20 October 2012

Air Kota Belud -Apa Kesudahannya?

 AIR merupakan keperluan asas bagi setiap mahkluk, tidak terkecuali manusia. Atas sebab itu, setiap penempatan manusia kini disebut penduduk perlu berhampiran dengan sumber air. Sumber air boleh berpunca daripada sungai, mata air, air tanah ataupun hujan.

Akibat kemajuan indusitri, dengan terciptanya batang-batang paip dulu daripada plumbum, kini PVC, penempatan manusia tidak perlu lagi berdekatan dengan sumber air, atas sebab air boleh disalurkan berkilometer daripada sumber air ke rumah-rumah penduduk. Sementara itu, sumber air daripada tanah dimana boleh dimanafaatkan melalui perigi, kini digantikan dengan “tubewell”.

Walaupun berbagai teknologi ditemukan untuk digunakan mendapatkan air untuk keperluan manusia, namun perkembangan pertanian yang terpengaruh menggunakan baja-baja kimia, menyebabkan sumber air tercemar.Selain itu akibat perbuatan manusia sendiri, sumber-sumber air seperti sungai tercemar. Hujan pula tercemar kerana perlepasan asap monokside ke udara, sehinggakan air daripada hujan bertukar kepada air asid.

Dikeranakan pencemaran sumber air, maka terciptalah kaedah perawatan air, demi kegunaan manusia/penduduk.

Loji-loji besar perawatan air di bangun, terutama di Bandar-bandar dan pekan-pekan termasuk daerah Kota Belud.

Masalah air terawat bagi daerah Kota Belud bermula sejak awal kemerdekaan lagi. Atas sebab itu, pada tahun 1978, kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) mengarahkan pemasangan paip-paip ke kampung-kampung berdekatan pekan Kota Belud; namun kerana sumber air terawat terhad, maka akhirnya paip-paip itu hanya berjaya dipasang, namun tidak berair.

Keperluan air bagi Kota Belud, merupakan isu politik utama bagi daerah ini, atas sebab itu semasa kempen pilihanraya tahun 2008, calon BN bagi kawasan Parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan (kini Datuk) berjanji akan memperjuangkan penyediaan air terawat kepada sebahagian besar penduduk.

Al-hasil perjuangan MP Kota Belud itu, pada tahun 2010, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan memperuntukan RM98 juta untuk maksud penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud dan jika siap kelak, akan meliputi 90 peratus penduduk daerah itu.

Walaupun program penyediaan air terawat bagi dearah Kota Belud sedang rancak berjalan, namun permintaan keperluan terhadap air terawat begitu sinonim dengan kehidupan; sehinggakan kekuarangan air terawat, kelihatan sungguh krtikal.

Bagi peminat FB, saban hari kita akan terbaca komen-komen melalui FB persendirian penduduk Kota Belud, bahawa betapa krtikalnya bekalan air bagi daerah Kota Belud, terutama penduduk yang berhampiran pekan. Manakala penduduk yang terbiasa menggunakan “tubewell” desakan keperluan air untuk kegunaan harian, belum terasa krtikalnya, kerana sumber air alternatif itu telah menjadi kebiasaan berdekad lamanya.

Penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud adalah perjuangan utama MP Kota Belud, atas sebab itu peruntukan besar diperolehi, namun penyiapan terhadap program itu, sangat tergantung kepada pihak pelaksana, yakni Jabatan Air dan kontraktor yang telah dilantik. Kalau dilihat sepintas lalu, perjuangan wakil rakyat adalah untuk mendapatkan dana; walaupun dana telah tersedia, namun perlaksanaan lapangannya tidak mudah, kerana memerlukan masa.

Artikel akan datang, Suara Rakyat akan menulis secara komprehensif dan detail mengenai perancangan penyediaan bekalan air terawat daerah Kota Belud, sebaik mendapat maklumat terkini daripada Jurutera Jabatan Air.

2 comments:

John Winchester said...

Diharap masalah air di Kota Belud dapat diselesaikan.

Frances Samil said...

Pihak pembangkang akan guna isu ini sebagai modal kemepn mereka.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels