Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong mencuba menemplak pemimpin KDM dalam BN, apabila PM tidak mengumumkan penubuhan RCI PATI untuk Sabah semasa lawatannya ke Sabah pada 16-17 Februari lalu.
Seminggu sebelum lawatan Najib ke Sabah, Presiden UPKO-Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Timbalan Presiden PBS-Datuk Maximus Ongkili memberi kenyataan bahawa ada kemunginan, PM akan mengumumkan penubuhan RCI semasa lawatan ke Sabah.
Malah dilaman FB Presiden LDP-Datuk VK Liew, terpapar kenyataan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan RCI PATI Sabah.
Pada 16 Februari, selepas merasmikan pembinaan kilang baja-SAMUR di Sipting Sabah, ramai pemerhati politik termasuk media tempatan mengandaikan, bahawa PM akan mengumumkan pembentukan RCI selepas berjumpa dengan para pemimpin BN, namun pengumuman yang ditunggu2, tidak juga menjadi kenyataan, maka spekulasi lagi beredar, bahawa PM akan mengumumkannya di Kg Nala Tungku, Lahad Datu.
Pengumuman penubuhan RCI tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini. Berasaskkan kepada keadaan ini, para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mencuba mengaut di air keruh, kononnya para pemimpin KDM diperlekeh oleh Perdana Menteri.
Jika pemimpin KDM akan termakan umpan itu, maka adalah jelas, pemimpin KDM termakan isu yang di bawah2 oleh pembangkang. Sebelum inipun, pihak pembangkanglah yang menguar-uarkan soal PATI, sehinggakan pemimpin BNpun terikut2 rentak; dan kini mereka mengambil alih peranan pembangkang mendesak kerajaan pusat akan bersetuju dengan penubuhan RCI PATI.
Bagi penulis, sekiranya RCI PATI benar2 diwujudkan, maka akan berakibat buruk kepada agensi2 kerajaan yang mengurus mengenai kerakyatan dalam negara.
Jabatan yang terkena tempias adalah Kementerian Dalam Negeri, di mana Jabatan Imigresen dan Jabatan Perdaftaran Negara bernaung.
Penubuhan RCI PATI akan melupuskan integriti jabatan2 itu. Keadaan ini akan diambil peluang sepenuhnya oleh Pembangkang, bahawa apapun yang dilakukan oleh jabatan2 kerajaan itu dipenuhi dengan berbagai penipuan.
Bagi penulis, adalah tidak wajar penubuhan RCI PATI ditubuhkan, kerana jabatan2 yang mengurus soal2 kerakyatan telah berkerja dengan telus dan teratur.
Kalau jabatan2 itu tidak berkerja dengan teratur, kenapa mereka2 yang mempunyai IC Palsu apabila mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu misalnya terus ditangkap.
Memang diakui ada sindikit memalsukan kad pengenalan. Tujuan mereka ini adalah untuk mendapatkan wang semata-mata melalui penipuan.
Sindikit penipuan bukan sahaja melibatkan kad pengenalan, malah wang kertas negarapun ada yang mencetaknya secara palsu.
Adalah wajar, Perdana Menteri tidak bersetuju dengan penubuhan RCI, kerana ianya akan menjadi makan tuan bagi kerajaan.
Jika benarlah adalah penduduk Sabah yang mempunyai kad pengenalan palsu dan jikapun bukan palsu tetapi diperolehi dengan cara tidak betul, dedahkan, di mana2 apakah melalui internet atau buat laporan polis atau ceteklah pada risalah2 tertentu.
Namun pihak pembangkang hanya bercakap dan bercakap, tanpa bukti yang sahih.
Bagi para pemimpin KDM, janganlah terpengaruh kepada isu yang di uar-uarkan pembangkang, kerana ianya akan membawa malapetaka kepada diri sendiri.
Nota. Ekses kepada senarai pengundi terbuka kepada sesiapapun, senaraikan siapa2 mereka yang berupa "PATI". mudahkan!!! daripada hanya bercakap secara umum.
Sistem pilihanraya kita cukup mudah, kerana terbagi kepada beberapa saluran pengundian, kerahkan agen masing2 cari siapakah mereka yang tergolong "PATI".

20 comments:
PM yang tidak umumkan bukan belum diusulkan kepada PM. Sabar pasti PM akan umumkan status RCI tidak lama lagi.
Pelbagai cara untuk menunjukk kesalahan orang lain tapi DAP tidak sedar bahawa mereka juga tidak melakukan sesuatu untuk rakyat.
The PM was expected to make an annoucnment regarding the RCI when the time is right and it was said that he will express his opinions as well.
Although its true that the voter list is open to all, but how can we as the public make any changes to the list even if we manage to weed out the illegals? Should we inform the SPR?
UPKO hnya menyatakan kemungkinan PM akan mengumumkan penubuhan RCI semasa lawatan ke Sabah. bukan pasti akan umumkan. tapi PM tak umumkan tak bermakna RCI takkan ditubuhkan, mgkin belum tiba masanya untuk diumumkan.
RCI pasti akan ditubuhkan nnti, ia hnya perlu tunggu masa yang sesuai.
tapi kalau ikut perkembangan semasa, semua rakyat Sabah mahukan penubuhan RCI untuk menyelesaikan masalah PATI di negeri ini.. mahu tidak mahu, kerajaan persekutuan tetap perlu menubuhkan RCI untuk Sabah..
saya juga sependapat dengan penulis bahawa kehadiran PATI yang memiliki IC di negeri ini hasil daripada kerja2 sindiket pemalsuan IC..
kalau kita tanya PATI itu, dari mana dia dapat IC? mestilah dia akan cakap dari kerajaan.. takkan la dia mahu cakap dari sindiket atau dia mengaku bahawa dia menggunakan IC palsu..
kalau saya tidak silap RCI pernah ditubuhkan pada tahun 1990 bagi menyelesaikan masalah PATI, namun tetap tidak berkesan..
ada masanya untuk kita tidak mencubanya buat kali kedua lebih2 lagi apabila penubuhan RCI ini memerlukan wang rakyat yang banyak.. namun ada juga masanya kita perlu menggunakan kaedah yang sama berkali2 jika telah ada penambahbaikkan terhadap kaedah itu supaya pelaksanannya lebih berkesan dari sebelumnya..
Pembangkang terlalu gesa hendak tahu bila RCI akan diadakan di Sabah. Jangan cemas, pasti Perdana Menteri akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
Jika mereka ikhlas untuk memperjuangkan RCI buat rakyat jelata Sabah, jangan cuba menggunakan isu RCI ini sebagai alat politik.
Rasanya tidak ada masalah pun mengenai PM tidak mengumumkan RCI kerana sebelum ini beliau telah memberitahu membawa perkara ini kepada Kabinet.
Jangan cepat buruk sangka. Kemungkinan pengumuman tu pada masa yang sesuai.
Sebagai pemimpin BN Sabah teruskan memperjuangkan RCI untuk Sabah.
Tidak perlulah risau dengan apa yang DAP ingin katakan. DAP cuma mahu membakar kemarahan BN Sabah terhadap PM kita. Itu cuma perangkap dari DAP sebenarnya.
Sebagai anak Sabah sendiri, memang menunggu perlaksanaan RCI untuk Sabah. PM mungkin menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara ini.
Sangat2 berharap Kabinet akan meluluskan penubuhan RCi
Kementerian Persekutuan telah bersetuju terhadap pembentukan RCI pada 8 Februari dan telah melantik Datuk Seri Nazri Aziz mengetuai skop penyiasatan RCI. Pada 15 Februari sebelum Najib berangkat ke Sabah, Nazri telah membentangkan draf kasar rujukan RCI untuk perbincangan. Ia telah dibincangkan tetapi terma rujukan belum muktamad kerana kabinet mahukan input lebih daripada parti BN Sabah dan kerajaan negeri Sabah.
Sebab tunggal PM tidak mengumumkan pengwujudan RCI semasa lawatannya adalah bagi mendapatkan maklum balas parti komponen BN di Sabah dan kerajaan negeri tentang terma rujukan dan komposisi panel.
Rasanya pengumuman penubuhan RCI ini akan dibuat oleh PM sebaik telah mendapatkan maklum balas daripada parti komponen BN dan kerajaan negeri. apa salahnya jika menunggu sedikit masa lagi untuk PM mengumumkannya. saya pasti sebelum PRU dijalankan, respon positif akan kita terima.
Post a Comment