10 January 2012

Anwar bebas: Apa kata Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.

“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.

“Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, sebelum ini pun kerajaan pernah kalah dalam beberapa kes di mahkamah termasuklah Umno diharamkan oleh mahkamah.

Ini, kata Dr Mahathir menunjukkan di Malaysia, sistem kehakiman negara adalah bebas dan berkecuali dan tidak ada mana-mana pihak termasuklah kerajaan mahupun pembangkang boleh campur tangan,” katanya lagi.

18 comments:

Mohd Ishak said...

Kehakiman negara kita berjaya membuktikan bahawa mereka adalah adil dan berdikari, syabas.

Mohd Ishak said...

Akhirnya kes ini sudah selesai, rakyat dan mula rasa bosan dengan kes ini yang sudah lama ditangguh.

ScottyDoesntKnow said...

Thus it has been shown that the judiciary branch in Malaysia is and has never been influenced by the executive branch.

ScottyDoesntKnow said...

Therefore all conspiracy theory regarding this matter has been silence.

Irish said...

tetapi di pihak Anwar pula, ada mengatakan bahawa Mahathir ada membuat pengakuan bahawa beliau sengaja menyebabkan Anwar dipenjarakan.

Irish said...

sistem kehakiman kita sememangnya bersikap bebas@neutral, telus dan adil. persepsi negatif terhadap sistem kehakiman harus dipinggirkan.

antap said...

kebebasan Anwar dar tuduhan tersebut memdapat pelbagai reaksi. apapun, keputusan itu adalah muktamad.

Batresiah said...

“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.

saya setuju dengan apa yang dikatakan itu. Semua itu cuma anggapan dan pandangan peribadi Anwar semata-mata.

zam said...
This comment has been removed by the author.
Batresiah said...

Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah itu adalah adil dan tidak ada memihak kepada mana-mana. Maka kita harap tidak akan ada pihak yang cuba mengaitkan BN menguasai keputusan mahkamah.

zam said...

sudah terbukti tidak wujud konspirasi terhadap Anwar.

zam said...

harap keputusan ini tidak disensasikan oleh mana-mana pihak pun.

Scarlett said...

Badan kehakiman di negara ini diselebungi dengan tuduhan2 yang boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan dengan keadilan mahkamah kita. Oleh itu, badan kehakiman di negara ini harus buktikan yang mereka bebas daripada pengaruh siapa2 dari masa ke masa.

Scarlett said...

Adakah Tun Mahathir kecewa dengan keputusan mahkamah ini? Kerana Anwar seolah-olah musuh seteru beliau.

Smookiekins said...

Nurul Izzah mengatakan sistem kehakiman M'sia tempang, dengan pembebasan Anwar dapat menempis tuduhan Nurul Izzah.

Kris Jr said...

Pasal konspirasi tu mungkin sudah dapat disenyapkan.

nickko said...

culaymodengan pembebasan ini, adalah wajar Anwar bersama2 pemimpin2 Pakatan yang lain tampil membersihkan imej badan kehakiman negara ini memandangkan tanggapan serong mereka terhadap proses keadilan di negara ini telahpun menular di serata dunia..

nickko said...

apa yang amat saya risaukan ialah jika keputusan mahkamah itu dipengaruhi oleh desakan penyokong2 Anwar yang turun berhimpun pada waktu itu.. sedangkan sebelum ini peguam2 Anwar tidak mampu membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah sehingga kes perbicaraan ditangguh berkali2..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels