Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal analisis pengamat politik bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.
Beliau berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang.
"Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang. Bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Bagan Datoh hari ini.
Ahmad Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datoh berkata BN harus mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan rakyat tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.
Beliau berkata pemimpin BN perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.
Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang suka mengeksploitasikan isu kerana mereka mempunyai agenda politik tersembunyi.- Bernama

12 comments:
tingkatkan usaha. keutamaan rakyat harus didahulukan.
Hopefully the present ruling party will take more initiative as well as different approaches to meet the people
not only that they too must listen and take into consideration the plights as well as needs of the people.
BN pasti boleh menawan kembali negeri2 pembangkang jika BN berusaha dan mendekati rakyat.
apapun, semoga BN berjaya menawan kembali negeri2 yng dikuasai pembangkang.
Jangan terlalu yakin. Sikap seperti tu akan memakan diri sendiri. Usahakan sedaya upaya dan laksanakan apa yang telah dijanjikan untuk rakyat.
Yakin itu penting tapi jangan sampai terlalu yakin, nanti buruk pula padahnya. Teruskan berkhidmat untuk rakyat dan bukan bila PRU hampir tiba baru nak dekatkan diri dengan rakyat.
pengamat politik juga hanya membuat analisis dan kemudiannya meramal tentang keadaan PRU nanti. jangan terlalu bergantung dan percaya. kemenangan pasti akan berpihak pada BN jika benar2 sudah menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat.
Jika BN berusaha lebih rasanya untuk menawan beberapa negeri diperintah pembangkang pasti akan dapat menjadi kenyataan.
Selagi belum bertanding, kita tidak boleh tahu apa yang akan terjadi nanti. Baik kita tunggulah selepas rakyat membuat pengundian barulah tengok keputusannya.
Harap pertandingan yang adil dan saksama akan diadakan antara kerajaan dan juga pembangkang pada PRU-13.
biarkan sahaja pihak2 yang tidak ada kerja ini membuat ramalan.. yang penting dipihak BN terus menggandakan usaha bagi membolehkan ramalan itu disangkal selepas PRU13..
Post a Comment