquin said...

Saya pun setuju maya. hehhee

Paquin said...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti:P

Bi said...

Semoga rombakan tersebut akan membawa nasib yang baik untuk seluruh kerajaan untuk terus memimpin di masa akan datang!

keke said...

Rombakan ini wajar kerana dapat menyusun semula strategi dan sumber demi menghadapi cabaran yang lebih besar.

money said...

Kemenangan memihak pada pihak yang menyedia. Langkah PM patut tepat dan harus dijalankan dengan segera.

kairy said...

Rombakan ini mungkin beri lebih banyak laluan kepada pemimpin muda yang berbakat.

sammy said...

Rombakan kepimpinan bertujuan memantapkan parti.

apple said...

Persiapan yang mencukupi dapat menjaminkan kemenangan tidak tergelincir disebabkan sebab-sebab yang tidak diingini.

moimoi said...

Ini tindakan yang perlu dan berani. Berani kerana tindakan ini pasti menjejaskan kedudukan seseorang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels