24 January 2014

Krisis LDP Belum Tamat

Selepas perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah pada khamis, Datuk Teo Chee Kang yang mengetuai 11 pemimpin LDP kumpulannya yang dikatakan diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai pemimpin sah parti LDP, menyatakan bahawa parti itu akan berkerjasama dengan komponen parti BN Sabah yang dipengerusikan oleh Datuk Musa Haji Aman. Selain itu menurut Teo, Musa berpesan, agar kempimpinan parti itu menyelesaikan semua masalah dalaman parti itu demi Barisan Nasional.

Berlatar belakangkan kepada pesanan Musa itu, OKB melihatnya sebagai isyarat, bahawa sebenarnya krisis dalaman parti itu belum selesai.

Menurut sumber, krisis dalaman parti itu belum berakhir, atas sebab keputusan pendaftar pertubuhan yang flip flop. Sebabnya, ada terdapat dua bentuk surat daripada pertubuhan itu yang berlainan tarikh dan ditandatangani oleh pegawai yang berbeza. Satu surat bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Parti, dan satu surat lagi bertarikh 7 Januari yang ditujukan kepada peguam kumpulan Datuk VKLiew.

OKB menghubungi DatukVKLiew berkaitan dengan surat-surat itu, beliau mengsahkan ada menerima sesalinan surat-surat yang berlainan tarikh daripada pegawai yang berbeza. Malah beliau mempersoalkan mana satu surat yang perlu dipatuhi.

Mengulas mengenai kandungan surat yang berbeza, VKLiew telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan satu petisyen ke Mahkamah selain bertujuan mempertikai keputusan pendaftar pertubuhan (ROS), juga menghalang kumpulan Teo Chee Kang menjalankan aktiviti bagi pihak parti.

Melihat kepada perkembangan mutakhir berkaitan parti itu, walaupun Pengerusi BN Sabah bersedia menerima kunjungan hormat di kediaman rasminya pada khamis oleh kumpulan Teo, namun menurut sumber yang tidak mahu disiarkan, perbincangan pada pertemuan itu berkisar kepada cara penyelesaian dalaman dalam parti itu.

Adalah tersirat melalui pertemuan itu, Musa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, berkehendakan agar kumpulan Teo dan VKLiew perlu bersatu semula demi kebaikan parti itu dan juga barisan nasional. Berasaskan kepada isyarat itu, apa kah kedua belah pihak bersedia bersatu? Soalan ini, OKB ajukan kepada VKLiew, beliau dengan kiasan berkata, dalam politik semua boleh berlaku, sebabnya dalam politik tiada kawan selamanya, demikian juga tiada musuh selamanya. Malah beliau berkata, kami adalah kawan-kawan lebih 20 tahun, adalah mustahil kalau tidak boleh berbaik semula.

Akan menjadi mimpi buruk bagi parti LDP, jika krisis dalaman dalam parti tidak dapat diselesaikan di luar mahkamah, kerana menjadi kebiasaan apabila krisis parti masuk mahkamah, biasanya pembatalan akan menyusul.

Misalnya dalam kes Parti SNAP lawan ROS, di mana keadaan yang berlaku dalam parti daripada Sarawak itu hampir sama dengan krisis LDP, keputusannya pihak mahkamah berpihak kepada pengadu, dalam hubungan dengan LDP, maka mahkamah kemungkinan besar berpihak kepada VKLiew; jika ini berlaku, maka apa yang terjadi dengan parti itu? jawabnya ROS akan membatalkan pendaftarannya.

OKB melihat, krisis LDP jauh daripada tamat, atas sebab itu Pengerusi Bn Sabah, menurut sumber tidak berpihak kepada mana-mana pihak, samada kumpulan Teo atau kumpulan VKLiew.

OKB juga akan muskil, jika Musa akan mengiktiraf kumpulan Teo (seperti dalam gambar), kerana mereka-mereka inilah pada tahun 2010 yang menyatakan tidak dapat menerima kepimpinan Musa, sehingga Naib Presiden parti itu Peter Pang keluar daripada parti itu. Mungkin kumpulan Teo lupa kenyataan mereka pada tahun 2010, kata peribahasa, pelandok akan lupa perangkap, namun perangkap tidak akan pernah lupa pelandok.

Jika benar, bahawa kumpulan Teo menerima kepimpinan Musa, Menteri Tugas-Tugas Khas itu perlu mengambil inisiatif menemui kumpulan Liew, dan satu pelan damai perlu dirangka. Teo akan diterima sepenuhnya sebagai Presiden Parti, jika satu majlis serah tugas berlaku, antara VKLiew dan Teo sendiri. Jika majlis seperti itu belum berlaku, maka sejak itulah LDP akan terus terbahagi dua, ertinya, krisis parti belum boleh dikatakan selesai.

Krisis parti itu akan memuncak, jika kumpulan Liew membawa krisis itu ke mahkamah untuk keputusan. Jika ini yang berlaku, maka ianya tidak menguntungkan siapa-siapa, malah merugikan parti itu khasnya dan barisan nasional amnya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels