2 February 2012

Rakyat jangan jadi timun selama-lamanya

Kalau tiada rakyat, maka tiada pemimpin, bukan sebaliknya. Sebab itu, dalam sistem demokrasi, mesti ada pemimpin yang diangkat oleh rakyat. Tujuannya jelas; membela suara ramai.

Namun, amanah itu disalah guna, amanah yang diberikan digunakan untuk memperkaya diri sendiri.

Rakyat yang sebelumnya punca daripada segalanya digunakan sebagai faktor menumpuk kekayaan dan kuasa. Kekayaan yang diperolehi pada giliriannya pula digunakan untuk membeli kuasa.

Sebab itu, pada sebarang pemilihan baik dalam pilihanraya mahupun parti, kekayaan yang ada diguna mendapatkan kuasa.

Dalam situasi demikian, rakyat kerdil yang memilih tidak berdaya lagi, timun tetap timun, disebabkan dikalangan rakyat itu, ramai yang menjadi petualang demi perut, sehinggakan mereka yang mempunyai jati diri tertinggal kerana jumlahnya telah menjadi minoriti.

Adalah diharapkan, dengan keadaan semasa, di mana majoriti rakyat telah celik, maka keadaan ini jangan berulang lagi.

Ramai-ramai kita menenggalamkan pemimpin yang telah lupa kepada amanah ini. Demikianlah seterusnya, jika ada pemimpin yang kita beri peluang bertingkah laku sama, maka kita terus campak, sehinggakan kita mampu mengwujudkan pemimpin yang benar-benar membela rakyat.

Percayalah pemimpin yang mempunyai perjuangan.. tidak menggunakan wang ringgitpun akan tetap disokong.

Pada PRU-13, kita pilihlah pemimpin yang berjiwa rakyat, sekurang-kurangnya kita bermula.

18 comments:

DorianG said...
This comment has been removed by the author.
DorianG said...

The beauty of democracy: the leader is determine by the people.

DorianG said...

Hopefully the leaders will remember that their mandate was given by the people.

DorianG said...

They too need to bear in mind that they are in office to serve the very people that has given them their mandate.

Green Sabah said...

Without the people, there will be no leader. Well said, Suara Rakyat. The leaders should always remember that the people are those who vote him in and remember to fulfill his responsibility to them.

Green Sabah said...

A leaders duty is to serve his people, he was appointed to voice out the people's needs and help the people solve their problems.

me gusta said...

Kalau pemimpin lupa apa tujuan sebenar menjadi wakil rakyat, lebih baik undur diri. Jangan perjudikan nasib rakyat.

me gusta said...

Rakyat pun jangan jadi seperti kerbau dicucuk hidung. Apa saja dicakap, disuruh..yes boss saja..bangkit dan pertahankan hak kita.

antap said...

pemimpin yang diangkat rakyat harus beri tumpuan sepenuhnya pada hal ehwal rakyat, penuhilah harapan rakyat.

antap said...

jika ia pemimpin yang baik, ia tetap akan disokong rakyat walau apapun terjadi.

Kris Jr said...

Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

Hinamori said...

berharap rakyat Sabah tidak akan mudah ditipu dengan janji-janji pembangkang. Pembangkang yang pandai bercakap dan membuat janji-janji kosong tetapi tiada susulan dan tindakan ke atas janji-janji mereka.

Alexis said...

"Percayalah pemimpin yang mempunyai perjuangan.. tidak menggunakan wang ringgitpun akan tetap disokong."

saya setuju dengan kenyataan penulis ini. namun, kadang2 ada juga khabar2 yang didengar, terdapat undi yang dibeli, wang dikeluar untuk pancing undi rakyat. macam mana ni?

Alexis said...

janganlah ada pemimpin yang hanya jalankan tanggungjawab ikut 'mood' dan musim. lebih baik rakyat tolak awal2 pemimpin yang seperti ini.

Karin-nah said...

Calon yang terpilih seharusnya memberikan komitmen kepada rakyat dan bukannya mementingkan diri sendiri dan mengambil masa tersebut mencari keuntungan. Jika pemimpin sebegini pasti akan ditolak oleh rakyat selepas itu.

Karin-nah said...

Sekarang sudah dekat dengan PRU13 ini, maka selesaikan tugas kepada penduduk. Apa yang dijanjikan perlulah dikotakan.

rebirth said...

kenapa perlu guna kuasa wang sedangkan tempoh 5 tahun itu sepatutnya cukup untuk mendapatkan sokongan rakyat dengan hanya bekerja untuk rakyat..

rebirth said...

bagi saya lebih teruk lagi apabila ada parti politik yang menggunakan kesempatan berkempen atau berceramah untuk mendapatkan sumbangan rakyat dalam bentuk wang ringgit kononnya untuk tabung parti..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels