22 May 2012

Muka baru yang perlu diketengahkan pada PRU-13

Perdana Menteri menekankan betapa pentingnya 12.5 juta belia negara ini untuk mencorakan hala tuju negara.


Para pemimpin yang bermula daripada belia, merupakan para pemimpin yang diharapkan untuk menjadi penyambung kepada kepimpinan negara.


Di Sabah, salah seorang daripada pemimpin belia itu, adalah Haji Nizam Abu Bakar Titingan (Gambar). Nizam merupakan mantan Ketua Pemuda Umno Sabah, dan terpaksa berundur kerana faktor usia.


Kini beliau, merupakan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Haji Nizam juga merupakan Naib Ketua Bahagian Umno Tawau dan P190 Tawau dimenangi BN pada PRU-12 lalu.

Kawasan Parlimen Tawau mempunyai Tiga DUN- N.55 Balung, N56-Apas dan N.57 Sri Tanjung.

Dua kawasan tersebut disandang oleh BN- Balung-Syed Abas Syed Ali dan Apas- Tawfik Abu Bakar Titingan, sementara Sri Tanjong-Jimmy Wong daripada DAP.

Berasaskan permintaan akar umbi- Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri ini, dimnta oleh berbagai pihak untuk bertanding di salah satu kawasan DUN- yakni N55-Balung dan N59-Tanjung Batu dalam Kawasan P191-Kalabakan.

Ramai yang menganggap bahawa beliau merupakan seorang yang "winnable candidate" bagi kawasan-kawasan tersebut, jika diberi peluang bertanding oleh pucuk pimpinan. Kekerapan turun padang, rapatnya dengan para pengundi, merupakan faktor penentu kemenangan beliau dalam PRU-13.

8 comments:

Green Sabah said...

Haji Nizam Abu Bakar Titingan needs to step down due to his age, hope that new faces will replace him as the next UMNO Youth President.

Green Sabah said...

At least Nizam is still the Chief Minister's secretary. Nevertheless, hope that suitable, winnable candidate will be appointed next during the next general elections.

mantera said...

biarlah Nizam sendiri buat keputusan samada nak bergiat semula dalam politk atau tidak.

ferlo said...

jika dia berkebolehan tidak salah dia dicalonkan semula.

Sanih Alias said...

Mengenai muka baru dalam calon PRU itu kita tunggu saja siapa yang bakal dipilih nanti.

Scarlett said...

Muka baru, aspirasi baru!

Scarlett said...

Pemilihan calon yang tepat membantu kepada kemenangan BN nanti.

Jeff Ambuyat said...

ba harap2 la dia yang kena calon nanti.. tapi kenapa nama dia jarang kena sebut?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels