22 January 2012

Pemimpin Pembangkang istihar Harta pada umum? BN bila lagi?

Pemimpin Pembangkang menarik penyokong melalui pengistiharan harta mereka kepada awam secara sukarela. Namun menurut Menteri dijabatan Menteri Datuk Nazri Aziz, tindakan seumpama itu amat bahaya, kerana pihak kriminal mengetahui harta sebenar seorang pemimpin.

Manusia mengumpul harta berbagai cara. Cara menyimpannyapun berbagai cara. Tidak semestinya mereka yang mengisthar harta pada pengetahuan awam itu, tidak mempunyai harta melalui penggunaan "proxy".

Rakyat perlu menilai keupayaan seorang pemimpin itu atau kerajaan membawa pembangunan kepada rakyat secara menyeluruh, bukannya pada segelitir sahaja. Yang dilihat adalah polisi atau dasar. Kerana melalui dasar itu, misi sesebuah kerajaan dilihat secara keseluruhan.

Misalnya, dasar kerajaan untuk mengawal harga keperluan asas. Sehingga ini dasar itu berjalan dan kerajaan memberi subsidi pada keperluan asas itu, agar semua lapisan masyarakat menikmatinya.

Dasar kerajaan memberi perubatan percuma dan pendidikan percuma daripada tadika ke sekolah menengah. Dasar itu terus dilaksanakan.

Dasar kerajaan memberi insentif kepada petani padi, dasar itu terus berjalan yang meliputi semua masyarakat.

Dasar kerajaan memberi subsdi minyak kepada nelayan kecil, terus diteruskan, juga tidak mengira bangsa dan keturunan.

Dasar kerajaan memberi peluang kepada 30 peratus bumiputera daripada semua segi, bertujuan untuk menseimbangkan status sosial antara berbagai kaum negara ini. Tujuannya, jika bumiputera/melayu mempunyai bahagian 30peratus, maka dayabeli mereka akan bertambah, pada giliriannya kaum lain juga yang mendapat untung, kerana kaum cina misalnya, 90 peratus adalah peniaga. Seorang peniaga sudah tentunya perlu pelanggan. Pelanggan yang teramai adalah kaum melayu/bumiputera.

Kalau melayu/bumiputera yang teramai ini tidak mempunyai kekuatan daripada segi ekonomi, maka mereka tidak akan menjadi pelanggan yang baik. Malah jika kemiskinan melanda mereka, maka sipeniagapun tidak akan merasa aman, jumlah jualan yang rendah. Ertinya keadaan rugi-rugi akan menjadi jawapan.

Sebaliknya, jika menang-menang yang diambil pendekatannya, maka situasi menang-menang juga akan wujud.

Namun, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Anwar sudah awal-awal mengatakan bahwa dasar 30 Peratus akan dihapuskan, sebaliknya pembahagian kekayaan negara berasaskan merit.

Jika itu yang berlaku, hanya mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman sahaja yang senantisa mendapat peluang. Malah, pada masa itu, pengetahunan dan pengalaman sukar dikongsi lagi, kerana takut kerjaya atau usaha mereka akan terlangkaui.

Pada masa itu, keadaan akan menjadi yang Telah kaya akan terus bertambah kaya dan yang miskin akan bertukar kepada papa-kedana.

Dengan mengetahui harta sebenar seorang pemimpin apa kah dasar yang diamalkan oleh kerajaan akan terpengarhui? kalau terpengaruhi daripada faktor apa?

15 comments:

Kris Jr said...

Istiyarkan harta ada kebaikan dan keburukan juga.

DorianG said...

If there's no foul play at hand, then why not?

DorianG said...

End of the day, it's all about transparency governance. It is after all what the people wanted

Anonymous said...

masih ramai lagi pemimpin pembangkang yang belum isytiharkan harta mereka.

Anonymous said...

isytiharkan harta boleh mendedahkan kepada bahaya, tapi jika nak lakukan tak perlulah nak senaraikan satu persatu, cukuplah dedahkan nilai keseluruhan harta.

Hinamori said...

terserah pada ketua2 setiap parti. Sama ada mahu istiyarkan atau tidak.

running man said...

Kurang yakin dengan kebenaran harta yang diisytiharkan itu. Siapa tahu ada harta lain yan disembunyikan daripada pengetahuan sebenar? Nah..

Anonymous said...

pemimpin pembangkang sendiri bukannya semua sudah mengisytiharkan aset kepada umum.

Anonymous said...

bagus bincangkan cadangan untuk 'mengisytiharkan aset kepada umum' di Parlimen terlebih dahulu barulah laksanakannya.

Anak Sabah said...

Walaupun pengisythiharan harta ini dilakukan, tapi itu sekadar tip of the iceberg, kita tidak tahu berapa harta yang sudah disembunyikan di luar negara, ataupun diletak di bawah nama isteri, anak ataupun saudara mara mereka.

Anak Sabah said...

Kebaikan pengisytiharan harta ini adalah untuk menunjukkan integriti dan ketelusan, tapi kita tidak tahu sebanyak mana yang kita lihat itu adalah kebenaran.

Unknown said...

Masalah yang baru istihar adalah DAP PP saja dan bukannya semua pemimpin pembangkang pun.

Unknown said...

Janganlah mudah percaya dengan permainan pembangkang itu. Kalau kita lihat pun PAS bising sini sana mahu pemimpin BN mengisytiharkan harta tapi bagaimana dengan pemimpin PAS yang lain. Sudahkah mereka melakukannya.

Anonymous said...

apa gunanya pengistiharan harta dibuat jika masih wujud kelonggaran untuk mana2 pemimpin tidak menyatakan harta milik mereka sebagaimana yang dilakukan oleh exco DAP pulau pinang..

Anonymous said...

bagaimana dengan pemimpin2 PKR dan PAS? sudah ka mereka mengistiharkan harta mereka?? dengar kata anak Nik Aziz memiliki stesen minyak Petronas bernilai rm1juta.. betul ka??

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels