25 October 2010

Sabah negeri termiskin suatu realiti

Walaupun Sabah kaya dengan sumber alam termasuk minyak, akan tetapi negeri itu adalah negeri termiskin di Malaysia.

Isu kemiskinan negeri Sabah bukan sahaja menjadi isu pembangkang, namun isu besar penduduk di negeri bawah bayu itu.

Kerajaan Sabah yang ditunjangi Umno tidak dapat dipersalahkan, kerana kerajaan Sabah silih berganti diperintah oleh anak watan negeri melalui parti tempatan.

Umno hanya masuk secara rasmi ke Sabah pada tahun 1991, dan hanya membentuk kerajaan bersama parti-parti tempatan pada tahun 1994.

Walaupun Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia, namun kerajaan kini sedang berusaha mengejar jurang yang ada.

Yang pelik, Sabah kaya dengan sumber alam seperti minyak, sama seperti Terengganu, namun kedua-dua negeri itu adalah negeri yang miskin.

Kelantan yang dikuasi PAS sejak tahun 1990, masih di atas Sabah dan Terengganu. Suatu persoalan besar yang perlu dijawab oleh pimpinan BN.

30 comments:

Murai.KB said...

terima kasih atas paparan ini, sy cukup berbangga dgn ada nya blogger berani seperti sdr. tahniah.!

sy juga sependapat dgn sdr, sabah negeri termiskin di malaysia, dan kota belud daerah termiskin di sabah. walhal mempunyai 7 stesen pelantar minyak dan 1 pelantar besar yg di nama kan ST JOSEP. sehari boleh mengeluarkan 1500000 dram. mana pergi nya dana / royalti untuk membantu rakyat di kota belud?

zaimi said...

kerajaan kini sentiasa berusaha untuk untuk memajukan ekonomi dan membanteras kemiskinan dan usaha tersebut perlu diteruskan. harap negari Sabah akan bertambah maju dan dapat meningkatkan pencapaiannya.

Jonny said...

Amat sedih kerana Sabah yang satu seketika ini amat kaya dengan pelbagai sumber semulajadi tapi kini menjadi miskin.

Leo said...

Saya pun hairan. Ke manakah pergi kekayaan negeri Sabah...haih.

ferlo said...

Sabah dahulunya adalah negeri yang amat kaya, namun kini ia jatuh menjadi negeri termiskin. usaha berterusna perlu ada bagi mengembalikan kegemilangan negeri Sabah seperti dahulu sebagai negeri yang paling maju.

WARTAWAN said...

saya juga di faham ketika membuat liputan media cetak di pelantar minyak kota belud, 8 buah stesen minyak di sana, tapi sekarang ini, saya juga di faham oleh seorang kawan reporter yang membuat liputan baru-baru ini mengenai stesen pelantar minyak yang mula di bina di kinarut papar. rugi sebenarnya penduduk kota belud yang tdk mendapat menfaat hasil galian sumber bumi kota belud.

evan medhousky said...

inilah antara persoalan yang cuba dibangkitkan oleh PAS. isu ini telah berkali2 dibangkitkan oleh pembangkang, namun sehingga hari ini masih belum ada penyelesaian, malah masih semakin menjadi persoalan. memang wajar pemimpin BN terutamanya dari Sabah tampil buat penjelasan ada apa langkah penyelesaian yang diambil bagi menutup terus isu ini dari terus dipermainkan oleh pembangkang.

evan medhousky said...

jika kekayaan Sabah dinikmati oleh rakyat Sabah, tidak akan ada isu kemiskinan di Sabah... mengembalikan kekayaan Sabah tidak akan menjejaskan kedudukan umno/BN malah akan terus kukuh menerajui kerajaan. walaupun kini kerajaan berusaha memajukan Sabah tapi biarlah usaha itu nampak kesungguhannya, jangan seperti sebelum ini yang disifatkan agak perlahan.

adam said...

diharapkan pada masa akan datang Sabah akan menjadi lebih maju dari pelbagai aspek bukan saja dari kekayaan ekonomi malah aspek pembangunan dan lain-lain lagi. usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi membolehkan hasrat ini dicapai.

Norimah said...

Itu dulu memang sabah negeri termiskin, tapi sekarang Sabah telah banyak perubahan dari segi pembangunan dan ekonominya. Tidak kita jangkakan bahawa mungkin Sabah akan menjadi antara negeri termaju di Malaysia nanti.

Nurul said...

Memang itu satu realiti bahawa sabah anatara negeri termiskin. Tapi kita mengharapkan sabah pada masa akan datang dapat berudah. Banyak pembangunan telah dilaksanakan untuk membangunkan sabah. Bermacam-macam cara telah kerajaan lakukan untuk memajukan sabah dan menjauhkan sabah dari menjadi negeri termiskin.

ali asgar said...

Sebgai orang sabah, memang kecewa kerana Sabah yang kaya dengan hasil bumi telah dicuri oleh kerajaan Pusat. Pembangunan di Sabah kurang kerana peruntukkan yang kurang. Tetapi sekarang, kerajaan persekutuan telah berusah untuk membangunkan sabah dengan berperingkat-peringkat. Dan ini tidak mustahil bahawa sabah pada masa akan datang menjadi negeri maju. Semoga kerajaan negeri dapat buat yang terbaik untuk Sabah.

maya said...

Pandangan saya, kerajaan sedang berusaha untuk memajukan lagi negeri ini.

maya said...

Kalau dilihat sebenernya perubahan negeri sabah berbanding dahulu telah jauh berbeza.

supra said...

sabah ni sebeanrnya tidaklah miskon sangant, penduduk Sabah dpt hidup selesa, lagipun kini sabah semakin maju dan membangun.

maya said...

Mungkin kenapa negeri Sabah termiskin ada kaitannya dengan cara mentaliti rakyat Sabah itu sendiri. Sebab kenapa negeri2 lain yang tidak banyak mempunyai sumber kekayaan semulajadi tidak pula di kategorikan antara negeri termiskin. peliklah...

Johnson said...

Sabah tidak akan bising jika pengeluaran adalah sejajar dengan keuntungan. BN patut beri penjelasan. Hairan juga setelah beberapa lamanya tidak ada penjelasan diberikan walaupun sudah berkali-kali ditembak oleh pembangkang. Nampaknya ada sesuatu di sebalik batu.

Bi said...

Masih belum terlambat untuk mengubah realiti ini...Rakyat Sabah kena bangkit untuk sama2 meningkatkan produktiviti disamping berkualiti dan mampu bersaing peringkat yang tertinggi demi untuk pembangunan ekonomi.!

keke said...

Selagi usaha kerajaan BN membawa negeri Sabah dari kancang kemiskinan, pekara tetap jadi senjata mudah bagi pambangkang.

money said...

Hakikat ini boleh diubah sekiranya rakyat bertekad berbuat demikian.

Paquin said...

Tak dinafikan sabah memang agak ketinggalan dalam beberapa aspek.. namun, jika diperhatikan secara teliti Sabah semakin berubah ke arah yang lebih membangun dari semasa ke semasa :)

Paquin said...

Semoga saja Sabah akan terus membangun dan jolokan 'negeri termiskin' dapat dihapuskan.

Paquin said...

Semua pihak terutamanya kerajaan harus bekerjasama demi memastikan Sabah dibangunkan...

Paquin said...

Jangan biarkan sumber asli di Sabah habis, tetapi Sabahan dan negeri Sabah masih ketinggalan..

Paquin said...

Saya harap suatu masa nanti Sabahan boleh berbangga kerana Sabah antara negeri yang maju:)
Asalkan ada kemahuan pasti hal ni boleh jadi kenyataan!

kairy said...

Realiti ini dalam proses perubahan. Keajaan negeri sedang berusaha giat dengan merancang berbagai program, projek serta bantuan terus kepada rakyat.
Tujuannya satu, membasmi kemiskinan di Sabah.

sammy said...

Sabah negeri termiskin satu realiti. Negeri Sabah negeri bertuah diberkat segala sumber yang kaya.
Kemiskinan disebabkan penyelewengan, pengurusan dana yang lemah dan pembaziran.

apple said...

Berdekad rakyat Sabah mengharapkan kemiskinan dihapuskan dan nama negeri termiskin tidak lagi dipikul Sabah.

moimoi said...

Kita harap nama yang mamalukan itu dapat dipadam dalam masa yang terdekat.

Antanum said...

Termiskin tapi Sabah berjaya melangsaikan sebahagian besar pinjaman untuk tahun 2009.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels