15 February 2012

PRU-13: Umno dan ahlinya

Pembentukan ahli jawatan kuasa disiplin untuk memantau tindak tanduk ahli umno, terutama menjelang PRU-13 dan semasa PRU-13 telah ditubuhkan. Apa kah tujuan AJK ini? apa kah umno tidak yakin lagi kepada ahlinya sendiri?

Memang sukar mengurus sebuah parti yang mempunyai keahlian yang cukup besar. Kini umno mempunyai ahli di atas 3 juta,yang tersebar di seluruh negara, termasuk Sarawak,walaupun parti itu belum bertapak di negeri white rajah itu.

Mengurus keahlian yang besar bukan mudah,kerana masalahnya juga besar.

Perkara yang membimbangkan parti adalah tindakan ahlinya sendiri. Sejak PRU-1999, kecuali tahun 2004 dan berulang pada tahun 2008, hampir separuh daripada ahli umno berpaling tadah semasa membuang undi. Jika tidak, adalah mustahil, hampir 40 kawasan parlimen yang ditandangi umno, calon2nya kecundang, termasuk kawasan2 tradisi.

Apa sebenarnya yang mengakibatkan ada ahli-ahli umno berpaling tadah? penyebabnya adalah tindak tanduk pemimpin parti itu sendiri. Pada tahun 2008, berlakunya perbalahan antara para pemimpin, terutama antara mantan presiden parti Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah, ekoran pembatalan beberapa projek termasuk jambatan bengkok.

Selain itu penguasaaan budak2 tingkat 4 putrajaya terhadap kepimpinan Tun Abdullah, merancakkan lagi penyebab ahli2 umno berpaling tadah.

Kini, skandal NFC, menghantui ahli2 umno akibat kengganan Ketua Wanita umno berundur,walaupun terdapatnya desakan para pemimpin umno sendiri.

Sebenarnya sebelum skandal NFC, semangat ahli2 umno yang berpaling tadah telah kembali semula ke pangkuan parti itu. Perkara ini terbukti pada beberapa PRK, termasuk berjayanya Umno/Bn merampas kerusi Dun Galas, gua musang dan sebelum itu hanya kalah 65 undi di PRK Manek Urai. kedua2 kerusi tersebut adalah kerusi PAS.

Namun kerana skandal NFC, maka ahli2 yang telah terguris hati mereka itu,kini terguris lagi.

Benarlah saranan tun mahathir kepada shahrizat,janganlah terlalu sayang pada jawatan, sayangilah parti.

14 comments:

Mohd Ishak said...

Memang bukan senang mengurus sebuah parti yang mempunyai jumlah ahli sebanyak lebih 3 juta seluruh Malaysia. Bukan setiap ahli boleh mendapat peluang oleh itu ada yang sudah tidak sanggup menunggu berangkat ke parti lain pula.

Mohd Ishak said...

Terlalu banyak ahli yang keluar masuk parti tanpa sekatan, bila sudah tiada kebaikan untuk mereka, mereka lompat, bila kelihatan ada peluang, mereka lompat kembali.

Anonymous said...

Maju mundur sebuah parti bergantung kepada barisan kepimpinan yang mantap. Tidak dinafikan ada ahli parasit yang menjadi liabiliti kepada parti. Maka tidak hairanlah jika ada yang suka lompat parti. Yang penting ketua parti perlu bijak mengawal keadaan.

Anonymous said...

UMNO sebuaj parti yang besar dan mempunyai byk ahli, mmg sukar nak mengurus parti yang begitu besar. perlu ada struktur pengurusan yang sistematik.

Anonymous said...

para ahli juga perlu serius dalam mencpai agenda parti.

Kris Jr said...

Kemimpinan yang bijak dan teratur pasti dapat mengurus parti. Ahli2 juga perlu saling membantu dan menyokong ketua parti supaya sentiasa mantap.

Kris Jr said...

Saling mengamlkan sikap bersatu dalam sebuah parti suka penting untuk mengekalkan perpaduan

Anonymous said...

pembentukan ahli jawatankuasa disiplin ni memang wajarlah ditubuhkan. bukan bermaksud tidak mempercayai ahli2nya tetapi untuk memastikan mereka berada di landasan perjuangan yang betul. ini juga untuk mengelakkan sesuatu perkara yang kemungkinan boleh menjejaskan parti secara keseluruhannya.

Anonymous said...

keadaan dalam UMNO pasti akan bertambah baik dengan tertubuhnya jawatankuasa disiplin ini. semoga perjuangan akan terus bertambah kuat dalam menghadapi PRU akan datang.

Unknown said...

Mungkin AJK ini dapat membantu sedikit menangani pihak tertentu untuk menilai setiap pemimpin.

Hinamori said...

bantu-membantu dan eratkan perpaduan tu penting dalam sebuah parti. Ketua harus bijak dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit.

nickko said...

mana2 parti politik yang berjaya merampas kerajaan pasti tidak akan lari dari gejala penyelewengan.. lihat saja apa yeng berlaku di selangor.. siapa yang terlibat dengan skandal pasir di negeri itu?? entah apa akan jadi kepada negara ini jika mereka berjaya menguasai Puterajaya dan menguasa semua projek2 mega kerajaan..

nickko said...

berkenaan dengan Sharizat, beliau memang patut mengundurkan diri.. atau mungkin beliau menunggu rakyat sendiri yang membuat keputusan itu pada pilihanraya umum nanti??

Hinamori said...

Amalkan sikap toleransi dan sentiasa menyokong parti.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels